‘Minta Bacakan Doa Ini Untuk Saya’- Muat Naik Foto, Doa Neelofa Curi Tumpuan Ramai

Share

Ramai yang sedang berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan di antara selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz yang dikatakan bakal berlangsung pada hujung minggu ini.

Tidak mengiya atau menidakkan khabar tersebut, Neelofa bagaimanapun telah memuat naik sebuah hantaran di laman instagramnya semalam berkenaan doa yang dihajatinya  yang seakan-akan berkait dengan situasinya yang sedang diperkatakan.

dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah.. 🤲🏼🤍 doakan saya dalam doa doa kalian

Di ruang komen, ramai rakan artis termasuklah para peminatnya turut mendoakan kesejahteraan dirinya. Di samping itu, mereka juga turut teruja kerana latar belakang foto tersebut seperti pelakon drama Red Velvet itu sedang melakukan sesi ‘fitting’

baju.

Adakah benar khabar angin tersebut? Sama-samalah kita nantikan dan doakan yang terbaik buat mereka berdua, InsyaAllah.

Published by
QIST