Pelakon ternama, Rita Rudaini meluahkan rasa syukurnya apabila berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekkah bersama dua orang cahaya mata tercinta iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Menjadi memori terindah dalam hidupnya, Rita berkongsikan perasaan terharunya apabila urusannya di sana dipermudahkan dan berpeluang mendekati dan mengucup Hajarul Aswad.
Rita berkongsikan serba sedikit mengenai kenangannya di sana melalui laman instagramnya, @ritrud727
IKLAN
.
Bertuah mommy ada sayap kiri dan kanan…xsabar nak tggu depa plak pimpin tangan mommy keliling kaabah suatu hari nanti…seronok depa walaupon kena penyek,kena tolak,kena himpit,kena pijak…mommy kata,itu lah kehidupan….dlm hidup kita ni mcm2 ujian…tp walau mcm mana pon kita tetap kena trus kn ke depan..mcm kita keliling kaabah ni lah,kena sabar org pijak,org tolak..kena jln dah habiskn jugk pusingan….smua tu DIA uji hati kita…bole susah atau tidak….
IKLAN
umrah kali ni mommy dpt cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد dgn arjuna… @adikzwan bwk ryan…tp kami terpisah biasa laaa dh di tolak2,di tarik2..mmg seksa DIA sj yg tau..arjuna sampai xbole bernafas…mommy suruh dia dongak ke langit ambik udara…rasa brsalah jugk heret dia masuk situ…tp nk patah balik mmg xboleh…dgn kekuatan hati alhamdulillah arjuna dpt cium…mcm tu jugak ryan,dgn ketabahan @adikzwan sampai kena dukung ryan sbb dia risau takut ryan kena pijak…dpt depa cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد ……..mmg sgt menakutkan berada di situ ..
IKLAN
xtau keadaan di situ xbole di kawal lg…berhimpit laki n perempuan …tp kebanyakkan di situ adalah kaum lelaki…perempuan susah nak lepas….yg lelaki2 ni punya ganas tolak muka mommy,tarik tudung mommy,tarik jubah mommy….mommy pon xtau nk nangis ke nak gelak..tgn mommy xboleh nk defend diri dah sbb tgh pertahan n lindung anak ….xtau jd dosa ka pahala melayang ke mcm mana….sepatutnya kerajaan arab buat waktu asing utk lelaki dan perempuan yg nk cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد atau solat di حجر إسماعيل spt di raudhah …insyaallah moga ada nnti…apa2 pon pengalaman kami anak beranak di asak di ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد adalah satu pengalaman yg xdpt mommy lupakan sbgai seorg momdad dan mommy rasa sgt puas dan syukur pd DIA krn membantu mommy….. #theAiritsjourney
https://www.instagram.com/p/B60aqa7JD4x/
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, isteri kepada vokalis band Indonesia, Pasha Ungu iaitu Adelia Wilhelmina atau lebih mesra disapa sebagai Adel sebenarnya merupakan bekas pramugari Lion Airlines satu ketika dahulu.
Malah, Adelia yang meniti usia 34 tahun pernah menjadi sorotan dan ‘buah mulut’ netizen dek kerana raut wajahnya yang cantik terutamanya ketika muncul dalam klip video nyanyian duet ‘Penghujung Cintaku’ sebelum mereka bernikah dahulu.
Bekas Pramugari Keturunan Sunda, Belanda & Cina!
Ketika itu, Adelia belum lagi berhijab namun pesona dan rupa paras menawannya menarik perhatian ramai. Dia juga dilapor berketurunan Sunda, Belanda dan Cina.
Bagimanapun, kini selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, suri hati Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said masih menawan. Malah penampilannya lebih sopan sejak memakai tudung.
Pastinya ramai yang turut terpegun dengan kecantikan asli Adelia. Mana tidaknya, walau sudah dikurniakan empat orang anak namun tetap ramping. Ditambah pula penampilan Adelia yang anggun berhijab bagai tidak puas mata memandang!
Selesa Sarung Busana Labuh ‘Patuh Syariah’ Dan Mengenakan Hijab
Tampil lebih matang dan sopan, ibu berusia 34 tahun ini dilaporkan membuat keputusan untuk berhijab kira-kira tujuh tahun lalu. Sejak itu, jelitawan ini dilihat selesa menyarung busana labuh dan bertudung litup setiap kali berada di khalayak.
Pernah berkhidmat sebagai pramugari, Adelia bagaimana pun nekad berhenti daripada kerjaya di awan biru semata-mata mahu memberi sepenuh tumpuan menguruskan keluarga dan anak-anak.
Pasangan romantis ini bernikah pada 23 Mac 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Kayla Mutiara Pasha.
Terdahulu Pasha pernah berkahwin dengan Okie Agustina dan mereka mempunyai tiga anak iaitu Kiesha Alvaro, Shakiena Azalea Putrina, Nasha Anaya Putri Valentina.
Adelia nyata seorang sosok ibu penyayang. Dia tidak hanya mengasuh dan menjaga semua anak-anak dengan baik bahkan akrab dengan tiga lagi anak Pasha hasil perkahwinan sebelumnya.
Pasha kini aktif menceburi bidang politik Indonesia dan turut mempengaruhi isteri tercinta untuk turut berkecimpung dalam kerjaya berkenaan.
Sekarang ini seperti menjadi trend, setiap kali ada cuti panjang ramai antara kita terutama mereka yang bertugas sebagai guru mengambil peluang melawat beberapa tempat menarik di luar negara. Apatah lagi tiket tambang murah yang sering membuat promosi menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan bercuti sama ada secara group atau individu.
Tiada halangan atau alasan tiket mahal atau tidak tahu kerana sekarang semua maklumat kini hanya di hujung jari. Seperti perkongsian wanita ini yang juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah. Biarpun mengajar jauh di luar bandar demi anak bangsa, tetapi Haitun Kamarazaman tidak melepaskan peluang untuk berkembara di bumi asing setiap kali cuti persekolahan.
Dan sebagai seorang wanita Muslimah, guru yang mengajar di Sekolah Menengah Koyan dalam subjek Bahasa Melayu ini tetap tidak meninggalkan sesekali kewajipan bersolat. Baginya, tidak kira walau di mana berada, SOLAT itu adalah kewajipan dan tiada alasan untuk tidak menunaikannya.
Oleh sebab itu, jika pergi bercuti di tempat yang sukar untuk berjumpa masjid, beliau akan mempersiapkan segala keperluan dirinya untuk menunaikan kewajipan fardu itu. Sebelum ini, banyak sudah tempat yang dilawati seperti Osaka, Jepun, Paris, Belgium, Amsterdam dan banyak lagi. Dan sempena cuti Deepavali tempoh hari, beliau telah mengambil kesempatan bercuti ke beberapa tempat menarik di India.
Beliau pergi bersama rombongan guru dari Kuala Lipis dan turut membawa seorang anak lelakinya, Mohd Aidil Mukhreez. Memilih pergi ke India kerana mahu melihat sendiri keindahan alam semula jadi di beberapa kawasan terutama di Khasmir dan Taj Mahal yang merupakan satu daripada tujuh perkara ajaib di India. Beliau turut kagum dengan kegigihan saudara semuslim yang mencari rezeki di sana. Juga Kashmir dikatakan mempunyai cuaca sejuk dingin yang menyenangkan.
Jika dilihat dalam facebook miliknya, Haitun berpakaian seperti wanita Muslimah lengkap berstoking dan tudung labuh di hadapan Taj Mahal walaupun dalam keadaan cuaca yang sangat panas sehingga mencecah 32 darjah selsius. Sebenarnya ada sebab kenapa beliau berpakaian begitu. Menurutnya, ini adalah untuk memudahkan dia bersolat dan perlu menunjukkan identiti sebagai wanita Muslim walau di mana sahaja berada. Tiada alasan panas dan dia cukup selesa dan rasa lebih selamat berpakaian demikian.
“Saya memang dah banyak kali travel ke tempat orang. Memang setiap kali cuti sekolah saya akan berusaha untuk melihat negara luar kerana banyak pengalaman boleh kita peroleh sepanjang percutian itu nanti. Juga untuk tambah ilmu dan boleh kita kongsi kegembiraan itu dengan anak murid. Bukan setakat makan angin, tetapi sebelum menjelajah setiap inci saya akan membuat research terlebih dahulu. Misalnya daripada segi masyarakat, budaya, agama dan makanannya.
“Bagi saya tiada masalah pergi bercuti sementelah tubuh masih kuat dan sihat ini. Dan setiap kali bercuti juga saya memang akan bawa seorang anak. Biasanya ikut turn masing-masing dan tidak timbul pilih kasih. Tujuan saya cuma satu supaya dapat create memory bersama anak-anak dan mahu mereka menambah pengalaman melihat tempat orang. Namun sebelum pergi saya akan ingatkan anak-anak agar menjaga tingkah laku di tempat orang dan perlu ada sikap sabar sepanjang travel,” ujar Haitun juga seorang guru aktif yang bersukan.
Menurutnya juga, sepanjang berada di Khasmir dia tidak menghadapi masalah makanan kerana masyarakat di sini majoriti adalah Muslim. Cuma ketika berada di Delhi, rombongan mereka telah membawa bekalan seperti sambal hitam Lipis dan sambal bilis. Namun mereka semua tidak ada masalah untuk makan makanan vege.
“Sebenarnya setiap kali bercuti, saya memang sangat particular bab SOLAT. Oleh sebab itu, saya tak kisah berbaju kurung, stoking dan tudung labuh kerana memang memudahkan untuk solat. Tak perlu cari telekung kerana pakaian kita sudah menutup aurat. Biarlah apa orang kata janji ia menyenangkan untuk bersolat.
“Dan segala gambar yang saya post dalam FB milik peribadi bukan tujuan menunjuk, cuma sekadar berkongsi pengalaman bersama rakan lain. Tidak ada maksud lain yang boleh membawa kepada riak. Tambahan pula ramai rakan yang request untuk berkongsi gambar-gambar menarik semasa di luar negara.
“Kita tahu jika pergi ke tempat orang, memang agak sukar untuk bersolat tetapi jangan jadikan ia alasan untuk elak daripada melakukannya. Nasihat saya kepada mana-mana wanita Muslimah yang pergi bercuti tempat orang, jangan lupa untuk SOLAT dan kalau boleh teruskan amalan yang kita sudah biasa buat di rumah misalnya mengaji.
“Ini kerana dalam perjalanan ramai yang saya jumpa tidak menjaga SOLAT. Jadi kembara kita menjadi sia-sia andainya kita mengabaikan solat. Namun ada juga sahabat-sahabat yang tetap tidak meninggalkan amalan mengaji dan juga BERTAHAJJUD semasa berkembara”, jelasnya lagi yang tidak putus-putus mengingatkan kepada wanita agar memakai pakaian yang senang untuk bersolat jika TRAVEL.
Sebelum mengakhiri perbualan, ibu kepada 5 cahaya mata ini juga turut memberi tip bagaimana mengumpul duit secukupnya untuk pergi bercuti. Menurutnya, setiap bulan dia akan allocate sedikit wang gaji untuk keperluan pergi bercuti. Disiplin itu penting kerana nawaitu untuk melihat tempat orang sambil mengutip ilmu itu penting dan pasti segala urusan akan dipermudahkan Allah.
5 TIP PALING MUDAH KETIKA TRAVEL:
1. Set minda awal-awal sebab kita bukan berada di tempat sendiri.
2. Prepare ubat-ubatan.
3. Makanan kering dari Malaysia seperti serunding, sambal bilis dan sambal hitam sangat membantu selera. Bimbang jika perut tidak serasi dengan makanan luar.
4. Pakaian yang sesuai dan menutup aurat.
5. Bawa pen dan buku nota. Jangan lupa tulis segala catatan pengalaman.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa sahaja tidak mengenalinya, jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan popular ini, sering kali muncul di laman sosial TikTok berkongsi tentang tip kesihatan dan gaya hidup sihat.
Sering menjawab soalan warganet tentang latihan kecergasan, tetapi berbeza kali ini. Beliau turut menjawab persoalan yang diajukan warganet baru-baru ini, berhubung agama anutannya.
Kelvin Zahri lebih terbuka menjawab soalan itu, malah dia turut mendedahkan dirinya adalah saudara baru atau mualaf. Kevin yang dibesarkan di luar negara mengakui mendalami agama Islam sekembalinya ke Malaysia.
“Nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar tetapi Kevin Nicolai Christopher Zahri (ketika itu).
“Bapa saya seorang Muslim dan berbangsa Melayu manakala ibu pula beragama Kristian berasal dari Jerman. Ibu saya yang mengajarkan kami tentang agama. Kami ke gereja, saya menyertai koir dan membaca buku seperti Injil ketika kecil,” tuturnya menyentuh tentang kehidupan pada masa lalu.
Hidayah datang ketika..
Ketika itu Kevin baharu berusia 12 tahun, hidayah datang segalanya berubah selepas beliau mengikuti bapanya pulang ke Malaysia pada tahun 1991. Ternyata hidayah itu milik ALLAH.
“Ketika itu bapa saya mendapat hidayah tentang keagamaan sendiri dan wujud rasa tanggungjawab untuk memimpin anak-anak.
“Bapa cuba mendedahkan kepada kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz,” kata Kevin.
Peringkat awal memang sukar
Cukup dikenali dengan nama Cikgu Fitness Malaysia, Kelvin Zahri mendedahkan beliau pada peringkat awalnya sukar menerima perubahan berkaitan agama Islam.
“Saya tidak menerimanya pada hari yang pertama dan mengambil masa mempersoalkan tentang agama A dan agama B.
Pendedahan jurulatih berusia 43 tahun itu menerima reaksi positif daripada warganet. Rata-rata mereka memberikan menyokong dan mengucapkan dan memuji Tindakan beliau menjawab pertanyaan yang diajukan oleh peminatnya.
-“Suka sgt cara u @Kevin Zahri ..sgt2 details dan calmness dlm menerangkn sesuatu wlopon soalan tu agak sensitif.. .🥰🥰
– “Sporting betul la dia ni. Orang tanya soalan apa pon dia jawab ja”
-“ Alhamdulillah, saya suka sikap coach yg sgt berterus terang & sentiasa menjawab apa jua soalan, semoga sentiasa berjaya di dunia & akhirat, aamiin…”
-“ bro you just got a new follower.. good explanation and positive content”
Ramai juga yang mendoakan Kelvin:
-“ Semoga abg Kevin sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa Istiqamah. Menjadi contoh yang baik buat kaum muslimin 💚.”
-“ Alhamdulillah Coach. Semoga Allah sentiasa merahmati coach.”
-“ Alhamdulillah. Respect cara tuan menjawab dan mengangkat ayah tuan dgn baik… semoga Allah beri hidayah berterusan kepada tuan sekeluarga. Amin.”
Terdahulu Kevin berkahwin dengan Rio Elani pada tahun 2010 dan perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Malah, Emma kini kelihatan lebih ceria dengan kulit putih merah jambu milikya, menimbulkan persoalan dikalangan para peminat, apakah 'rahsia' penjagaan kulit ibu kepada Shariq Gabriel dan Shakil Aryan ini.