Kecantikan

Minum Air Masak & Berfikiran Positif Cara Farahanim Kekal Sihat, Cantik Walaupun Sibuk Uruskan Si Kembar

Share

Setiap kali melihat foto atau video dimuat turut personaliti ini, bagaikan dapat meneka kesibukannya menguruskan tugasan harian. Lebih-lebih lagi terpaksa membahagikan masa antara kerjaya, isteri dan juga ibu kepada dua cahaya mata kembar. Walaupun begitu, penyampai TV AlHijrah ini tetap kelihatan ceria, aktif dan bertenaga biarpun seharian menguruskan rutin yang sama. Menurutnya, dia tidak mengambil apa-apa suplemen untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan, sebaliknya hanya petua minum air masak sahaja.

Menurut Farahanim Razak lagi, selain itu katanya dia juga turut memastikan fikiran sentiasa berfikiran positif dan hanya fikirkan perkara yang membahagiakan. Tidak peduli apa orang kata dan paling penting sentiasa berada dalam situasi menggembirakan.

“Itulah rahsia utama Anim untuk kekal sihat, aktif dan bertenaga. Kalau kita dalam kedaaan sedih ataus sering berfikiran negatif sedikit sebanyak akan mempengaruhi gaya hidup kita. Jadi Anim memang sentiasa akan bersikap gembira dan pastikan keluarga kecil Hanim juga begitu.

“Selain itu Anim juga akan sentiasa menjaga penampilan. Maklumlah tuntutan kerjaya sebagai penyampai TV AlHijrah dan juga sebagai pemilik produk kecantikan, pastinya kita perlu sentiasa tampil cantik, kemas dan meyakinkan,” ujar Farahanim yang lebih mesra dipanggil Anim.

Menurutnya lagi sejak sebelum kahwin lagi dia memang seorang yang suka kepada soal kecantikan dan kesihatan.

“Tak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak ambil pusing bab kecantikan diri sendiri dan hanya memikirkan soal anak semata-mata. Sebelum kahwin lagi Anim memang suka pada kecantikan, kesihatan dan sentiasa tampil kemas jika mahu ke mana-mana.

“Jadi selepas dah ada anak ini, Anim maintain perkara yang sama. Tiada alasan sudah ada anak, tidak boleh berdandan rapi dan kelihatan cantik,” kata Farahanim yang juga pernah mengalami pertambahan berat badan ketika hamil tempohari.

“Berat Anim semasa hamil kembar tempohari mencecah 79 kg dan selepas bersalin Anim cuba dapatkan kembali berat asal. Tiada petua tertentu yang diamalkan, cuma Anim memang sangat teliti dalam bab berpantang tempohari.

“Anim memang jaga bab makan dan paling penting banyak minum air masak. Itu adalah senjata paling utama untuk maintain berat badan seperti yang kita idamkan.

“Lagi satu Anim sangat menjaga kecantikan wajah. Anim akan pastikan walau penat mana sekalipun kena cuci muka sebelum masuk tidur,” jelasnya lagi yang seronok melalui fasa sebagai ibu muda, lagi-lagi mempunyai sepasang kembar yang sedang membesar kini.

“Anim memamg seorang yang gemar bergaya. Anim masih lagi gemar mix and match baju, shopping baru baru dan beli barangan mekap. Jadinya lepas dapat anak kembar ini, Anim buat perkara yang sama pada Ameena dan Ameera.

“Misalnya kalau Anim pakai baju kuning, kembar pun akan pakai baju kuning juga. Malah perkembangan bisnes online sekarang juga menyebabkan banyak barangan bayi boleh kita beli.

“Contohnya Anim suka sangat beli headband pada diorang dan ada macam-macam design yang dibeli secara online. Kata orang ini pun macam terapi diri,” tambahnya lagi yang ditemui ketika majlis sambutan Hari jadi Founder Sugarscarf, Eyka Sulaiman yang diadakan di Ampang Glass House baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, Founder Sugarscarf, Eyka Sulaiman yang baru sahaja pulang mengerjakan umrah telah diraikan dalam satu majlis sambutan hari jadi yang dibuat secara kejutan oleh kaki tangan Sugarscarf serta rakan-rakannya.

Ternyata Eyka Sulaiman kelihatan sebak diraikan dalam majlis yang turut memperkenalkan koleksi shawl terbaru sempena sambutan hari jadinya.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARAHANIM

 

 

Published by
Siti Zurina