Kecantikan

Minum Jus Kisaran Buahan Campur Serta Rajin ‘Kick Boxing’ Amalan Keluarga, Rahsia Cantik & Sihat Uyaina Arshad

Share

Personaliti ini mula dikenali sejak memanagi pertandingan Nona Manis dan seterusnya menjadi pengacara bagi rancangan popular di TV3, Nona.

Kepetahannnya mengacarakan rancangan berbentuk kewanitaan itu dan pandai beraksi depan lensa kamera berjaya menyerlahkan bakatnya sebagai penyampai popular.

Setelah bebarapa tahun di situ, Uyaina Arshad mengembangkan bakatnya pula apabila ditawarkan mengacarakan rancangan Wanita Hari ini. Sejak menjadi ‘public figure’

, penampilan Uyaina sering menjadi perhatian.

Dia bukan sahaja bijak, tetapi berpenampilan menarik. Memiliki kulit yang cantik dan seorang yang aktif menjadikan Uyaina antara hijabi yang agresif. Apa agaknya rahsia dia kekal cantik aktif dan bertenaga ini.

Ketika ditemui dalam satu majlis Uyaina tidak lokek memberitahu rahsia dia kekal sihat, cantik dan bertenaga ini. Menurutnya, dia berkongsi rahsia kecantikannya itu dengan petua diberikan kakaknya.

Dia akan minum jus dari kisaran buah oren, tomato, limau dan timun setiap hari. Dia akan amalkan dua tiga kali seminggu akan dapat hasil kulit lebih glowing

dan sihat.

Selain itu, dia turut sukakan aktiivi lasak, antaranya kick boxing, lari atas treadmill. Menurut Uyaina jika kita sentiasa mengamalkan amalkan gaya hidup sihat, pengambilan air minum secukupnya, lakukan senaman ditambah pengambilan jus sihat berkenaan menjadikan diri kita akan lebih sihat, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM UYAINA ARSHAD

 

 

Published by
Siti Zurina