Selain kulit orang Korea yang memang cantik putih melepak, wanita Jepun juga tidak terkecuali mempunyai kulit yang cantik, halus dan berseri. Apa agaknya yang menjadikan wanita Jepun ini kelihatan cantik kulitnya walaupun tanpa bermekap tebal. Dalam satu kajian mendapati rupa-rupanya wanita Jepun mengamalkan petua minum air kosong pada perut kosong selepas bangun pagi.
Sememangnya amalan mudah ini memberikan hasil positif mengenai keadaan kesihatan yang berbeza. Ini adalah antara kesan yang diamalkan setelah mencuba amalkan apa yang wanita Jepun buat, iaitu minum air kosong selama 30 hari
. Hasilnya amat menakjubkan.Beberapa hari selepas mula minum air pada waktu pagi, badan akan rasa lebih ringan dan badan dan mudah untuk buang air pada waktu pagi.
Amalan ini menjadikan diet lebih baik. Tidak lagi rasa selalu lapar yang mengganggu setiap jam untuk makan. Rasa untuk makan snek juga hilang dan dapat lebih banyak tenaga.
Di samping kurang rasa lapar, penghadaman turut lancar dan rasa badan lebih ringan. Mempunyai tenaga banyak untuk melakukan kerja lain.
Tapi selepas amalkan minum air kosong di waktu pagi, sakit itu hilang dan tidak lagi rasa tidak selesa selepas makan makanan.
Hilangkan kedutan di wajah dan kulit kelihatan sihat, berseri dan bercahaya. Malah kita akan rasa lebih muda berbanding usia sebenar.
Rawatan air menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik daripada mana-mana antibiotik lain.
Amalan yang sederhana ini telah meningkatkan sistem ketahanan diri. Sesuatu yang mudah seperti minum air dalam keadaan perut yang kosong pada waktu pagi bantu menangani masalah menangani penyakit tanpa perlu ambil ubat.
Ikuti kaedah ini untuk merasa bertenaga sepanjang hari:
SUMBER FOTO: PINTEREST