Nama Ariani Nisma Putri atau Putri Ariani, pernah menjadi fenomena dan sebutan warganet apabila tular klip video memaparkan dirinya seorang gadis istimewa berasal dari Indonesia yang berjaya memberikan persembahan memukau dalam siri realiti TV America’s Got Talent (AGT).
Malah, Putri Ariani yang mempunyai 1.4 juta pengikut di Instagram, dan 3.1 juta pengikut di Tiktok berjaya membuktikan bahawa kelainan upaya yang dimilikinya bukanlah halangan untuk dia menempa kejayaan di persada antarabangsa.
Sedar nama baiknya kini sering meniti bibir ke bibir orang ramai, gadis kelahiran negara seberang, Indonesia itu memberitahu, dirinya juga harus menuntut soal kepentingan merawat kulit wajah.
Dek kerana dia kini sering tampil dalam layar skrin dan bertemu khalayak, Putri Ariani berkongsi cara penjagaan wajah, dengan hanya melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
Artikel berkaitan: Bakat Putri Ariani Bukan Sekadar Nyanyian, Alunan Ayat Suci Al-Quran Hijabi ‘Istimewa’ Ini Sungguh Merdu!
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Memperoleh rezeki yang tak disangka, terbaharu gadis berusia 17 tahun itu ‘dilamar’ sebuah jenama kecantikan Indonesia sebagai duta bagi produk kecantikan mereka.
Untuk perkembangan, berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.
Sumber: Instagram Putri Ariani
Artikel berkaitan: Hijabi Ini Bangga Jadi ‘Pemain Bola’ Berhijab, Mahu Cetus Inspirasi Wanita Dunia!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.