Berhijab semestinya wajib buat wanita yang beragama Islam. Buat mereka yang baru belajar dan berhijrah untuk memakai hijab dan ingin meneruskan istiqomah dalam berhijab bukanlah sesuatu perkara yang mudah tetapi pada dasarnya kita mestilah faham dan memasang niat dengan betul dalam memakai hijab sama seperti penyanyi bernama Mila ini yang masih kekal istiqomah dalam berhijab.
Lagu popular “Persis Mutiara” seringkali kita dengar dahulu yang dinyanyikan oleh Mila Jirin atau dikenali sebagai pemenang Akademi Fantasia musim ke-5 dan kini merupakan seorang usahawan berjaya. Seperti yang kita tahu penyanyi Mila ini mula berhijrah untuk memakai hijab beberapa tahun yang lalu atas asbab rambutnya rosak kerana telah melakukan macam-macam pada rambutnya. Itulah niat pada asalnya.
Kelihatan dirinya sangat manis apabila bertudung semenjak dari awal lagi. Semalam, di akaun Instagram Mila menunjukkan videonya yang berkongsi pengalamannya memakai tudung pada mulanya kerana dia ingin sorok rambut yang rosak dan dia sangat bersyukur apabila niatnya dibetulkan oleh Allah untuk tidak berbolak balikkan hatinya itu. Dia juga menunjukkan rasa syukurnya kerana masih kekal berhijab walau dalam keadaan apa sekalipun.
Artikel berkaitan: Hidayah Dari Allah Untuk Berubah Lebih Baik, Mila Jirin Bertudung Labuh Menutup Dada
“Saya bersyukur pada Allah antara asbab saya bertudung dan alhamdulillah hati saya tidak berbolak balik setelah bertudung” katanya di dalam video tersebut.
“Allah membetulkan niat saya yang pada awalnya tidak betul. Padahal tahu je memang kena bertudung lama dah”
Antara yang diperkatakan oleh Mila Jirin dalam video tersebut. Dan pada masa yang sama Mila juga memberitahu tentang antara salah seorang sahabat atau rakan artis baru-baru ini telah diuji oleh Allah. Percakapan Mila didalam video tersebut tidaklah memberi provokasi tetapi dia lebih kepada mengajak supaya kita lebih mendoakan yang baik baik.
“Hari ini saya baca ada sahabat kita yang diuji oleh Allah. Mungkin Allah sedang bolak balikkan hatinya dan kita sebagai orang yang membaca kita doakan baik baik buat dia”
“Moga Allah berinya hidayah & bombing dia kea rah kebaikan kerana tiada manusia yang sempurna” Kata Mila
Benar sungguh apa yang diperkatakan oleh Mila Jirin itu. Sebagai manusia biasa, tidak salah untuk kita mendoakan buat mereka yang diuji dan terlalai sedikit kerana manusia itu tidak sempurna. Selain dari itu, jika kita diuji dengan sedemikian atau susah untuk kekal beristiqomah, mungkin kita boleh mencari jalan untuk terus berdoa dan kekal beristiqomah. Dibawah ini adalah doa yang kita sama sama boleh amalkan untuk kekal beristiqomah dan kuat diuji:
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Robbanaa laa tuzighquluubanaa ba’da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmah, innaka antal wahhaab
“Wahai Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”
Sejurus dengan itu, terdapat 5 perkara yang disarankan oleh Ustaz Ahmad Lutfi buat kita untuk kekal beristiqomah dalam memakai hijab dan menutup aurat dengan sempurna
1. Mengingati mati
Jika kita mengingati mati pasti kita akan merenungkan bahawa hijab merupakan kain kafan kita yang pertama atau terakhir saat kita mati nanti. Oleh itu, sentiasa kita beringat bahawa mati itu tidak diketahui dan belum terlambat untuk kita lakukannya.
2. Menghitung nikmat Allah
Saat kita lalai akan keseronokan dan nikmat yang kita miliki. Sesungguhnya Allah itu pemberi nikmat yang banyak buat diri ini. Tetapi kita jarang sekali ingin membalas apa yang diperintah oleh Allah iaitu memakai hijab secara sempurna dan mengikut syariat Islam.
3. Bergaul lah dengan orang beriman
Dengan siapa kita berkumpul akan menitikberatkan bagaimana diri kita. Jadi bersama sama lah dengan golongan yang menitikberatkan hal agama islam dan cuba jauhkan diri dengan orang yang mengajak kita melakukan keburukan atau perkara yang sia-sia.
4. Berubah mengikut kemampuan
Ramai yang merasakan jika ingin berubah, kita perlu berubah secara drastik. Apa yang kita perlu tahu adalah, berubah itu mengambil masa dan melakukan kebaikan itu sudah pasti diberi ganjaran oleh Allah. Maka, bersederhanalah dalam melakukan sesuatu agar mudah perjalanan untuk kita mengubah diri kepada kebaikan.
5. Sentiasa Berdoa dan anggaplah doa itu senjata mukmin
‘ALLAH ITU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI” Percayalah jika kita sentiasa berdoa dan mengadu pada Allah dan meminta di bawa kepada jalan kebaikan. Dengan izin Allah kita akan dibantu. Jika saat kita terasa diuji untuk membuka hijab, berdoalah walaupun hanya sedikit kerana Allah sentiasa akan mendengar luahan hambaNya.
Meskipun kita tahu bahawa penjagaan rambut buat wanita yang bertudung itu sukar tetapi kita jangan risau dan pasti ada jalan penyelesaiannya. Membuka hijab bukanlah alasan yang boleh diberikan oleh kerana kita memakai tudung. Sentiasa berdoa dan memastikan diri ini berbalik pada agama dan sentiasa mengingati perkara yang dilarang di dalam islam. Semoga kita semua kekal beristiqomah memakai hijab.
https://www.youtube.com/watch?v=56nQrka4s8k&list=PLwTVJflD5bmEfl5dvN8Y8DfarjYGHwZGI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI