Melaram pada hari lebaran menjadi satu kemestian buat hijabi, semuanya perlu nampak sempurna di mata. Pilihan hijab, baju mahupun aksesori padanan yang pastinya boleh buat anda pening kepala. Usah gusar dengan adanya panduan dari guru imej ini, pasti raya tahun ini paling legit apatah lagi lebaran tertangguh selama 2 tahun lepas.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Cara pilih warna pakaian terutama tudung ini ada beberapa pilihan:
Setiap orang sudah pasti mempunyai warna kegemaran yang menjadi pilihan di hari lebaran, jika anda mempunyai seleksi warna, pastikan spesifikasikan warna yang tepat. Contohnya “saya suka warna biru yang agak pekat dan gelap seperti navy blue dan suka juga biru lembut seperti light blue”.
Kelebihan pilih warna pakaian ikut warna yang anda suka ialah anda seronok memakainya. Apabila rasa seronok, ekspresi muka nampak bahagia, nampaklah lebih menyerlah dan cantik!
Anda tidak perlu runsing, warna neutral dan warna universal ini kategori warna yang telah ditentukan oleh pakar warna dan ia sesuai untuk mana-mana jenis tona kulit. Bermakna padanan warna ini sesuai denga pelbagai warna kulit. Warna neutral ini juga dikategorikan sebagai warna yang mudah dipilih dan perolehi, perlu ada pilihan pilih corak, potongan atau rekaan yang berkenan di hati sahaja.
Pada dasarnya kulit ada dua kategori utama – cool dan warm. Terdapat banyak pilhan warna yang wujud dalam kategori cool, begitu juga dalam kategori warm. Untuk tentukan tona warna kulit anda adalah cool atau warm, anda boleh lakukan sendiri dengan mengetahui ciri-ciri kulit dengan tona cool atau warm. Anda juga boleh dapatkan khidmat perunding imej untuk bantu lakukan analisis tona warna kulit. Kelebihan cara ini ialah mana-mana warna yang anda pilih nampak menyerlah apabila dipakai kerana keharmonian warna itu dengan tona kulit anda sendiri. Jika anda tidak mahu asyik pakai warna yang sama, cara ini juga membantu anda mendapatkan kepelbagaian warna tanpa risau ia tidak sesuai dengan warna kulit.
Tona permukaan kulit ialah yang selalu kita gambarkan sebagai cerah, sederhana dan gelap. Tona kulit yang cerah biasanya sesuai memakai hampir semua jenis warna kecuali warna yang kusam atau terlalu terang. Tona kulit yang sederhana biasanya sesuai memakai warna yang sederhana kepekatannya tapi perlu elakkan warna yang terlampau cerah atau lembut. Tona kulit yang gelap pula sesuai memakai warna yang sederhana kepekatannya dan ada unsur terang.
Semua jenis warna ini ada mesej warna yang khusus. Sebagai contoh, jika mahu nampak lembut dan friendly, warna yang lembut juga menjadi pilihan. Jika mahu menjadi tumpuan atau dilihat menyerlah, warna-warna yang terang menjadi pilihan. Kelebihan cara ini ialah anda rasa selesa dan selamat dengan warna yang sesuai dengan personaliti atau mesej yang mahu anda sampaikan melalui penampilan anda.
SUMBER: PN Mary Guru Imej Gambar: Zalora Raya 2022