Musim-musim cuaca panas begini, tekak terasa hendak makan aiskrim. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah tentulah pergerakan kita agak terbatas selain peti aiskrim di kedai-kedai yang mungkin kosong kerana aiskrim sudah habis dibeli.
Jangan bimbang. Buat yang sedang mengidam makan Milo Ice Cream Sticks, anda boleh cuba resipi ringkas ini.
Inilah panduan langkah demi langkah mudah untuk membuat Milo Ice Cream Sticks. Bahan asas pun tak banyak. Hanya guna tiga ramuan sahaja.
BAHAN-BAHAN:
5 bungkus Milo 3 dalam 1
300 ml Susu Segar
100 ml Susu pekat
Batang Ais Krim
Beg paip dengan coklat cair
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Campurkan Milo 3 dalam 1 dengan susu segar. Kacau sebati. Plastik milo jangan dibuang. Potong kemas bahagian hujungnya untuk dijadikan plastik aiskrim.
2.Campurkan pula susu pekat manis. Kacau lagi bagi sebati.
3.Tuangkan ke dalam plastik Milo tadi.
4.Letakkan batang aiskrim di dalam plastik Milo. Simpan di dalam peti sejuk sehingga aiskrim keras (anggaran 3-4 jam)
5.Sebelum dinikmati, paipkan dengan coklat cair. Sedia untuk dinikmati.
VISUAL BERGAMBAR:
Sumber kredit: Fun Cooking With Yackikuka