Kecantikan

Miliki Kulit Yang Lebih Sihat Dan Bersih, Ini 5 Produk Kecantikan Terbaik Yang Harus Dimiliki Untuk Tahun 2022!

Share

Bagi anda yang mementingkan kesihatan serta kebersihan kulit, pastikan anda mencuba rangkaian produk terbaik ini untuk tahun baru 2022! Sudah tiba masanya anda mengubah rejim kecantikan anda dengan pilihan produk yang lebih berkualiti dan memiliki pelbagai kebaikan.

Sumber gambar: Fashion & Beauty Book

Pastinya tahun baru yang menjelma ini anda ingin miliki kulit yang lebih cantik berseri, berkilau dan sihat! Jadi kami senaraikan 5 pilihan produk kecantikan yang wajib anda cuba dan miliki untuk tahun ini! Ayuh cuba!

Peach & Lily

Produk kecantikan dari negara Korea ini sudah mula menjadi pujaan ramai kerana ia memberi banyak kebaikan kepada kulit wajah. Sesuai untuk anda yang inginkan wajah yang lembap dan tidak kering, produk dari Peach & Lily ini memberi konsistensi kelembapan yang sewajarnya kepada kulit. Bertekstur ringan dan tidak terlalu pekat, ia seolah-olah cair di permukaan muka. Anda boleh cuba dengan Glass Skin Discovery Kit yang dilengkapi dengan produk pencuci, pelembap serta pemulihan kulit, ia benar-benar membei kesegaran kepada kulit wajah.

GlamGlow

Sumber gambar: Glam Glow

Bagi anda yang inginkan kulit yang lebih cerah dan berseri, tahun baru ini ialah tahun untuk anda menukar produk anda kepada Glam Glow! Bukan hanya menjadikan kulit lebih berseri malah tompok hitam juga boleh dipudarkan dengan produk ini. Hadir dengan rangkaian produk terbaik seperti GlamGlow Supermud untuk membersihkan wajah, GlamGlow Thirstymud untuk melembapkan, GlamGlow Brighteyes, GlamGlow Glowstarter sertaGlamGlow Brightmud, kesemua produk ini kunci rahsia untuk anda tampak menawan sempenan tahun baru ini! Tidak berminyak dan tidak juga melekit, ianya memberi keselesaan buat si pemakai. Cubalah!

Brondell

Sumber gambar: Real Simple

Bukan hanya kulit wajah, malah tubuh badan juga harus menggunakan produk yang terbaik untuk memastikan kesihatannya dijaga dengan rapi! Mahukan produk mandian yang kaya dengan Vitamin C? Pilih sahaja produk Brondell ini yang bukan sahaja dapat menghilangkan jerawat di badan, malah ia mampu menghilangkan sel-sel kulit mati yang sudah lama ada pada tubuh badan anda! Ia juga melembutkan kulit! Jadi, ayuh serikan kulit badan anda dengan Brondell!

Consonant

Sumber gambar: Swatch & Learn

Adakah anda peminat produk pencuci wajah yang bertekstur buih? Produk Consonant ini bukan sahaja membersihkan kulit malah ia juga memberi kelembapan yang kuat kepada wajah anda! Melembutkan sambil membersih kulit anda!

Savor Beauty

Sumber gambar: Neiman Marcus

Savor Beauty’s Manuka Honey Sugar Scrub dan Chardonnay Body Cream merupakan kombinasi yang sempurna! Krim badan ini berfungsi untuk menanggalkan kulit kering serta sel kulit mati. Bukan sahaja mempunyai wangian yang sempurna, malah ia juga dapat memberi kesegaran berpanjangan kepada tubuh badan anda. Sesuai untuk anda yang inginkan haruman yang berpanjangan, produk ini ialah pilihan yang tepat!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra