“Hanee minta maaf sangat-sangat. Berilah Hanee peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan. Setiap orang tak lari dari melakukan kesilapan. Dan from botton in my heart, Hanee minta maaf sangat-sangat. Hanee tahu Hanee salah dan Hanee minta stop salahkan emak Hanee dalam hal ini. Ia bukan salah emak Hanee dan dia tiada kaitan dalam hal ini…”
Luahan kata-kata cukup ikhlas dan meninggalkan kesan di hati oleh bekas pemenang Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee yang tampil berani berdepan dengan kontroversi melanda dirinya sebelum ini.
Insiden itu menyebabkan pemilik jenama Nu Ideaktiv dan terpaksa menarik balik gelaran Dewi Remaja 2018/19 yang disandang oleh Haneesya Hanee atau nama penuhnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan pada malam 14 Januari lalu.
Penarikan ini berikutan Hanee yang didapati melanggar peraturan dan klausa kontrak yang telah ditetapkan dan ditanda tangani sebelum pertandingan berkenaan.
Malah kes seperti ini juga merupakan kejadian kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja selama 10 tahun edisi ini dianjurkan. Dan Hanee juga satu-satunya pemenang Dewi Remaja yang paling singkat iaitu selama 72 jam sahaja.
Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman berkata penarikan ini juga dibuat setelah pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenangnya telah melanggar syarat penyertaan.
Malah demi menjaga kredibiliti gelaran berprestij itu, tiada sesiapa yang akan menyandang gelaran Dewi Remaja 2018/19 untuk edisi kali ini.
Sehubungan itu Tia Sara akan kekal sebagai pemenang Dewi Remaja kedua manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat pula disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania pula di tempat kelima.
Selain itu, Arena Iman sebagai Dewi Favorite dan Aween Ismail pula sebagai Dewi Inspirasi. Dan mereka inilah yang akan mewakili jenama Dewi Remaja untuk melakukan pelbagai aktiviti yang telah diatur nanti.
Dalam satu sidang media khas Eksklusif di pejabat Nu Ideaktiv Sdn Bhd tengah hari tadi, Hanee turut memberitahu selepas ini dia akan move forward dan memperbaiki diri sendiri dan akan teruskan apa yang telah dilakukan sebelum ini.
“Hanee tak akan give up. Dan bagi Hanee, semua orang berhak diberi peluang kedua. Bagi remaja di luar sana, jika kita salah langkah inilah risiko yang perlu kita hadapi. Dan diakhirnya terpulang pada diri kita sendiri nak bangkit atau jatuh. Hanee pilih untuk bangkit dan moving forward.
“Kekuatan untuk Hanee berhadapan dengan semua ini adalah diri Hanee sendiri. Ramai yang cuba jatuhkan Hanee tapi dalam masa sama Hanee juga turut mendapat sokongan dari teman-teman lain.
“Bila baca di twitter Hanee bersyukur kerana masih ramai yang masih bersama Hanee termasuk ibu Hanee yang tetap menemani Hanee dan memang Hanee sudah bersedia menghadapinya,” ujar Hanee yang mengambil situasi berlaku ini sebagai pengajaran terbesar.
Dalam pada itu, Haneesya Hanee mengakui tindakannya sesuatu yang kurang bijak dan menurut naluri remaja yang ingin mencuba perkara baru.
“Apa yang Hanee dapat pelajari dari peristiwa ini, jangan percayakan kawan kerana bukan semuanya berniat baik. Perlu hati-hati dalam berkawan dan memilih kawan,” tambahnya lagi yang dilihat cukup bersedih dengan penarikan gelaran berkenaan.
Gadis yang mula dikenali sebagai model dan mula dikenali ramai selepas memegang watak Zaza dalam drama Cik Reen Cik Ngok Ngek juga turut berharap jangan menilai peribadi Hanee atau membuat perbandingan kesilapan dengan bakat sedia ada.
KENYATAAN PENUH HANEESYA HANEE:
KREDIT FOTO: FACEBOOK REMAJA & PHOTOGRAPHER NU IDEAKTIV
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI