
Di bulan Ramadan yang mulia ini, antara yang menjadi tumpuan apabila masuk waktu berbuka puasa adalah juadah air. Jika ke bazaar Ramadan peniaga air balang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Tapi takkan lah sepanjang 30 hari Ramadan nak membeli air di bazaar je kan? Mau rebeh poket. Jadi kalau hijabi nak berjimat, tapi dalam masa sama nak menikmati minuman yang menyegarkan ketika berbuka puasa. Apa kata anda buat sendiri je di rumah! Caranya pun mudah je sis!
Resipi Air Tembikai Pelangi Yang Menyegarkan!
Anda hanya perlu membeli empat biji buah tembikai iaitu tembikai merah, tembikai kuning dan tembikai susu dan rockmelon. Kemudian sebotol air soda atau sprite.
Bahan-bahan lain sebagai sampingan dan ada yang boleh didapati di rumah sahaja.
Bahan:
500 g Tembikai Merah
500 g Tembikai Kuning
250 g Tembikai Susu
250 g Rockmelon
300 ml Air Gula
2 biji lemon (ambil airnya sahaja)
500 ml Air Masak
2 tangkai daun pudina (petik daunnya sahaja)
1 botol Ais Krim Soda / Sprite
1 paket Ais Batu
Artikel berkaitan: Berbuka Puasa Dengan Teh Ais? Boring! Jom Buat ‘Almond Cloud Milk Tea’ Yang Estetik Ni
Cara membuat:
• Bulatkan tembikai merah, tembikai kuning, tembikai susu dan Rockmelon dengan alat pembulat buah (baller) dan asingkan dalam mangkuk berasingan mengikut setiap jenis tembikai.
• Siapkan gelas yang bersesuaian, masukkan tembikai merah, tembikai kuning, tembikai susu dan Rockmelon yang telah dibulatkan tadi. Susun secara berselang seli kedalam cawan dan masukkan beberapa helai daun pudina ke dalamnya.
• Tuangkan air soda dan sesuaiakan dengan air masak. Jika kurang manis boleh tambahkan air gula mengikut kesesuaian. Perahkan jus lemon dan masukkan ketulan ais.
• Sajikan segera.
Tips:
• Untuk memberi sensasi yang lebih menyegarkan, ramas dahulu daun pudina sebelum dicampur bersama bahan lainnya.
Artikel berkaitan: Bagi Air Balang Percuma Sepanjang Bulan Ramadan, Wawa dan Aeril Kongsi Rezeki.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejuk Cakap Pasal Penyondol”, Erna Elliyana Kongsi Amalan Doa Bagi Menjaga Hubungan Rumahtangga.

Isi Kandungan
TogglePerilaku penyondol yang semakin berani mencabar keharmonian rumah tangga orang secara terang-terangan, amat menggusarkan kaum wanita khususnya mereka yang bergelar isteri.
Perkara itu ketika diajukan kepada pangasas produk Kamya Glow, Erna Elliyana Rosli (Erna) oleh pembantu peribadinya dikenali sebagai Loliqa, semasa sesi live di Tiktok bagi memperkenalkan promo ramadan, Cantik Before Raya, Selasa petang lalu, membuatkan Erna berasa seram sejuk.
Rezeki tidak berkat, jika menbenarkannya..
Panas dengan isu rumahtangga di kalangan artist pasti serba sedikit memberi kesan dan tempias bahangnya. Walaupun rumahtangganya tidak dilanda badai, namun perkara ini juga memberi impak kepada sesiapa yang sudah berumahtangga.
“Saya sebenarnya no comment sebab… eh sejuk saya cakap pasal penyondol ni!, tapi ia tiada kena-mengena dengan diri sendiri. Alhamdulillah suami saya punya bumper okay!
“Ramai yang tidak sedar, bila membenarkan penyondolan itu berlaku, bererti ia sudah dekat dengan zina. Apabila mendekatkan diri dengan perkara seperti itu, perlu ingat bagi kita yang berniaga, rezeki tak berkat,” katanya.
Amalan dan doa agar keluarga sentiasa dilindungi
Memahami setiap yang berlaku dengan izin Allah SWT, Erna sempat berkongsi tip semasa live di Tiktok kepada pengikutnya mengenai amalan doa yang sering dipanjatkan supaya keluarganya sentiasa dalam lindungan Maha Esa.
“Saya selalu amalkan doa ini. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau jauhkanlah diriku dan keturunanku daripada kelazatan melakukan maksiat.
“Saya nak Allah jauhkan saya dari lazatnya melakukan maksiat. Bila saya tak rasa lazat, saya tak buat maksiat,” katanya.
Wanita jangan culas jaga penampilan
Berpesan kepada diri sendiri dan umum, dia yang sebelum ini merupakan seorang pelakon dan penyanyi, turut mengingatkan kaum hawa untuk sentiasa menjaga penampilan jika mahu mengikat pandangan suami. Sementara suami, mereka juga perlu memainkan peranan untuk memastikan isteri sentiasa bersemangat menjaga penampilan.
“Suami pun kalau nak lihat isteri cantik, kenalah beri nafkah lebih supaya isteri boleh merias diri. Suami kena main peranan.
“Saya masa kenal dengan suami saya dulu, kulit saya agak gelap. Saya pernah tanya dia kenapa nak kahwin dengan saya sebab saya tak berapa cantik. Suami cakap dia pilih saya kerana ada otak.
“Alhamdulillah 11 tahun melayari rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, sampai sekarang suami sentiasa mahu saya kelihatan menarik. Dia selalu galakan saya ke spa, jaga kulit dan mengambil suplemen yang mengandungi bahan-bahan premium dan terbaik.
“Suami-suami jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak kerana mereka adalah lubuk rezeki anda,” katanya.
Pembantu pejabat pun kulit cantik..
Watch on TikTok
Tidak hanya topik penyondol, Erna turut mengagumkan ramai kerana sikap rendah dirinya. Meskipun dikenali sebagai usahawan berjaya, dia langsung tidak kekok bergaul dengan kakitangan termasuk pembantu pejabat.
Secara spontan, Erna mengundang pembantu pejabat dan rumahnya, untuk turut serta dalam sesi live berkenaan lalu merias wajah pekerja warga asing berasal dari Medan Indonesia yang mesra disapa kak Miah.
Jika sebelum ini, umum terbiasa dimomokkan dengan berita majikan bertopengkan iblis, keikhlasan Erna menyantuni Kak Miah wajar dicontohi. Sehinggakan kak Miah berulang kali memuji Erna sebagai seorang majikan yang sangat baik.
“Saya punya boss baik,” komen Kak Miah selepas Erna bercerita mengenai baju raya empat pasang yang dibelinya untuk kak Miah sempena digayakan pada lebaran nanti.
Berkenalan sejak 3 tahun yang lalu, Kak Miah juga mempesonakan ramai kerana kulitnya yang mulus, malah mengakui dirinya ada salah seorang pengguna Kamya Glow sejak dua tahun lalu.
Sempena kedatangan ramadan, Kamya Glow memperkenalkan kempen Cantik Before Raya yang menawarkan harga promosi RM69 sahaja (harga asal RM129).
Apa yang mengujakan, setiap pembelian layak memenangi duit raya melalui cabutan bertuah akan dilakukan secara rawak serendah RM2 hingga RM50. Dimana wang tunai keseluruhan yang ditawarkan adalah RM5,000.
“Kelebihan produk Kamya Glow, pengguna dapat melihat kesannya seawal 7 hari. Pengambilan konsisten setiap hari akan memberikan kesan kulit cerah sekata, menghilangkan kekusaman, jerawat dan jeragat. Paling best Kamya Glow juga membekalkan tenaga kerana ia tinggi anti oksida dan vitamin c,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tak Sayang Kulit Ke?’-Viral MUA 11 Tahun, Ibu Luah Rasa Sedih Apabila Anak Dikecam Netizen

Baru-baru ini telah viral mengenai kehebatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Iris Khairi yang pandai menyolek seperti seorang jurusolek professional.
Ramai yang kagum dengan bakatnya kerana tak ramai yang mampu melakukannya walaupun mereka lebih berusia daripada adik Iris. Sis yang umur 20-an ni pun masih terkial-kial tau nak guna eyeshadow. Eh!
Walaupun ramai yang memuji kehandalan adik Iris menggunakan mekap, namun tak kurang yang mengecam mengatakan dirinya terlalu muda untuk terlibat dengan dunia solekan. Hmm, macam itu pulak ya.
Bagi menjawab persoalan orang ramai, ibu Iris telah memberi penjelasan mengenai minat anaknya di laman facebook Iris Khairi. Haa, jangan nak tuduh melulu lagi tau. Setiap orang itu ada minatnya yang tersendirikan?
Bismillahhirrahmanirrahheem…
“Cerita adek iris”
Tiba² rasa trbuka hati untuk cerita kesah adek iris yg sudah jadi tumpuan ramai
… Ok..
… Adek iris skrg umur 11 tahun darjah 5..
… Asal dari perlis menetap di penang.
…seorg budak kmpung, dari keluarga biasa2!! cukup2 mkn org kata… (Alhamdulillah)
Mcmna boleh pandai makeup!!
… Belajar kt u tube, ig, kadang2 fb
.. Ibu bukan mua!!!
…. Sejak bila pandai makeup?..
… Minat dari kecil² lagi 8 tahun tapi ibu x galakan
… 10 tahun start merungut, merap ibu suruh tolong beli kan barang2 cosmetic
.. 10 tahun dah mula pandai guna barang makeup
.sampai skrg dah 11 tahun.. Boleh la makeup cara budak2 ?
Ibu mula up video kt fb..
.. Suka²..
… Ada kakak² auntie mula nampak bakat adek iris..
… Mula start review produk, ada yg bagi gift, ada yg upah (kita x kesah) ?dari pada dia duk makeup main² saja kan…
Skrg dah jadi viral dekat media sosial…
Sudah semestinya ada yg suka dan x suka ?
… Kakak waktu ni main itu main ini dek!!!
Saya pun main kak petang² masih kayuh bicycle, main masak²,, main dengan kawan² mcm budak lain juga… Cuma buat masa skrg xda masa nk main ?…
.. Pagi sk rendah balik 2.30
.. Kul 3.00 p kafa n sambung tuisyen sampai kul 6.45
.. Lepas tu p mengaji
Kakak² rasa saya ada masa main x!!!!
… Mlm buat homework
… Belum usia kau dek jangan ngada²… Ni. Mesti ibu dia yg galakan!!!
.. Memang betul belum usia sebab budak lagi kan faham ?
… Tapi dia trlalu minat makeup
Sampai tahap masuk bilik kunci pintu … makeup diam² tanpa pengetahuan ibu
Tiap2 kali makeup kena marah dengan abah ?
… N pada 1 hari…
Abah rampas semua barang makeup dia simpan , xnk dia main makeup² … nk dia tumpu kepada pelajaran ?… (Banyak kali)
“Ibu…. ?
Kakak stress laa..
Kakak x tau nk main apa (ibu x galak dia main kt luar) nk main doll, kakak dah besar la ibu!!!
Ya laa.. Mcm² berita zaman skrg.. Rogol sana sini, kes culik laa…
Dari dia merayau kt luar… lebih baik dia main makeup kt dlm rumah… Depan mata kita…
.. Main phon pun kami had masa untuk dia main
Ibu mula izin kann.. Dengan syarat!!!
… Homework siap
… Solat jangan tinggal
… Dengar nasehat ibu abah
… Lepas makeup terus cuci muka bersih2 (double cleansing)
… Tolong ibu buat kerja rumah dahulu (kadang² tolong kadang² x ?)
… Izin makeup hari² minggu atau hari² cuti sahaja
.. Kalau anak saya usia mcmni.. Ajar masak nasi, cuci baju, basuh pinggan, lipat baju bla bla bla!!!
.. Basuh Baju ibu x ajar… sebab dah ada mising basuh.. Kecuali kasut sk suruh dia basuh n buh kapur sendiri…
.. Gosak baju sendiri
.. Basuh pinggan sendiri
… Sidai kain , lipat baju boleh.. x ajar pun.. Cuma suruh dia buat kadang2
.. Ngasuh ad,ek²,
.. goreng telur, masak meggi selalu buat (n dia memang minat nk belajar masak tapi ibu xda masa nk ajar ckit² boleh laa)
… Asyik makeup, buat video mesti rumah bersepah!!!
… Bukan 24 jam kak makeup buat video!!! ?video pun ibu yg tolong edit n sebelum buat dia minta izin dulu..
Masa main hz..
.. Kita had kan masa!!!
.. Aduhai anak syukurlah kau bukan anak aku.. Kalau anak aku begini patah mematah hanger di badan mu!!!!
.. X sayang ank ke!! Sampai nk tibai2.. Tanya je!!
.. N syukur juga sebab adek iris lahir jadi ank saya (alhamdulillah) bukan anak awak!!!
.. Skg boleh buat income sendiri untuk masa depan
.. Banyak nk ikat contract sampai sanggup nk bagi 2k untuk 1 produk (alhamdulillah)
… Wartawan nk interview
… Dah masuk tv3
… Blog² sudi share sana sini… kesah budak kmpung mcm ank saya ni
… Ada syarikat panggil untuk shooting (alhamdulillah)
… X sayang kulit muka ka!!!
… Sayang kak.. Tapi nk buat mcmna dah dia trlalu minat
… Selepas makeup saya akan pastikan dia cuci muka betul2 (lepas bik gambr terus cuci)
… Tq sudi nasehat in shaa allah kita doa yg baik2 ☺
… Nk praktis guna model dikk!!!
.. Ya memang nk.. Tapi nk ke model jadi kan muka deorg untuk budak 11 tahun praktis
… Bukan siang selalu makeup.. Mlm … ada ke yg sudi datang jadi model mlm2 kalau ada yg sudi datang laa ?
… makeup x lawa mana pun!! Sk tu prbetul dulu sayang..!!!
… Ya memang adek iris x berapa cerdik n pandai sangt mcm ank²/akak²… tapi boleh laa…
.. Pernah dapat tempat pertama dlm kelas masa darjah 4 (kelas kedua)
… Pernah jadi ketua kelas
… Skrg jadi pengawas sk
… Aktif aktivity kt sk… Coral speaking tiap2 tahun, lawan nsyid n menang (alhamdulillah)
… Aktif sukan (muka memang sunburn teruk) xda putih melepak mcm dlm gambr ?
….entah pergi sk pun pakai makeup!!!! Usahlah dpikirkn nk cantik, aku tengok muka dia pun x sepadan umur… Tapi bagi aku lah budak yg kt sabah tu lagi ada talet!!!!
… Pergi sk x makeup kak, bedak habuk pun jarang pakai…
… Keluar rumah p jalan2 sekadar bedak habuk n lipstik ja
… Makeup tebal² semua tu untuk review produk kak
… Jangan bandingkan saya dengan org lain… Saya baru 11 tahun belajar pun kt u tube ja?
… Jumpa org kenal kt luar!!!!
… Hmm… Dah viral ko skrg!!! Bila nk masuk tv??? Tv berapa??? Tv 8!!!! Senyum sindir
?….
Mkcik dia budak mkcik… Kalau masuk tv 8 pun x kesah mkcik!!! Tv juga kan… Tapi alhamdulillah dah dapat masuk tv 3 borak kopitiam… Walaupun hanya gambr (alhamdulillah)
… Ya la mkcik xpa…. Semoga ank2 mkcik berjaya… Dunia akhirat… Mkcik pun ada ank perempuan kan… Jaga mereka elok2 ya…
… Saya x pandai nk didik anak untuk jadi anak yg sempurna mcm mkcik… Tapi in shaa allah saya akan usha semoga dia jadi anak yg solehah brjaya dunia akhirat amin…
….
…. Org skrg pentingkan glamour/viral dari pelalajaran!!!!
… X minta pun untuk di viral kan sekadar hobbie ja kak… hilang kan stress ?
…. Tapi dah viral nk buat mcmna kan (alhamdulillah) rzki masuk x henti²
… Founder² produk ramai msj bagi tawaran (alhamdulillah)
… Down sangt saya sebagai ibu bila baca comments… Salah ka saya????!!!! ???
Sebab sokong apa yg adek iris minat… ???
Ni cuma sedikit saja comments² yg saya jawab… X mampu nk jawab msj² kakak² semua satu².. Jadi saya jawab kt cni ya… Secara ringkas..
Saya sebagai seorg ibu mesti la sedih kan bila jadi mcmni?
…. T. Kasih yg sudi support adek iris… X jemu² doa untuk nya…
…. T. Kasih untuk nasehat… In shaa allah semoga semua baik² saja
… T. Kasih untuk kawan2 yg hantar msj x henti²… Bagi semangt untuk saya kuat jangan down.. ..
… Nasib baik la budak iris x minat sangt dengan fb.. Kadang² ja tengok… tu pun ibu yg tunjuk kan… N ibu la yg cerita kt dia ckit2… Apa org cakap pasal dia tu pun yg baik2 saja…
… Sebelum live pun ibu yg uruskan semua…
Xpa kakak ibu doa kan kakak brjaya dunia akhirat…
X kesah lah org nk kata apa ???
Yg baik kita brsyukur
Yg kecam jadi kan nasehat n kuat kan semangat… Move on ok… ✌✌✌
Bersyukur ada anak mcm kakak iris… Bila ibu demam kakak laa yg jaga ibu n adek² sampai sanggup nk minta cuti.. Xnk pergi sk sebab nk jaga ibu kt rumah ???
Padahal kakak lah yg paling teruk kena marah dengan ubu abah.. Walau pun kakak x salah ???
By ibu iris.. Yg x pandai didik anak ???
T. Kasih sudi baca sampai habis..
Walau pun panjang lebar….. ???
#gambarrumahmasalepasbanjir
#kitabudakkampung
#bukandarikeluargaygsenang
Bakat yang ada pada adik Iris ini sememangnya sangat rugi jika disia-siakan. Jika digilap, pasti bakatnya ini boleh bawanya ke peringkat yang lebih jauh. Apa salahnya kalau minat kita ini boleh mendatangkan kejayaan yang besarkan?
Kita sepatutnya menyokong dan bukanlah melemparkan kata-kata negatif terhadap dirinya. Buat adik Iris, Hijabista doakan agar adik terus maju dan terus sukses dalam bidang yang adik ceburi!
kredit: facebook Iris Khairi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mengagumkan! Kini Wajah Aina Abdul Pula Hiasi Papan Iklan New York Times Square

Selepas Yuna, Layla Sania, Dolla dan Iman Troye, kini wajah penyanyi terkenal negara pula iaitu Aina Abdul yang menghiasi ruang papan iklan New York Times Square menerusi kempen EQUAL oleh Spotify.
Menerusi akaun TikTok @super_ainatics, jelas terpampang wajah Aina dalam persalinan putih di papan iklan di negara Uncle Sam tersebut.
Teguh berdiri dan terus bermimpi! Nampaknya satu lagi mimpi @ainaabdul (dan Ainations semestinya) telah jadi kenyataaan. 🥺👏🏻😍👑🔥. Korang rasa apa next benchmark for Aina Abdul?
.
📆 22.3.2022
📽 YT AE Signage
Thank you @ahzaal_ for your help ❤❤
Kemunculan wajahnya di papan iklan ini merupakan satu lagi langkah besar dalam kariernya apatah lagi nama pelantun lagu Fool ini semakin meningkat naik selepas memenangi tempat kedua dan Anugerah Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36) baru-baru ini.
Tahniah Aina! Berkat usaha gigih selepas beberapa tahun lamanya, akhirnya dia berjaya mencapai pelbagai kejayaan pada hari ini. Moga Aina terus maju dan sukses lagi dalam bidang yang diceburi. You go girl!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI