Sebut sahaja filem Istanbul Aku Datang, pasti hijabi kenal dengan watak utamanya Dian, yang dimainkan oleh pelakon jelita, Lisa Surihani yang sekaligus melonjakkan namanya hingga mempunyai barisan peminat yang tersendiri.
Umum sedia maklum, bahawa Lisa Surihani kini sudah tampil selesa dengan imej muslimahnya, sehingga ramai yang menjadikan dirinya idola untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Tapi, siapa kata bila dah berhijrah dan mematuhi syariah Islam dalam menutup aurat, tak boleh menjadi model atau peragawati? Lisa Surihani dah buktikan bahawa tanggapan itu sememangnya salah!
Islam merupakan agama yang mudah dan syumul, adalah tidak menjadi satu kesalahan jika seorang wanita mahu menjadi model, asalkan apa sahaja yang diperagakan mematuhi syariah dan gambarnya tidak mendedahkan aspek kemolekan, kecantikan, kemanjaan, dan sebagainya yang bertentangan dengan hukum syarak.
Baru-baru ini, satu muatnaik foto menerusi laman Instagram milik Lisa Surihani telah berjaya menjadi sorotan serta meraih pujian netizen.
Artikel berkaitan: Peminat Kagumi ‘Hijrah’ Lisa Surihani, Penampilan ‘Berseri’ Bak Bidadari Jadi Sorotan Netizen!
Dalam hantaran berkenaan, dapat dilihat Lisa Surihani yang sedang menjadi model bagi sebuah jenama terkemuka namun Lisa masih kelihatan anggun meskipun menggayakan busana muslimah yang serba indah dan menutup aurat.
Hijabista sempat menjengah ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati netizen telah membanjiri ruangan komen dengan memuji kecantikan Lisa Surihani serta cara beliau menggayakan tudung yang labuh menutupi serta menutup aurat dengan sempurna tanpa meraih pandangan tabarruj.
Sumber: Instagram Lisa Surihani
Artikel berkaitan: Tayangan Filem Lama Di Luar Kawalan, Datin Lisa Surihani Doa Agar Semuanya Dipermudahkan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.