Jarang sekali kita mendengar atau mungkin tidak pernah mengenai ballerina hijabi bukan? Kenali Stephanie Kurlow, 18, yang merupakan ballerina berhijab pertama di dunia. Dia merupakan gadis kacukan Australia-Russia yang telah memeluk Islam bersama keluarganya pada tahun 2010 ketika dia berusia 9 tahun.
Stephanie yang merupakan seorang penari mendapat inspirasi daripada Zahra Lari, peluncur ais pertama yang berhijab. Pada mulanya, dia tidak dapat membayangkan melibatkan dalam dunia ballerina ini ketika memakai hijab.
“Saya fikir dia boleh melakukannya, kenapa tidak saya? Ballet ini sudah ada dalam jiwa saya dan saya rasa berhubung dengannya,” jelas Stephanie.
Di sini Hijabista senaraikan 7 fakta menarik mengenai Stephanie.
2. Disebabkan dia selalu ditolak daripada menyertai kelas ballet, ibunya membuka pusat latihan ballet khas untuknya berlatih bagi mengubati kekecewaannya
Pengacara HLive!, Dahlia Shazwan yang sangat sinonim dengan iklan Trivago kini telah tampil dengan imej berhijab sejak tiga hari yang lalu.
Katanya kepada Astro Gempak, beliau mengakui keputusan untuk berhijab adalah kerana dia merasakan inilah petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT.
Menurut Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 32, keputusan itu dilakukan selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah dan bersyukur kerana tindakannya itu mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan teman rapat.
“Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.
“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.
“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,” ujar Dahlia.
Pada siaran langsung HLive! malam tadi, Dahlia kelihatan manis mengenakan hijab ketika mengacarakan program tersebut seperti yang dimuat naik di laman instagramnya.
“Saya bertuah dikelilingi keluarga, suami dan teman yang sangat memberikan sokongan.
“Ada antara teman yang turut berkongsi pengalaman pakai tudung buat kali pertama dan saya sangat hargainya,” tambahnya lagi.
Hidayah dari Allah SWT datang dalam pelbagai cara. Dan beruntungnya kita jika menjadi insan pilihan menerima nur darinya. Bagi mualaf, Jasnita Jerome DIA bersyukur kerana dipilih Allah SWT menjadi Sebahagian daripada umat Islam. Walaupun keinginan itu sudah lama Terdetik dalam hatinya, namun dek kerana Pelbagai kekangan impian itu hanya tercapai kira-kira sebulan yang lalu.
Sempena isu Hijabersary, Hijabista berkesempatan untuk mengadakan sesi temubual dan fotografi dengannya bercerita pengalaman menerima hidayah Allah. Ternyata cahaya kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya tika bertandang ke Studio Karangkraf baru-baru ini.
Makna di sebalik nama
“Sebenarnya nama asal saya seperti orang Melayu. Cuma agama saja yang membezakan saya sebelum itu. Dan apabila saya memeluk agama Islam baru-baru ini, terus menukar nama kepada Nur Afina Jasnita Jerome.
“Saya pilih nama berkenaan kerana ia membawa maksud yang baik. Nur bermaksud cahaya, Afina pula ‘orang yang memaafkan’. Sebenarnya saya memang seorang yang tidak menyimpan perasan negatif dan seorang yang cepat memaafkan orang lain,” ungkap Nur Afina Jasnita, 20 tahun dan berasal dari Sabah ketika memulakan perbualan.
Alami mimpi indah
Menceritakan pengalamannya berhijab, Nur Afina jelas tidak sabar untuk berkongsi perjalanannya dalam menerima hidayah Allah.
“Kisah penghijrahan saya bermula dengan niat dan keinginan yang mendalam selama lebih tujuh tahun lalu. Sebenarnya awal tahun ini saya ada mengalami mimpi yang pada saya cukup indah. Mimpi itu berkisar dalam sebuah masjid di mana hanya ada saya dan seorang wanita yang bertelekung duduk di atas sejadah dengan sebuah Al-Quran.
“Pada waktu itu wanita ini dilimpahi sinar dan cahaya tertumpu hanya pada dirinya. Saya juga rasa sedikit pelik kerana pada masa sama saya juga memakai telekung dan dia kemudiannya memanggil saya untuk duduk sekali dengannya. Tapi saya tidak dapat melihat dirinya kerana apabila saya duduk untuk pandang wajahnya azan Subuh berkumandang dan saya terus tersedar,” cerita Nur Afina yang pada ketika itu terus tekad untuk berhijrah.
Dapat sokongan keluarga
Dia juga bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga dalam penghijrahan kepada agama baru iaitu Islam.
“Alhamdulillah penerimaan keluarga saya baik dan mereka faham yang saya sudah besar untuk membuat keputusan memilih mana yang terbaik. Mereka sentiasa menyokong pilihan saya asalkan ke arah kebaikan.
“Tidak dinafikan apabila bergelar saudara baru atau mualaf ini banyak cabaran dan halangan yang perlu dilalui. Namun saya kena kuatkan diri dari terpengaruh dengan pelbagai perkara tidak berfaedah dan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang Muslim.
“Saya belajar istiqomah dan melatih diri untuk sentiasa teguh dengan pendirian. Sebagai contoh, walaupun saya masih tidak arif dalam solat, tetapi saya tetap ikut kawan kawan dan belajar sikit demi sikit agar solat saya lebih sempurna,” tambah Nur Afina yang tidak rasa kekok apabila berhijab untuk menutup aurat.
Pasang impian jejak kaki ke Kota Makkah
“Saya banyak belajar fesyen berhijab dari kawan-kawan dan juga melalui platform media sosial seperti Youtube dan juga Instagram. Setelah berhijab ini, saya menyukai fesyen yang menutup aurat dan selesa dengan saya.
“Untuk ikon fesyen pula saya memang meminati selebriti Rozita Che Wan. IBagi saya dia seorang yang bijak bergaya dalam apa jua fesyen dan masih lagi menepati ciri-ciri santun dalam menutup aurat.
“Nasihat saya pada mereka yang ada keinginan untuk berubah ke arah kebaikan, tetapi rasa takut untuk melakukannya, cuba buat yang terbaik. Cuba beranikan diri untuk capai apa yang kita inginkan. Ikut kata hati dan jangan mudah terpedaya dengan hasutan yang tak baik,” ujarnya yang turut memasang impian satu hari nanti agar seluruh ahli keluarga akan mengikut jejak langkahnya.
Malah jauh di sudut hati dia mahu bersolat bersama mereka. Nur Afina turut berazam untuk menjadi seorang wanita yang berjaya dan paling penting dapat membahagiakan kedua ibu bapa. Menjadi harapannya juga jika punya rezeki dia mahu menjejakkan kaki dan beribadah di Makkah satu hari nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Juara sulung program realiti Ratu Hijabista, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman atau lebih dikenali sebagai Qila meluahkan rasa syukurnya kerana berjaya memenangi pertandingan ini.
Percaya restu ibu bapa merupakan sumber utama bagi setiap kejayaan dalam hidup, jelas Qila,21, dia sudah lama ingin menyertai rancangan realiti sebegini namun masa tidak menyebelahinya sebelum ini.
“Qila sebelum ini pernah nak menyertai program sebegini tapi fokus dahulu pada pelajaran. Masa diploma Qila dah capai anugerah naib canselor jadi Qila fikir selepas ini aku nak join jugak program sebegini walau apa jadi sebab ini memang minat Qila. Waktu nak post video audition itu takut jugak sebab risau orang fikir syok sendiri ke tapi Qila ada seorang kawan ini yang bernama Qalesya yang sentiasa tanya ‘Qila kau dah hantar ke video tu? Aku nampak masa depan kau dalam rancangan ini’.
“Kerana dialah Qila berani untuk post video tersebut dan apa pun terjadi Qila nak jugak buat benda itu. Sebenarnya antara faktornya juga datang dari Abi Qila jugak. Dia tanya Qila tak nak masuk ke Ratu Hijabista lepas tengok iklannya di televisyen. Jadi dari situlah tergeraknya hati untuk menyertainya sekali. Terima kasih Abi dan Umi,” jelasnya yang sedang menuntut dalam bidang penyiaran ini.
Ditanya adakah perkara yang menggangu fikirannya sebelum berlangsungnya malam final, Qila akui perkara itu sememangnya terjadi.
“Beberapi hari sebelum adalah berlaku pertelingkahan kecil di antara Qila bersama Umi dan Abi kerana salah faham sikitlah. Tapi bila benda itu terjadilah yang membuatkan Qila mahu lakukan yang terbaik kerana fikir ‘aku mahu tolong family aku”, luahnya.
Selain itu, Qila juga terharu kerana mendapat banyak sokongan daripada peminatnya di laman sosial yang sentiasa memberikan sokongan buat dirinya.
“So far Qila bersyukur tiada haters Alhamdulillah. Banyak yang Qila dapat doa sebenarnya dan daripada doa itulah ia akan menjadi sebuah realiti. Itu yang Qila sangat bersyukur,” kata Qila menutup bicara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...