Tidak dinafikan memang wujud manusia yang seiras walaupun tidak mempunyai pertalian darah. Kata orang, dalam dunia ini ada tujuh orang yang mempunyai wajah yang sama atau seiras dengan kita.
Seperti yang tular baru-baru ini di laman TikTok, apabila ada seorang gadis yang dikatakan mirip dengan pelakon Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal.
Menurut gadis yang bernama Nurfazira Azhar Azaruddin ini, dia sudah biasa menerima komen dan digelar “kembar” Nad Zainal atau Nanad sejak di bangku sekolah lagi dan semakin kerap menerima teguran sedemikian setelah meningkat dewasa terutamanya apabila Nanad sudah mula berhijab.
“Masa belajar di universiti, kawan saya dekat sana pun mula perasan wajah sama macam Nad.
“Kawan-kawan sekarang pun ada juga yang cakap macam tu. Tapi apabila saya tengok balik muka sendiri tak sama pun,” ujarnya ketika ditemu bual oleh satu portal hiburan.
Bukan sahaja rupa paras, malah gaya pertuturan pun sama!
Ujar gadis yang menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Muamalat dari Universiti Malaya ini; dia sendiri terkejut apabila bukan sahaja rupa parasnya dikatakan sama dengan Nad Zainal malah gaya pertuturan juga pernah ditegur persis dgn pelakon Cinta Buta itu.
“Selain ditegur fasal kening, mulut, hidung, gigi… cara bercakap pun mereka kata sama. Saya terkedu juga apabila mereka cakap betul-betul sama tu,” tambahnnya lagi.
Persamaan tersebut bukan hanya diperkatakan oleh rakannya, malah dia pernah ditegur oleh netizen. Ada juga yang sampai “tag” Instagram Nad Zainal!
“Pernah sekali, saya ke sebuah restoran makanan segera dan seorang individu datang beritahu wajah saya seperti Nad Zainal.
Ads
“Selain itu, saya pernah menunaikan solat Tarawih di sebuah masjid dan direnung seorang jemaah, namun tak fikir apa, mungkin ada yang tak kena dengan wajah saya ketika itu.
“Ada juga yang ‘tag’ saya di Instagram (IG) Nad Zainal, namun setakat itu saja kerana bukan semua akui persamaan wajah saya dan Nad, ada juga mengatakan tidak sama.” ujarnya kepada Harian Metro.
Bukan untuk meraih populariti
Gadis yang mesra dipanggil Fazira ini membuat duit sampingan dengan menggunakan platform TikTok. Dia turut memanjatkan rasa syukur dan mengakui perkara tersebut sedikit sebanyak membantunya yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan.
Namun, dia akui tidak mengambil kesempatan atas ‘populariti’ yang diraih serta ia bukanlah niat asal gadis yang menetap di Ipoh, Perak ini.
“Dekat TikTok tu saya ada juga buat duit sampingan dengan jadi dropship. Memang semata-mata nak join program affiliate dan tak ada niat lain pun.
“Sambutan agak baik. Alhamdulillah ada juga yang membeli,” ujarnya lagi.
Ads
Dia juga berkongsi yang dia merupakan diantara peminat Nad Zainal malah pernah juga terserempak dengannya di sebuah pusat beli-belah, namun tidak sempat bergambar bersama.
“Secara peribadi, saya minat Nad Zainal malah kagum dengan lakonannya yang mantap. Pernah juga terserempak dengannya di sebuah pusat beli-belah, namun tak sempat bergambar bersama.
“Cuma, saya tidak berapa gemar bila orang samakan kami kerana bimbang Nad Zainal tidak selesa dengan perkara itu,” akuinya.
“Ingat Nanad tadi”
Menjengah ke ruangan komen hantaran TikTok tersebut, rata-rata netizen terkejut dan tidak menyangkal kemiripan wajahnya dengan Nad Zainal. Video tersebut kini meraih lebih 961K jumlah tontonan serta 52.8K kesukaan.
Ads
“Memang ‘sebijik’ sangat ni…”
“Tak tengok nama tiktok, mmg ingat Nanad tadi…”
“Laaaa ingtkan Nad Zainal tadi..terus baca komen rupanya seirass”
Untuk rekod, terdahulu Hijabista melaporkan Nad Zainal dimasukkan ke ICU Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan kini pelakon itu dilihat semakin pulih.
Perkara yang paling malas dilakukan oleh setiap wanita adalah membuang solekan pada wajah. Memang nampak leceh tapi anda perlu membersihkan solekan pada wajah supaya tidak ditumbuhi jerawat. Antara solekan yang sukar untuk dibuang adalah gincu bibir.
Jika anda sedar, terdapat banyak gincu bibir di pasaran yang melekat pada bibir dan sukar untuk dihilangkan. Anda perlu membuang gincu pada bibir supaya bibir anda tidak kering dan rosak. Tetapi, yang buat mood anda hilang bila makeup remover anda habis ketika mahu buang solekan pada wajah.
Nah, jangan risau kerana Hijabista ada jalan penyelesaiannya. Apa kata anda gunakan 6 bahan alami sebagai pengganti untuk menghilangkan solekan pada wajah.
1. Timun
Timun boleh digunakan untuk menghilangkan solekan pada wajah anda. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengisar timun hingga hancur. Air kisaran tersebut boleh digunakan untuk digosok pada wajah dengan lembut. Kalau solekan tak hilang sepenuhnya, anda boleh campurkan sedikit susu atau minyak zaitun.
2. Baking Soda + Madu
Cara yang paling mudah untuk menghilangkan gincu pada bibir anda. Anda hanya perlu tuangkan sedikit madu pada tuala dan tambahkan sedikit baking soda. Gunakan bahan campuran yang telah diletakkan pada tuala untuk menggosok bibir dan menghilangkan gincu bibir tersebut.
3. Minyak Zaitun
Minyak zaitun boleh dijadikan pilihan untuk menghilangkan gincu bibir anda terutamanya gincu bibir jenis cecair atau gincu bibir yang boleh tahan lebih lama. Selain itu, minyak zaitun juga lembut dan ringan dibibir. Bibir juga tidak akan jadi rosak bila digosok.
4. Minyak Kelapa
Minyak kelapa tidak hanya memberi nutrisi pada rambut dan kulit, ia juga boleh menghilangkan gincu yang dioles pada bibir. Gosokkan minyak kelapa tersebut pada bibir hingga gincu tersebut menghilang.
5. Yogurt
Yogurt boleh digunakan untuk menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Perlu anda tahu bahawa yogurt juga boleh melembapkan bibir anda.
6. Susu
Ternyata susu boleh menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Cuma, sapukan sedikit susu ini pada bibir dan gosok perlahan-lahan. Susu juga boleh digunakan untuk menghilangkan solekan mata waterproof.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penggunaan buah lemon sering kali di gunakan sebagai satu bahan rawatan kulit. Begitu jelas ramai yang suka akan manfaat buah lemon bagi mencerahkan dan mencegah jerawat di muka.
Namun, dalam kegembiraan ramai yang meraih keberkesanan air lemon ini kepada kulit mereka, ada juga yang semakin menderita akibat penggunaan air lemon ini. Jadi persoalannya, sejauh mana anda tahu keberkesanan lemon terhadap kulit anda?
Guna lemon boleh cantik tapi juga bahaya buat kulit
Lemon kaya dengan vitamin C dan juga asid sitrik, ia juga menjadi pilihan orang ramai atas keberkesanannya dalam detoksifikasi bagi menyingkirkan toksin di dalam badan. Oleh itu, lemon menjadi satu bahan DIY dalam penjagaan kesihatan tidak kira menyingkirkan toksin dalam badan malah menjadi solusi buat masalah kulit seperti jerawat dan kedutan.
Namun, tidak semua orang sesuai untuk menggunakan bahan ‘ajaib’ ini. Jika anda boleh bayangkan rasa lemon apabila di gigit, rasa masam dan sitrusnya sudah pasti anda dapat bayangkan. Begitu juga kesannya kepada kulit, ia boleh memberikan kesan sampingan yang meninggalkan kesan yang tidak dapat anda jangka.
Air lemon mengandungi sifat antibakteria serta anti-inflamasi yang boleh merawat jerawat. Walaupun begitu, penggunaan air lemon yang tidak betul boleh menyebabkan lagi keadaan wajah menjadi lebih teruk. Sebagai contoh, aplikasi air lemon secara terus di jerawat boleh membuatkan lagi keadaan jerawat menjadi lebih teruk sepertinya bengkak dan kemerahan di sebabkan oleh iritasi.
Kesan buruk yang boleh terjadi pada kulit
Sememangnya penggunaan lemon ini boleh membantu wajah, tetapi anda perlu tahu kesan sampingan yang boleh terjadi pada wajah anda.
Iritasi kepada kulit
Berlaku iritasi pada kulit itu adalah kesan yang biasa terjadi apabila menggunakan bahan yang bersifat asid ini. Lemon mempunyai kadar asid yang tinggi, di mana kadar nilai pH 2. Maka ia boleh memberikan kesan iritasi pada kulit di sebabkan oleh kulit yang menjadi semakin kering, naik kemerah-merahan, dan boleh menggelupas bahkan ia boleh memberikan kesan buruk lagi pada anda.
Phytophotodermatitis adalah sejenis tindak balas kulit terhadap bahan sitrus. Malah boleh juga memberi tindak balas pada bahan lain seperti Parsli, Saderi, dan lobak merah. Apabila bahan yang mengandungi sitrus ini terdedah kepada kulit, lalu terdedah pula kepada cahaya UV, kulit akan meradang yang menyebabkan kemerahan, bengkak, dan bengkak berair.
Tindak balas phytophotodermatitis hanya menjejaskan lapisan epidermis, iaitu lapisan kulit yang paling atas. Jadi dengan menyapu air lemon boleh membuatkan risiko terdedah kepada sinaran matahari dan menyebabkan sunburn ataupun kulit terbakar.
Leukoderma
Leukoderma ataupun juga di kenali sebagai vitiligo, berlaku apabila kulit kehilangan melanin iaitu zat yang memberi warna kepada kulit yang menyebabkan tompok cerah. Mahupun begitu, terdapat juga segelintir orang yang masih menggunakan lemon sebagai rawatan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam, kesan itu akan bertukar menjadi tompokan putih akibat leukoderma.
Jadi kebanyakan tip-tip kecantikan yang anda lihat di sosial media atau mana-mana sumber itu perlulah tahu mengenai kesannya kepada sesetengah jenis kulit. Anda perlu tahu setiap kulit mempunyai cara tersendiri untuk pulih dan kekal cantik. Apa yang penting, cantik dengan bijak!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Niacinamide bukan lagi asing didengari oleh pencinta kecantikan. Juga dikenali sebagai vitamin B3, ia telah menjadi sangat popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana ia selamat untuk semua jenis kulit, menawarkan sebilangan besar faedah dan bagus dicampurkan dengan sebilangan ramuan lain yang popular, termasuk retinol.
Niacinamide telah ditunjukkan dalam beberapa kajian untuk membantu mengurangkan beberapa tanda penuaan kulit, terutamanya warna dan tekstur kulit, diperakui ahli dermatologi dan kosmetik. Beberapa kajian mendapati bahawa ia dapat membantu mengurangkan penampilan bintik-bintik usia dan bentuk perubahan warna kulit yang lain.
Niacinamide juga merupakan antioksidan kuat yang dapat membantu mengurangkan hiperpigmentasi dan mengurangkan kemerahan. Bahan ini juga meningkatkan pengeluaran ceramida, yang membantu menguatkan penghalang kulit dan mencegah kehilangan kelembapan.
Unggul dalam semua produk atasi masalah kulit
Memandangkan semua faedahnya, mudah difahami mengapa niacinamide terus muncul dalam produk. Sebab lain? Ia dapat mengatasi kerengsaan yang disebabkan oleh bahan aktif untuk masalah kulit biasa seperti jerawat, seperti asid salisilat dan benzoil peroksida.
Banyak bahan pencegah jerawat seperti retinoid, asid salisilat dan benzoil peroksida, boleh mengeringkan dan menjengkelkan, jadi atasinya dengan menggabungkankan bahan seperti niacinamide yang menyokong penghalang kulit dan meningkatkan tahap kelembapan dan tekstur.
Walaupun jenama penjagaan kulit telah menambahkan vitamin B3 ke pelembap, minyak dan topeng, ia paling sering dijumpai dalam serum penjagaan kulit. Serum niacinamide boleh digunakan setiap hari. Walaupun ramuan tidak cenderung menyebabkan kerengsaan atau keradangan, masih baik untuk mencari formula yang mengandungi 5% niacinamide atau kurang untuk memula.
Rangkaian serum dari jenama yang diperakui pakar.
The Ordinary Nicinamide 10% + Zinc 1%
Serum yang sangat berpatutan ini mengandungi 10% niacinamide, dan 1% zink. Bersama-sama, ramuan ini membantu mengurangkan jerawat, pori-pori yang tersumbat, dan minyak berlebihan, menjadikannya ideal untuk kulit berminyak, kombinasi, dan rawan jerawat.
Produk terbaik dari drug store, gabungan asid hyaluronik dan niacinamide akan meningkatkan kesihatan kulit untuk kulit yang lebih cerah dalam dua minggu dengan penggunaan setiap hari.
First Aid Beauty Facial Radiance Niacinamide Dark Spot Serum
Kadang-kadang, menangani hiperpigmentasi terasa seperti kitaran yang tidak pernah berakhir, terutamanya jika anda mempunyai kulit yang berjerawat yang mendapat bintik-bintik gelap pasca radang. Serum yang lembut namun berkesan ini adalah campuran bahan pencerah yang telah dicuba dan untuk mengurangkan penampilan hiperpigmentasi dan perubahan warna, sekaligus menenangkan dan melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas.
Anda tidak perlu mengubah rutin penjagaan kulit anda sepenuhnya untuk merasai kelebihan niacinamide. Titisan embun dari Glow Recipe boleh ditambahkan ke salah satu produk penjagaan kulit kegemaran anda atau digunakan sendiri untuk penambahbaikan kulit yang semakin cerah.
Semua jenis kulit dapat memanfaatkan kesan penghidratan serum niacinamide ringan ini. Sebagai tambahan kepada vitamin B3, ia menggunakan asid hyaluronik dan gliserin. Dua humektan yang menarik kelembapan ke kulit untuk menghidrat dan menggebukan wajah anda tanpa meninggalkan sisa berminyak atau lekit.
Serum niacinamide yang mengagumkan ini mengatur pengeluaran sebum kulit anda sehingga anda tidak akan kelihatan terlalu berminyak atau berkilat. Dan pengeluaran minyak yang diatur juga dapat menyebabkan jeragat dan jerawat yang lebih sedikit.
Dr. Dennis Gross Skincare Stress Rescue Super Serum
Sesuai dengan namanya, serum niacinamide ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang mempunyai kulit yang radang, jengkel atau stres. Selain menenangkan niacinamide, ia menggunakan ekstrak buah ashwaganda dan goji untuk menjadikan kulit lebih tahan lasak dan dilengkapi dengan lebih baik untuk melindungi kulit dari tekanan luar, seperti pencemaran, cahaya biru, dan serpihan kotoran.
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...