Mereka dianggap antara bintang muzik rock terhebat di kalangan peminat mereka, namun kumpulan muzik heavy metal Indonesia yang berhijab, VOB mengalami kesukaran untuk memenangi ibu bapa mereka bagi meneruskan minat mereka ini.
Berasal dari Jawa Barat, trio kecil di belakang Voice of Baceprot (“Noisy Voice” dalam bahasa Inggeris) telah menghabiskan bertahun-tahun bagi mengasah bakat mereka di festival muzik di seluruh negara setelah membentuk kumpulan VOB ketika zaman remaja pada tahun 2014.
“Kerana muzik ini, saya mempunyai keberanian untuk menuturkan buah fikiran dan keyakinan dalam diri,” jelas pemain bass kumpulan tersebut yang baharu berusia 19 tahun, Widi Rahmawati.
“Ketika saya berada di atas pentas, saya dapat mengekspresikan diri tanpa perlu risau tentang norma yang diharapkan orang dari saya”.
Mematuhi norma-norma itu beerti akan memaksa ketiga-tiga wanita itu untuk berkahwin setelah tamat sekolah menengah.
“Ibu bapa saya memberitahu saya bahawa tiada guna membaca, apalagi bermain muzik,” kata penyanyi dan pemain gitar utama Firda Marsya Kurnia, 20.
“Mereka mengatakan bahawa setelah saya berkahwin, calon suami tidak akan menyuruh saya membaca buku, tetapi memasak atau membersihkan rumah sebagai gantinya.”
Kesungguhan ketiga-tiga mereka akhirnya berjaya apabila mereka berpindah ke ibu kota Jakarta tahun lalu untuk mengasah bakat mereka.
“Muzik adalah tempat untuk kita memperoleh kebahagiaan dan berkongsinya dengan orang lain,” kata Kurnia.
“Kami hanya bersyukur jika penonton mendapat sesuatu, seperti pesan, dari muzik kami.”
sumber: SCMP