Di bulan Ramadan yang mulia ini, antara yang menjadi tumpuan apabila masuk waktu berbuka puasa adalah juadah air. Jika ke bazaar Ramadan peniaga air balang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Tapi takkan lah sepanjang 30 hari Ramadan nak membeli air di bazaar je kan? Mau rebeh poket. Jadi kalau hijabi nak berjimat, tapi dalam masa sama nak menikmati minuman yang menyegarkan ketika berbuka puasa. Apa kata anda buat sendiri je di rumah! Caranya pun mudah je sis!
Anda hanya perlu membeli empat biji buah tembikai iaitu tembikai merah, tembikai kuning dan tembikai susu dan rockmelon. Kemudian sebotol air soda atau sprite.
Bahan-bahan lain sebagai sampingan dan ada yang boleh didapati di rumah sahaja.
Bahan:
500 g Tembikai Merah
500 g Tembikai Kuning
250 g Tembikai Susu
250 g Rockmelon
300 ml Air Gula
2 biji lemon (ambil airnya sahaja)
500 ml Air Masak
2 tangkai daun pudina (petik daunnya sahaja)
1 botol Ais Krim Soda / Sprite
1 paket Ais Batu
Artikel berkaitan: Berbuka Puasa Dengan Teh Ais? Boring! Jom Buat ‘Almond Cloud Milk Tea’ Yang Estetik Ni
Cara membuat:
• Bulatkan tembikai merah, tembikai kuning, tembikai susu dan Rockmelon dengan alat pembulat buah (baller) dan asingkan dalam mangkuk berasingan mengikut setiap jenis tembikai.
• Siapkan gelas yang bersesuaian, masukkan tembikai merah, tembikai kuning, tembikai susu dan Rockmelon yang telah dibulatkan tadi. Susun secara berselang seli kedalam cawan dan masukkan beberapa helai daun pudina ke dalamnya.
• Tuangkan air soda dan sesuaiakan dengan air masak. Jika kurang manis boleh tambahkan air gula mengikut kesesuaian. Perahkan jus lemon dan masukkan ketulan ais.
• Sajikan segera.
Tips:
• Untuk memberi sensasi yang lebih menyegarkan, ramas dahulu daun pudina sebelum dicampur bersama bahan lainnya.
Artikel berkaitan: Bagi Air Balang Percuma Sepanjang Bulan Ramadan, Wawa dan Aeril Kongsi Rezeki.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.