Tidak dapat dinafikan setiap wanita mahu memiliki kulit yang cantik, mulus dan berseri. Pelbagai jenis produk boleh didapati di pasaran tetapi anda perlu tahu dahulu jenis kulit anda sebelum membeli sesuatu produk itu. Bimbang tidak sesuai dan akhirnya menimbulkan masalah lain pula. Miliki kulit yang mulus & ‘flawless’, hanya dengan serbuk kulit kayu manis, ini rahsia Anis atau lebih mesra dengan panggilan Nonones.
Pemilik Tudung Ruffle ini, dahulu dia pernah tersilap langkah kerana tersalah memakai produk akibat terpengaruh melihat wajah rakannya yang licin apabila menggunakan produk tersebut. Akibatnya, Anis terpaksa berhadapan dengan masalah kulitnya yang ditumbuhi jerawat.
Menurut Anis, kejadian tersebut sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada Anis untuk terus berhati-hati dalam memilih sebarang produk untuk kulit. Kini, alhamdulillah kulitnya sudah pulih.
Tidak dinafikan bahawa Anis sangat teliti dalam penggunaan produk pada wajahnya. Jangan terkejut jika dikatakan Anis hanya menggunakan pencuci muka sahaja untuk mencuci mukanya. Tiada toner, moisturizer atau sebarang serum. Agaknya macam mana nak dapatkan kulit yang cantik macam Anis ya?
Ads
“Sebelum tidur, Anis akan pastikan Anis bersihkan makeup terlebih dahulu jika ada makeup yang Anis pakai pada hari itu. Jika tidak, Anis akan cuci muka seperti biasa menggunakan pencuci muka.
Anis memang tiada pakai sebarang produk muka lain kecuali sabun pencuci muka sahaja. Agak trauma juga nak pakai sebarangan produk kerana bimbang kejadian lama berulang,” ujar Anis sambil tersenyum manis.
Hijabista turut bertanya Anis tentang petua untuk memiliki kulit yang cantik sepertinya. Katanya, sebelum tidur perlu pastikan wajah dicuci dengan bersih. Jika tidak, pasti akan tumbuh jerawat pada keesokan harinya. Selain itu, Anis juga kerap melakukan facial dan hanya akan gunakan produk yang beautician cadangkan kerana hanya mereka yang tahu apa yang terbaik untuk kulit kita. Anis akan melakukan facial sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
Rahsianya, hanya gunakan serbuk kulit kayu manis. Anis akan letakkan serbuk kulit kayu manis pada parut jerawatnya dan dalam masa lebih kurang seminggu, parut tersebut akan pudar dan hilang.
Wow, petua yang mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kalau anda ada masalah seperti Anis dahulu, boleh cuba lakukan petua ini. Namun si cantik manis ini tidak menyarankan petua ini untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, sebaiknya rujuk kepada pakar kulit kerana bimbang bahan alami bukan sesuai untuk semua jenis kulit. Malah Anis akui rutin ini dilakukan ketika perlu sahaja!
Ads
Hijabista sendiri kagum dengan tubuh langsing yang dimiliki Anis. Rupa-rupanya, sejak dari kecil lagi keluarga Anis memang sudah mengamalkan pemakanan yang sihat serta mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan bersantan.
Malah, Anis juga amalkan memakan ulam dan sayur-sayur yang direbus. Jadi bila sudah terbiasa daripada kecil,cara pemakanan ini terus dibawa hingga kini. Patutlah Anis maintain kurus dan cantik!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Pengorbanan seorang ibu itu adalah satu perkara yang tidak terhingga. Sebagai seorang anak kita harus fahami dan hargai masa bersama ibu yang tercinta kerana kita tidak tahu bertapa banyak lagi masa untuk membalas budi mereka.
Tolak tawaran ke Australia, pelakon tanah air, Anzalna Nasir, khuatir jika meninggalkan anak di Malaysia. Mungkin ada hikmah sebalik pengorbanannya melepaskan peluang yang pasti tidak mahu dilepaskan oleh orang lain.
Anak-anak adalah segala-galanya…- Anzalana
Aktres wanita, Anzalna Nasir, 34, akui sanggup melepaskan tawaran untuk berkolaburasi bersama jenama terkenal di Australia. Keputusannya itu dibuat kerana dia belum bersedia untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil dalam tempoh jangka masa yang lama.
Jelasnya lagi, jadual kerjaya itu sebagai model iklan juga berubah mengikut kesesuaiannya untuk menjaga anak-anak. Pada peringkat seawal usia kecil itu, Anzalna tidak mahu kedua anaknya yang masih memerlukan perhatian dan tumpuan sepenuhnya.
Anzalna membuat kenyataannya itu melalui InstaStory dengan menyelitkan repost sebuah artikel mengenai ibu tunggal yang bersusah payah mencari rezeki sambil membawa anaknya. Oleh itu, dia terdetik untuk berkongsi pendapatnya melalui perkara ini dan juga memuji tindakan wanita tersebut.
“Respect! Dia seorang ibu yang hebat, bertanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Allah SWT permudahkan urusan dan melimpah ruahkan rezeki akak ini,
“Anak-anak adalah segalanya. Bila ada anak memang segalanya berubah. Dari segi kerja pun dah tak boleh macam dulu, saya kena pilih kerja tak boleh ambil semua sebab tak mahu anak kerap ditinggalkan,
“Kesian bila fikirkan mereka masih kecil dan saya suka meluangkan masa dengan mereka untuk menunjukkan rasa sayang dan sokongan buat mereka.” tulisnya.
Juga Anzalna Nasir menjelaskan lagi tawaran yang di tawarkan kepadanya untuk menjelajah ke negara Australia. Tetapi, dia terpaksa menolak dan membuat keputusan untuk tidak pergi demi anak-anak.
“Baru-baru ini, saya dapat tawaran shooting untuk satu jenama terkenal di Australia tapi bila fikirkan tak boleh bawa anak-anak terus saya tak terima tawaran itu,
“Tak rela nak tinggalkan anak-anak walaupun 2-3 hari sahaja! Ibu saya paksa pergi sebab dia boleh tolong jaga tapi saya tak nak jadi ibu dan anak yang pentingkan diri sendiri.” jelasnya lagi.
Bagusnya pendirian Anzalna dalam menjaga perhubungan kasih sayang dengan anak-anak. Boleh dijadikan contoh buat semua wanita di luar sana agar fikir sejenak dengan keputusan yang hendak di buat.
Kebanyakkan orang meletakkan diet hanya bergantung pada jam kita puasa, tanpa mengira apa yang kita makan ketika sahur dan berbuka. Jika anda inginkan berat yang unggul ketika bulan Ramadan salah satu caranya adalah plan pemakanan yang sihat dan juga dapat mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Diet akan tersasar ketika menu berbuka puasa dihidangkan, keinginan untuk makan berlebihan ada kemungkinannya sering berlaku. Ada lebih baiknya jika anda menetapkan menu sihat anda setiap hari agar plan diet anda tidak sesasar.
Plan pemakan bukan sahaja dari segi hidangan makanan, malah minuman juga harus di ambil kira. Kebarangkalian peluang anda minum, minuman manis adalah tinggi. Melalui perkongsian hijabi ini MadameSue Isuca bulan puasa juga adalah bulan yang sempurna untuk anda yang inginkan turun berat badan. Jom semak menu minuman sihat kekalkan diet sepanjang ramadan.
RESEPI SMOOTHIE UNTUK KEKAL KENYANG
Berazam nak turunkan berat badan atau nak mempunyai berat badan yg ideal, kita mesti mencari circle yg sama-sama peduli tentangg tubuh badan kita. Memang bukan senang sebab kebanyakkan orang sekeliling akan menjatuhkan semangat dengan tagline yang berlambak di socmed seperti “Gemuk is Awesome” lah, “makan la selagi ada selera” lah dan macam-macam lagi.
So kita kena ada azam dalam diri yg kuat dan pilih circle yg bersemangat punya cita-cita yang sama dengan kita. Slim is healthy!
So here Mem share dgn sesiapa yg nak try healthy and simple smoothie resepi utk kekal kenyang especially nak masuk bulan Ramadan kita nak puasa kan, boleh amalkan masa sahur ataupun berbuka nanti. Mudah-mudahan berat badan maintain ataupun boleh kurus sikit nak Raya nanti..
RESEPI 1:
5 sudu organic rolled oats
3 biji kurma
Setengah dragon fruit
Setangkai anggur
Sedikit chia seed
Segelas air sejuk
RESEPI 2:
5 sudu organic rolled oats
3 biji kurma
Setengah pear kuning
Sebiji orange
Setengah carrot
Sedikit chia seed
Segelas air sejuk
RESEPI 3:
5 sudu organic rolled oats
3 biji kurma
5 buah strawberry
Sedikit nanas (agak2 lah)
Sedikit chia seed
Segelas fresh milk
RESEPI 4:
5 sudu organic rolled oats
Setengah buah pear kuning
Setangkai anggur
Sedikit chia seed
Segelas air sejuk
Half glass fresh milk (Utk 2 org)
RESEPI 5:
5 sudu organic rolled oats
3 biji kurma
Sebiji orange
Setangkai anggur
Sedikit chia seed
Segelas fresh milk
RESEPI 6:
5 sudu organic rolled oats
3 biji kurma
Sebiji pisang
Sedikit chia seed
Segelas fresh milk
(Rasa mcm susu nilofa 😂)
RESEPI 7:
5 sudu organic rolled oats
3 biji kurma
Suku belah nanas
Sedikit chia seed
Segelas fresh milk
RESEPI 8:
5 sudu organic rolled oats
Setengah mango (klu mango kecil letak semua)
Sebiji Orange
Sedikit chia seed
Segelas air sejuk
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebelum ini penyertaan gadis ini dalam pertandingan ratu cantik mengejutkan ramai. Maklumlah dirinya yang berhijab tetapi cukup berani menyertai pertandingan sedemikian. Siapa sangka dengan keazaman yang tinggi membolehkan Nurul Zuriantie Shamsul , 21 tahun, mengharumkan nama negara apabila menduduki tempat kelima dalam pertandingan Ratu Cantik Miss Universe New Zealand 2018. Tampil cukup anggun dengan dress labuh rona emas perincian batuan manik yang diserikan dengan hijab juga rona sedondon.
Malah solekan mantap juga menyerikan lagi penampilan gadis manis ini yang telah berpindah ke New Zealand bersama keluarga ketika berusia lima tahun.
Nurul yang merupakan anak kelahiran Ampang Selangor memberitahu saat paling indah dalam pertandingan berkenaan adalah apabila melihat kedua-dua ibu bapanya yang penuh rasa bangga melihat dirinya diumumkan sebagai lima finalis teratas.
Mengakui tidak kecewa dengan keputusan itu sebaliknya terharu dengan apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada Top 5.
Malah pelajar tahun akhir jurusan Psikologi di Universiti of Waikato New Zealand ini turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang menyertai pertandingan berkenaan.
“Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Ia tidak berlaku tanpa kasih sayang dan sokongan anda. Ia begitu bermakna untuk saya.
“Ini hanyalah permulaan dan saya tidak sabar untuk apa yang Allah telah rancang untuk saya. Hari ini juga hari ulang tahun ke-21 saya dan saya akan meneruskan fasa kehidupan seterusnya,” katanya dalam satu catatan di laman Instagramnya.
Dia juga berkata sentiasa bersikap tenang, tidak gugup dan berpusa hati sepanjang acara akhir itu berlangsung.
Sebelum ini dia berjaya menjadi antara 20 finalis yang mara ke peringkat akhir pertandingan berkenaan. Disiarkan secara langsung Sabtu malam waktu Malaysia melalui laman sosial facebook Miss Universe New Zealand.
Nurul juga mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya peserta Asia beragama Islam dan bertudung yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik itu di New Zealand.
Sementara itu, peserta berusia 27 tahun, Estelle Curd dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe New Zealand 2018, sekali gus mewakili negara itu bagi pertandingan Miss Universe ke-67 yang bakal berlangsung di Bangkok, akhir tahun ini.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...