Personaliti ini mula dikenali sejak memanagi pettandingan Nona Manis dan seterusnya menjadi pengacara bagi rancangan popular di TV3, Nona. Kepetahannnya mengacarakan rancangan berbentuk kewanitaan itu dan pandai beraksi depan lensa kamera berjaya menyerlahkan bakatnya sebagai penyampai popular.
Setelah bebarapa tahun di situ, Uyaina Arshad mengembangkan bakatnya pula apabila ditawarkan mengacarakan rancangan Wanita Hari ini. Sejak menjadi ‘public figure’, penampilan Uyaina sering menjadi perhatian. Dia bukan sahaja bijak, tetapi berpenampilan menarik. Memiliki kulit yang cantik dan seorang yang aktif
menjadikan Uyaina antara hijabi yang agresif. Apa agaknya rahsia dia kekal cantik aktif dan bertenaga ini.Ketika ditemui sempena pelancaran koleksi baru AliffbySha, Uyaina tidak lokek memberitahu rahsia dia kekal sihat, cantik dan bertenaga ini. Menurutnya, dia berkongsi rahsia kecantikannya itu dengan petua diberikan kakaknya. Dia akan minum jus dari kisaran buah oren, tomato, limau dan timun setiap hari. Dia akan amalkan dua tiga kali seminggu akan dapat hasil kulit lebih glowing dan sihat.
Selain itu, dia turut sukakan aktiivi lasak, antaranya kick boxing, lari atas treadmill. Menurut Uyaina jika kita sentiasa mengamalkan amalkan gaya hidup sihat, pengambilan air minum secukupnya, lakukan senaman ditambah pengambilan jus sihat berkenaan menjadikan diri kita akan lebih sihat, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.
Buat masa ini Uyaina berkolaboradi dengan AliffbySha dengan menhasilkan koleksi dengan nama Koleksi Umayra & Ulya yang dicipta berdasarkan personaliti beberapa wanita hebat lain. Selain Uyaina, kolaborasi turut dijayakan bersama, Nadia Anuar, Datin Seri Shahida, Joy Revfa dan juga Nabila Razali. Tudung dihasilkan terdapat beberapa ciri istimewa tersendiri, antaranya anti pekak, anti renyuk, bidang lebar dan harga cukup berpatutan dengan rekaan menarik.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM UYAINA ARSHAD