Senaman squat sememangnya memberi kebaikan kepada bentuk badan terutamanya di bahagian punggung untuk memberikan bentuk yang lebih ‘fit’ dan seksi! Boleh dilakukan di waktu malam, luangkan 20-30 minit waktu anda untuk membuat senaman ini.
Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada anda tiga jenis senaman squat yang anda boleh lakukan di waktu malam!
Deep squat
Mencangkung sambil imbangi kedua tangan ke hadapan. Tongkatkan kedua belah tangan (muka menghadap ke lantai), sebelah kaki dibengkokkan manakala sebelah kaki lagi diluruskan ke atas. Tarik nafas semasa kaki ke atas dan hembuskan nafas anda tatkala kaki ke lantai. Ulang pergerakan sebanyak 14 kali dan tukar posisi sebelah lagi.
Kick Squat
Cangkung dan bounce sambil kaki sebelah kanan merenggang ke sisi (ulangi kaki sebelah lagi). Sambil baring, kaki kiri dibengkokkan 90 darjah manakala satu kaki lagi diluruskan sambil mengangkat punggung ke atas. Pastikan posisi badan anda lurus.
Side Squat
Bengkokkan kaki kanan 90 darjah ke hadapan dan kaki kiri diluruskan di sisi (ulang pergerakan dan tukar posisi kaki sebelah lagi).
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI