Sentiasa tampil dengan gaya ayu jelita, Faezah Elai juga ternyata memiliki senyuman yang indah apatah lagi giginya tersusun rapi.

Sering ditanya bagaimana caranya menjaga gigi, pelakon drama Asmara itu telah berkongsikan tipnya di laman instagramnya bagi mengelakkan gigi menjadi kuning.

Petuanya, sentiasa gunakan straw sewaktu minum minuman berkafein.

Miliki Senyuman Yang Menawan, Faezah Elai Kongsi Tip Mudah Caranya Jaga Gigi Kekal Putih

When they said, “hg bg pinjam gigi hg kt depa ka buat acuan?” 🤣😂🤣

P/S : tkdak pakai veneer aihh..mahai tkdak duit.. sblom ampa tanya habaq siap2..

Ads

Pasai apa putih? Sbb when i drink tea or coffee,i will use straw to avoid colour caffeine tu direct kena gigi.. tk pecaya? Try sendiri.. it works!

KLU AYAQ PANAIH TK PAYAH STRAW!! I DONT REALLY DRINK AYAQ PANAIH.. KLU NK MINUM JUGAK SUKA HATI HG LAH! I DRINK TEH TARIK ALSO I USE STRAW.. TKDAK MASALAH AIHH!! Sunnah pon kata jgn mkn or minum terlalu panaih sampai dok kena hemboih.. paham dak?? 🙄

Ads

 

Pernah memakai braces selama beberapa tahun, isteri kepada Heykal Hanifah ini juga kekal menggunakan retainer hingga kini agar giginya kekal teratur dan tidak kembali ke posisi asal.

Ads

Miliki Senyuman Yang Menawan, Faezah Elai Kongsi Tip Mudah Caranya Jaga Gigi Kekal Putih

Sememangnya benar tip yang dikongsikan oleh Faezah ini. Doktor gigi sendiri sarankan anda menggunakan straw jika minum teh ataupun kopi apatah lagi selepas melakukan proses whitening kerana minuman yang berkafein memang diketahui boleh menyebabkan gigi menjadi kekuningan.

Jadi jika anda mahukan gigi yang cantik dan putih bersinar, amalkanlah langkah penjagaan gigi yang sebetulnya ya!

Miliki Senyuman Yang Menawan, Faezah Elai Kongsi Tip Mudah Caranya Jaga Gigi Kekal Putih

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI