Miliki Stail Ala ‘K-pop Idol’ Aespa, Di Cawangan Pertama MLB Malaysia. Banyak Hadiah Menanti Hijabi Esok!

Share

Jenama fesyen premium Korea, MLB kini berjaya menembusi pasaran Malaysia dan membuka kedai pertamanya! Kalau hijabi nak tahu, MLB telah beroperasi di IOI City Mall Putrajaya #LOT-G-239B & G240, mulai hari ini.

MLB adalah sebuah jenama yang menggabungkan fesyen premium dengan suntikan budaya unik. Berdiri sebagai gaya terkemuka di dunia, MLB mula membuka butik jenama pertamanya di Korea pada tahun 1997. Bukan itu saja, jenama ini menjadi sorotan ramai apabila melantik kumpulan Korea; Aespa sebagai duta jenama mereka. 

Kumpulan Aespa yang semakin popular ini terdiri daripada empat orang ahli wanita iaitu, Giselle, Karina, Ning Ning dan Winter. Kolaborasi diantara MLB Korea X Aespa ini telah menarik perhatian ramai, terutamanya para peminat Aespa. 

Jenama fesyen MLB, menawarkan barisan pakaian dan aksesori dengan koleksi yang diilhamkan oleh logo pasukan besbol terkenal. Ia juga terkenal dengan menggabungkan utiliti dan fesyen koleksi ikonik antaranya cetakan Paisley dan Checkerboard, Classic, Quilted, Dia dan Monogram Cube.

Foto: MLB Malaysia

Lebih menarik lagi, jenama MLB mempunyai rangkaian topi terbesar di Asia, dengan menawarkan lebih 300 gaya klasik dan baharu sepanjang tahun, sekaligus menjadikan kedai ini destinasi tujuan utama paling ideal bagi Hijabi yang gemar mengumpul pelbagai koleksi topi. MLB adalah pilihan terbaik khas buat anda!

Artikel berkaitan: Cipta Stail Tersendiri Dengan Gaya Selebriti, Dapatkan Koleksi Menarik Hijabista Dengan Tawaran Hebat Jualan 9.9 Lazada

Harga pakaian dibawah jenama MLB bermula serendah RM230 hingga RM990, manakala harga topi pula serendah RM190 hingga RM360, kasut dan aksesori dijual secara berasingan dari RM290 hingga RM990.

Jom Serbu MLB IOI Putrajaya esok!

Sehubungan itu, bersempena dengan pembukaan pertama kedai fizikal MLB Malaysia esok, ada sesuatu yang menanti hijabi sekalian!

MLB IOI Putrajaya

Pada 14 Januari 2023(esok), dari 10 pagi-12 tengah hari, 50 pembeli pertama akan menerima MLB Brand Gift Box. Lebih menarik lagi, bagi 200 pelanggan pertama yang hadir ke kedai MLB akan menerima pelekat jenama itu, berserta baucar hadiah bernilai RM20 setiap satu. 

Mesti Hijabi berminat dan dah tak sabar sangat nak dapatkan hadiah eksklusif dari MLB kan? Ini langkah-langkah yang perlu sis lakukan:

  • Tetapkan profil kepada umum.
  • Pose dan ambil gambar yang ‘cool’ dan bergaya semasa berada di dalam butik MLB.
  • Kongsi dan siarkan gambar tersebut di Instagram peribadi, ikuti dan tag @mlbmalaysia.
  • Jangan lupa hashtag #MLBMalaysia pada ruangan kapsyen.

Foto dan kapsyen yang terbaik akan menangi topi MLB yang eksklusif sebagai hadiah! Wah, memang best! Tunggu apa lagi? Jangan lupa untuk sertai pertandingan dan kunjungi MLB Malaysia sekarang!

Artikel berkaitan:  Cipta Stail Tersendiri Dengan Gaya Selebriti, Dapatkan Koleksi Menarik Hijabista Dengan Tawaran Hebat Jualan 9.9 Lazada

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira