Pelakon yang cantik jelita, Wawa Zainal sentiasa mencuri tumpuan peminatnya dengan gayanya yang comel. Bak kata orang, pakai apa pun tetap cun sis!
Baru-baru ini, isteri kepada Aeril Zafrel telah memuat naik videonya miming dan menari lagu hindustan di Turki. Wawa yang sememangnya sedia maklum oleh semua merupakan peminat setia lagu hindustan menerima ribuan pujian daripada netizen.
Cantik macam bidadari!
View this post on Instagrammisi mencari #madumadeinturkey di teruskan
A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on
Wawa nampak seperti orang Turki pula apabila bergambar bersama rakyat di sana.
View this post on Instagramishhh lawa nak mati org2 turki ni? #madumadeinturkey
A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on
Sama cantik sama padan pasangan ini.
View this post on Instagramcuba bagi ♥️ nak tgk brp rmi org malaysia tak tido lgi ni? bawal @galerihajra ? @kakifoto_
A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on
kredit : instagram Wawa Zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘5 Tahun Lalu, Faris Pernah Kata Elfira Ialah Gadis Idamannya’-Hani Fadzil Buka Cerita Kisah #ElFaris
Umum sedia maklum bahawa pelakon popular, Elfira Loy telah selamat bernikah dengan cinta hatinya iaitu Faris Khairol Anuar pada pagi semalam. Perkahwinan mereka mendapat tumpuan ramai sekaligus menjadi trending di laman sosial.
Ternyata ada kisah menarik di sebalik kisah percintaan mereka. Menerusi instastory penyampai radio terkenal iaitu Hani Fadzil, dia telah berkongsi cerita yang sebenarnya Elfira telah menjadi gadis idaman Faris sejak 5 tahun yang lalu.
Benarlah kata orang kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana bukan?
“Faris pernah berkata sewaktu berada dalam kelas yang gadis idamannya ialah Elfira Loy. Itu adalah 5 tahun yang lalu. Dan hari ini dia telah berkahwin dengan gadis idamannya. Jodoh adalah satu perkara yang sangat indah!”
Di samping itu, netizen di Twitter juga teruja dengan kisah cinta mereka ini dan mendoakan agar pekahwinan ini kekal hinggah ke Jannah.
View this post on InstagramA post shared by ٢٤ | ?? | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on
Sememangnya jodoh dan pertemuan itu semuanya rahsia Allah. Hijabista doakan agar pasangan ini kekal bahagia selamanya. InsyaAllah. Buat hijabi yang belum bertemu jodoh, jangan risau! Tuhan sedang menyediakan yang terbaik untukmu. Tunggu masa yang sesuai sahaja because the right person will come at the right time. 🙂
kredit: instagram @hahanybunch , @elfiraloy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BPN Bukan Duit Joli, Suami Mesti Beri Sebahagian Duit Untuk Nafkah Anak & Isteri
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada
golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Bantuan ini diberikan dengan tujuan meringankan beban isi rumah di samping boleh digunakan untuk membeli keperluan sara hidup. Namun ada kisah di sebalik bantuan ini.
Ikuti perkongsian Fahmi Ramli yang merupakan Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam. Beliau banyak berkongsi tentang hal ehwal wanita dan kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah.
BAPA ZALIM GUNA BPN SENDIRI, NAFKAH ANAK TERABAI
Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 ini, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mana kebanyakan rakyat akan menerima bantuan tunai bagi menjalani tempoh ini di rumah. Saya percaya ramai rakyat Malaysia yang masih ingat tentang pengumuman PM kisah Mak Cik Kiah bukan?
Ada seorang ibu yang menanggung anaknya namun masih dalam proses perceraian di Mahkamah bertanya kepada saya, apa tindakan dia boleh lakukan dan apa hukum bagi seorang bapa yang menerima duit BPN, tapi satu sen pun tak dihulur atau diberi kepada ibu yang menjaga anaknya.
Bila ditanyakan kepada si bapa kenapa tidak beri, katanya dia nak beli keperluan dirinya dan keluarganya. Jadi, memandangkan anak tiada dengan si bapa, maka disuruhnya si ibu dan keluarga ibu yang tanggung keperluan makan minumnya.
SIAPA PERLU TANGGUNG NAFKAH ANAK SEMASA PKP?
Walaupun anak mungkin tidak berada di bawah jagaan bapa, nafkah anak masih WAJIB diberi oleh si bapa. Kalau bapa tidak boleh beri nafkah, keluarga si bapa perlu tanggungnya.
ADAKAH DUIT BPN BOLEH DIKIRA NAFKAH DAN WAJIB DIBERI KEPADA TANGGUNGAN?
Pada saya, duit BPN yang diberikan oleh kerajaan dimasukkan kepada bapa hanya sebagai PERANTARAAN memandangkan bapa adalah ketua keluarga. Berbeza bagi ibu tunggal yang mungkin sudah disahkan bercerai.
Tapi bagi mereka yang belum lagi bercerai, sepatutnya duit tersebut kalau si bapa yang menerima duit BPN atau apa-apa bantuan lain semasa PKP ini mestilah memberikan sebahagian daripada duit bantuan tersebut untuk Nafkah Anak dan Isteri. Ini WAJIB.
ADAKAH BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH?
Saya percaya jika sekiranya bapa tidak memberi sebahagian daripada duit BPN kepada tanggungannya, ia mungkin TIDAK BOLEH dituntut di Mahkamah Syariah. Hanya tunggakan nafkah sahaja boleh dituntut iaitu selepas didapati bapa culas atau gagal selepas diperintahkan Mahkamah untuk membayar nafkah melalui perintah.
JIKA TIDAK ADA PERINTAH NAFKAH ANAK?
Penjaga anak tersebut boleh menuntut nafkah anak di Mahkamah Syariah selepas PKP. Cuma untuk tempoh ini, apa yang boleh dibuat adalah bincang dengan baik supaya nafkah untuk anak tidak terabai kalaupun si suami enggan beri kepada isterinya.
JIKA ADA PERINTAH TAPI BAPA INGKAR?
Ibu perlu catat berapa jumlah tunggakan dan selepas PKP perlu menuntut tunggakan nafkah tersebut di Mahkamah Syariah. ia tetap dikira sebagai hutang kepada si anak. Sama ada tuntutan tersebut dibuat melalui Peguam Syarie ataupun melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).
KESIMPULAN
Nafkah anak adalah tanggungjawab penuh bapa dan keluarga bapa. Memang dalam tempoh PKP ini mungkin ada yang tidak kerja, tiada pendapatan atau mungkin dibuang kerja. Tetapi harus diingat, apa-apa peruntukan dan sumbangan yang diberikan kepada ketua keluarga, perlu diagihkan kepada tanggungannya juga seperi isteri dan anak-anak.
Jangan fikir perut kita sahaja, fikirkan tentang nasib anak kita yang juga perlukan bantuan tersebut. Bapa zalim namanya tu.
Sedekah terbaik, adalah sedekah kepada Ahli Keluarga.
Sumber kredit: Fahmi Ramli
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pensyarah & Penyelidik DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki Lesen Juruterbang Kawalan Dron Profesional
Sekarang ini, keberanian wanita menceburi bidang kerjaya yang dimonopoli kaum lelaki adalah sesuatu yang membanggakan.
Seperti Dr Juita ini yang menjadi wanita Malaysia pertama memiliki lesen Juruterbang Kawalan Dron Profesional atau Remote Pilot License (RePL) yang diiktiraf Lembaga Keselamatan Penerbangan Awam (CASA), Australia.
Dr Juita atau nama sebenarnya, Dr Siti Juita Mastura Mohd Saleh merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
Bapanya seorang Pengurus Ladang (sudah bersara) manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.
“Walaupun ibu seorang suri rumah tapi beliau sangat mementingkan akademik. Dulu ibu selalu teman saya belajar dan duduk di sebelah sambil baca suratkhabar.
“Kalau saya belajar sampai pagi, ibu akan temankan saya sampai ke pagi juga,” kongsi wanita berusia 29 tahun ini yang sudah pun berkahwin.
PENSYARAH & PENYELIDIK
Dr Juita merupakan pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Dalam industri yang dimonopoli kaum lelaki, beliau pakar dalam bidang Struktur dan Reka Bentuk Pesawat, khususnya berkaitan Composite Aerostructures.
Graduan Doktor Falsafah Kejuruteraan Aeroangkasa dari Cranfield University, United Kingdom ini bukan saja aktif dalam bidang penyelidikan malah menjadi penggerak kepada pembangunan pensijilan aeroangkasa khususnya berkaitan teknologi dron yang kini ditawarkan di UTHM.
Terdahulu, Dr Juita pernah terlibat dengan pembangunan Dron Penghantaran bagi mengikuti pertandingan Parcel Dron Malaysia anjuran Pos Malaysia 2019.
Kini beliau bersama-sama penyelidik lain telah menghasilkan satu produk komersial dron pertanian PINEXRI-20 menerusi projek kolaborasi UTHM dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB).
TERUS KOMITED
Berada di salah satu institusi pengajian tinggi yang terkenal dengan aktiviti melibatkan bidang pengangkutan aeroangkasa, keretapi dan automotif, Dr Juita komited untuk meneruskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk aeroangkasa selari dengan hasrat negara memperkasa industri aeroangkasa menjelang 2030.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang berbakti kepada universiti yang menggalakkan staf terlibat dalam aktiviti komuniti.
“Menerusi pelbagai program yang diatur UTHM, saya dapat menyumbang khidmat bakti dan ilmu berkaitan dron kepada komuniti setempat serta masyarakat orang asli,” ujar anak jati Kedah ini yang gemar mengembara dan meminati sukan lasak seperti motorsport.
Berbekalkan semangat dan sokongan rakan-rakan berpengalaman dalam pembangunan Sekolah Penerbangan Profesional milik UTHM yang dikenali sebagai Asia Aeronautical Training Academy (AATA), Dr Juita diberi kepercayaan untuk membangunkan akademi dron milik UTHM.
Dr Juita juga merupakan salah seorang lembaga pengarah di syarikat terbitan UTHM, Avitex Solution yang menjalankan aktiviti komersial produk berasaskan dron serta kursus asas pengendalian dron.
Kredit: Suriayati Baharom, Unit Perhubungan Awam & Media, Pejabat Pemasaran Pemasaran & Komunikasi Korporat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI