Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

Amalan secawan air lemon hangat setiap pagi sebelum mengambil sebarang makanan mampu mengaktifkan sistem pencernaan. Jus lemon adalah minuman rendah kalori dan berupaya mengawal tubuh badan daripada kesan dehidrasi.

Asid sitrik yang ditemui dalam lemon menambah asid secara semula jadi dan membantu memecahkan makanan. Sambil menghirup minuman lemon panas secara tidak langsung bertindak sebagai pelembut dalam sistem pencernaan.

Miliki Potongan Badan Macam Model, Ini Khasiat Amal Minum Jus Lemon Setiap Hari
Photo by Lukas from Pexels

 

Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula perang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.

TINGKATKAN PENYERAPAN NUTRIEN

Ads

Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.

Miliki Potongan Badan Macam Model, Ini Khasiat Amal Minum Jus Lemon Setiap Hari
Photo by Julia Zolotova from Pexels

Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.

KAYA KANDUNGAN VITAMIN C

Ads

Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin. Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak.

Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.

Miliki Potongan Badan Macam Model, Ini Khasiat Amal Minum Jus Lemon Setiap Hari

Ads

 

Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan. Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok, dan gout.

Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.

Sumber kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad Top image: Photo by Quintin Gellar from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI