Senyuman yang menawan merupakan bonus bagi kita semua! Untuk memiliki senyuman yang menawan, salah satu faktornya ialah dengan memastikan gigi sentiasa putih bersih berseri!
Tahukah anda, penggunaan ubat gigi pemutih boleh menghakis gigi di dalam jangka masa yang panjang. Oleh sebab itu, kami ada alternatif semula jadi untuk anda mendapatkan gigi yang putih berseri!
Makan Makanan Rangup
Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sepert epal, lobak, saderi atau pir boleh membersihkan serta memutihkan gigi secara semula jadi. Kandungannya yang berasid membantu memutihkan gigi dan kerangupannya merupakan pembersih gigi yang baik. Menggigit epal atau lobak adalah jauh lebih baik untuk gigi daripada memotongnya atau meminum jusnya.
Tambahkan Tenusu Ke Dalam Diet
Semua orang tahu, susu, keju atau yogurt adalah penyumbang kalsium dan fosforus terbaik untuk badan. Tetapi tidak ramai yang sedar, pengambilan kalsium yang cukup turut memperbaiki struktur dan keadaan gigi itu sendiri. Kalsium dan fosforus memperbaiki enamel dan menjadikan ia kuat dari akar dan cantik pada permukaannya.
Makan Lebih Strawberi
Strawberi mengandungi asid malic yang mampu menanggalkan kekuningan pada permukaan gigi secara semula jadi. Tekstur strawberi itu sendiri mampu memperbaiki enamel, menjadikan gigi lebih putih dan berstruktur lebih licin. Untuk menjadikannya lebih berkesan, lenyekkan strawberi dan campurkannya dengan setengah sudu serbuk penaik sebelum diletakkan di atas permukaan gigi. Biarkan selama lima minit dan lakukannya seminggu sekali.
Minum Menggunakan Straw
Setiap minuman, kecuali air masak, mampu meninggalkan kesan kepada permukaan gigi dan melunturkan warnanya. Gunakan straw setiap kali anda minum air berperisa untuk mengelak ia daripada terkena permukaan gigi anda, sekali gus untuk memelihara keputihan gigi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe