Meski Di Timpa Musibah, JAKEL Masih Mahu Ringankan Beban Rakyat!

Share

Umum sedia maklum berhubung insiden malang yang menimpa JAKEL Mall Shah Alam, pada 31 Disember tahun lalu yang hangus dijilat api akibat berlakunya kebakaran yang berpunca dari litar pintas.

Bagaimanapun, disebalik musibah yang melanda, pada tahun ini JAKEL bangkit dengan penuh semangat! Melancarkan bangunan JAKEL di lokasi baharu yang lebih selesa dan kembali menyediakan khidmat menjual busana untuk pelbagai majlis, serta kelengkapan perhiasan rumah seperti karpet dan langsir.

Walau Ditimpa Musibah, JAKEL Tetap Menawarkan Jualan Pakaian Pada Harga Rahmah Menjelang Aidilfitri 2023!

Lebih menarik lagi, musibah yang melanda langsung tidak mematahkan semangat JAKEL untuk turut serta membantu rakyat dari golongan B40 dengan menawarkan pakaian dengan harga Rahmah menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Urusan JAKEL, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel ketika ditemui Hijabista pada majlis pembukaan premis baharu miliknya di Seksyen
7, di sini hari ini.

“Sambutan yang kami terima sangat menggalakkan, luar daripada jangkaan kami. Apa yang menjadi punca kepada sambutan hangat ini adalah kerana jualan ‘Rahmah’.

“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri,” katanya.

Artikel berkaitan: Ini Punca Jakel Shah Alam Terbakar! Netizen ‘Runsing’ Dekat Mana Nak Beli Baju Raya 2023?

Ketika ditanya apa kelainan yang dibawakan JAKEL bagi jualan Rahmah berbanding di kedai lain, Faroz berkata, kali ini pihaknya telah bersetuju menyahut seruan Kementerian dan Kerajaan menerusi kempen Rahmah dengan menawarkan harga yang lebih murah berbanding sebelumnya.

“Harga yang kami tawarkan, dijamin jauh lebih murah berbanding sebelum ini dan lebih murah daripada syarikat lain dan jaminan terbaik dari kami adalah kualiti barangan JAKEL.

“Kami tidak pernah tolak ansur tentang bab kualiti barangan. Malah, JAKEL memang dikenali kerana menjual kain-kain yang bermutu tinggi serta berkualiti untuk semua golongan lapisan masyarakat.

“Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini,” tambahnya lagi.

Sekadar info, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad masih kekal sebagai duta JAKEL tahun ini, di mana baju Melayu mereka yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM229, kini hanya dijual RM149 termasuk samping dan butang baju melayu percuma.

Gedung tekstil JAKEL baharu ini terletak 200 meter dari premis lama, iaitu di tapak kosong bersebelahan Hospital Shah Alam di Seksyen 7.

Artikel berkaitan: Isteri Kesayangan Bos Jakel, Datin Farah Haryani Rajin Amalkan Pilates Untuk Kekal Sihat, Cergas & Cantik

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir