Mesin Basuh Kotor, Hitam Dan Berlendir Sebab Tu Baju Kotor. Gelinya!

Share

Tiba masa nak pakai pakaian kegemaran, habis kotor!! Mesti anda ada terfikir bagaimana cara untuk anda mengelak daripada tudung atau baju kotor selepas basuh tudung guna mesin basuh? 

Gambar sumber TikTok Along Hazirin

Ramai pasti yang mengalami masalah ini. Anda pasti akan merasakan pelik apabila basuh baju kegemaran tiba-tiba nak ambil tu jadi lebih kotor terutama sekali apabila pakaian anda berwarna cerah. Jangan risau! Anda boleh mencuci mesin basuh ini sehingga bersih.

Artikel Berkaitan: Letak Sabun Pencuci Dengan Jumlah Banyak, Pekerja Dobi Ini Tegur. “Baju Bertamabah Kotor…”

Tak ramai yang tahu sebenarnya cuci mesin basuh tidak perlu memakai tenaga yang banyak. Para wanita, jangan risau sebab anda boleh buat sendiri tanpa bantuan. Walaupun hakikatnya mesin basuh mempunyai fungsi di mana membersihkan pakaian kotor tetapi sisa kotoran pada pakaian sebelum ini pasti melekat pada penapisnya.

Gambar sumber TikTok Along Hazirin

Tular di sosial media Tiktok video seorang lelaki bernama Along Hazirin menunjukkan cara mencuci kotoran mesin basuh mudah sahaja. Jangan risau kerana ini adalah cara-caranya:

1. Bersihkan penapis mesin basuh bahagian tepi

Gambar sumber TikTok Along Hazirin

Jika anda melihat di bahagian tepi mesin basuh pasti ada penapis atau filter di situ. Itu adalah penapis segala kotoran dan juga habuk pada pakaian ketika prose membersih. Anda hanya perlu mencabut penapis dari mesin basuh itu. Kemudian bawa penapis tersebut ke singki atau bilik air untuk dicuci sehingga bersih bahagian luar dan dalamnya.

Kemudian setelah bersih, pasang semula penapis pada tempat asalnya. Sedikit tip, anda perlu membasuh penapis luar dan dalam sebulan sekali pun sudah okay. Ini untuk mengelak dari adanya kekotoran hitam berlendir. Pasti anda akan rasa geli!

2. Bersihkan penapis bahagian bawah

Gambar sumber TikTok Along Hazirin

Apabila anda selesa, bersihkan pula ‘penapis’ di bahgian bawah. Sekali pandang anda tidak nampak tetapi apabila buka ia penuh dengan kekotoran dan keladak yang terkumpul di bawah itu juga.

Caranya adalah:

  • Anda perlu buka dahulu bahagian bawah tersebut dan anda perlu mengumpil menggunakan alatan yang sesuai.
  • Kemudian anda perlu membuka skru yang ada dengan pemutar skru!
Gambar sumber TikTok Along Hazirin
  • Seterusnya, cabut penapis dan bawa keluar untuk dicuci bersih.
  • Sementara itu, bahagian dalam mesin basuh, anda perlu menekan butang ‘on’ biarkan air mengisi di dalam mesin basuh sekejap.
Gambar sumber TikTok Along Hazirin
  • Air tidak perlu penuh, asalkan ada untuk anda menggosok mesin yang kotor dengan span. Pastikan untuk tekan butang ‘off’ sebelum anda membersihkannya.
  • Keluarkan air takungan kotoran dengan menekan butang ‘spin’ di mesin basuh anda.
  • Anda boleh menggunakan air sabun jika mahukan lebih bersih.
Gambar sumber TikTok Along Hazirin
  • Setelah selesai basuh, boleh pasang semula seperti asal dan sudah siap!

Artikel Berkaitan: Lebih 150k ‘Share’, Wanita Dedah Tip Jadikan Pakaian Sentiasa Putih Bersih Macam Salji

Gambar sumber Google

Mudah dan cepatkan cara untuk membasuh mesin basuh yang kotor? Jadi apa lagi, anda boleh luangkan masa untuk membasuh mesin basuh dari kekotoran pakaian. Nanti lebih bersih dan tak gatal-gatal bada bila anda memakainya. Senang kata, baru rasa terjamin bersih mencuci apa-apa pakaian. Perkongsian video ini juga mendapat lebih 1 juta penonton. Selamat mencuba semua!

Sumber: Tiktok Along Hazirin!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.