Kecantikan

Amalkan Minum Air Rebusan Jintan Manis Boleh Kecilkan Paha Yang Sado. Confirm Menjadi!

Share

Selain nak kecilkan wajah, orang perempuan cukup menitikberatkan bagaimana caranya nak kecilkan paha yang sado. Maklumlah jika besar di bahagian itu, memang agak payah untuk mencari baju bersesuaian.

Kali ini hijabista nak kongsi amalan yang dipraktikkan oleh seorang Perunding Jamu di laman sosial facebooknya, Norliza Mohd Salleh

yang mengamalkan petua alami ini dan ianya cukup berkesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Tanpa Mekap! 9 Cara Ini Nampak Biasa, Tapi Beri Hasilnya Luar Biasa

Namun petua ini akan lebih menjadi jika disusuli squat dan minum air 3 liter sehari. Sebelum itu, admin nak pesan jangan lupa catat ukuran paha sado sebelum dan selepas ukuran pengambilannya.

 Bahan-bahan:

  • Jintan Manis – 2 sudu besar.
  • Air – 1 liter air.
Ambil jintan manis.
Sediakan secawan air.
Rebus bahan berkenaan.
Biarkan suam dan bolehlah diminum.

 Cara-cara:

  1. Direbus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.

2. Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan. Diminun setiap hari, selama sebulan.

3. Ulang-langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.

Air Rebusan Jintan Ini Juga Boleh Membantu:

  • Buang angin badan
  • Masalah mulut berbau
  • Kurangkan selera makan
  • Tingkatkan metobolisma
  • Cuci usus
  • Sakit sendi
  • Kolestrol
  • Tambah darah
  • Gemok air
  • Banyakkan susu badan

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia Wajah Gebu Adira AF

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH