Merujuk kamus dewan, merisik adalah ‘menyelidik secara diam-diam’ secara menyeluruh. Ianya memperlihatkan seorang lelaki mengunjungi pihak perempuan untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai wanita yang bakal disunting menjadi suri hatinya.
Dalam keadaan tertentu, ada juga rombongan pihak lelaki datang secara mengejut sambil bertanyakan mengenai gerangan wanita yang bakal dinikahi. Ianya bertujuan berkenal-kenalan secara sopan dengan wanita dan keluarganya untuk mengetahui secara lebih dekat.
Secara ringkasnya, meminang adalah menyatakan keinginan untuk berkahwin kepada seorang perempuan. Ini adalah berdasarkan perbuatan Nabi saw yang meminang Aisyah dan Baginda juga pernah meminang Hafsah.
Namun begitu perlu juga diingat. Ada beberapa jenis perempuan yang tidak boleh dikhitbah iaitu :
*Perempuan yang masih di dalam iddah raj’iyyah walaupun secara sindiran (ta’rid)
*Perempuan yang sudah menjadi tunangan orang lain. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi saw oleh Ibnu Umar. Kata beliau :
Maksudnya: “Nabi SAW melarang berjual beli di atas jualan sebahagian dari kamu dan (Nabi juga melarang) seorang lelaki meminang tunangan saudaranya sehinggalah dia meninggalkan tunangannya ataupun diizinkan oleh saudaranya (untuk meminang perempuan tersebut).” Riwayat al-Bukhari (5142)
Al-Khatib al-Syaribini menyatakan larangan tersebut dikeluarkan adalah kerana ianya sesuatu yang boleh menyakitkan orang lain. Rujuk Mughni al-Muhtaj (4/159)
ADAT BERTUKAR CINCIN DAN BAWA DULANG
Adapun adat-adat kebiasaan seperti bertukar cincin, membawa dulang ke rumah si perempuan dan lain-lain adalah merupakan adat yang harus dan tidak bercanggah dengan Islam. Ia hanya sebagai simbolik dan tanda keseriusan untuk menjadikan perempuan tersebut sebagai isteri.
Ads
Selagi mana adat tersebut tidak berlanggar dengan syarak maka ianya adalah perkara yang harus. Perkara tersebut juga perlulah dipersetujui bersama dan ia perlulah diikuti serta beriltizam dengannya.
Maksudnya :” Orang Muslim berpegang dengan syarat mereka (yang telah dipersetujui) kecuali syarat yang mengharamkan perkara yang halal dan syarat yang menghalalkan perkara yang haram.” Riwayat al-Baihaqi ( 11762) di dalam Sunannya.
Ads
Namun, perkara yang perlu difahami dan diteliti, pertunangan bukanlah lesen untuk bergaul secara bebas. Perlakuan seperti keluar berdua ke kompleks membeli belah, makan bersama-sama dan lain adalah sama sekali dilarang. Ini kerana lelaki dan perempuan yang bertunang masih lagi dianggap sebagai orang asing. Apatah lagi duduk berdua-duaan di dalam tempat yang sunyi.
Maksudnya: “Janganlah seorang lelaki berkhalwat (duduk berduaan) dengan seorang perempuan kerana pihak yang ketiga adalah syaitan.” Riwayat Imam Ahmad (179) di dalam Musnadnya.
Kes rumah tangga antara Joy Revfa dan Hafiz Hamidun sampai pada tahap kritikal. Kedua-duanya dilihat berbalas serangan di media memberitahu apa yang terjadi. Segala yang berlaku antara mereka didedahkan tanpa berselindung. Tidakkah keduanya tahu hukum HALAL HARAM apa yang telah mereka lakukan?
Jika diimbas perkahwinan keduanya hanya mampu bertahan hanya beberapa bulan sahaja sebelum terjadinya perselisihan antara pasangan suami isteri ini. Walaupun pihak mahkamah sudah mengesahkan perceraian Joy dengan suami keduanya adalah sah, tetapi ia tidak dapat membantu mempertahankan rumah tangga yang dibina.
Dalam hal ini, apakah benar tindakan Joy sebagai seorang isteri yang dilihat lantang bersuara mempertahankan dirinya berhubung kemelut antara dia dengan Hafiz. Malah Joy dikatakan tidak teragak-agak membuka cerita seperti mengaibkan Hafiz sebagai suaminya.
Dalam sesebuah perkahwinan, dosa dan pahala seorang isteri itu terletak pada bahu suaminya. Oleh sebab itu, seorang isteri perlu menjaga adab dan batas tertentu sebagai seorang isteri. Jangan sesekali menjatuhkan maruah atau mengaibkan pasangan masing-masing.
Hal ini dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus yang memberitahu wanita ini Allah jadikan seluruh tubuhnya lemah tetapi lidah mereka sangat gagah. Jadi perlu berhati-hati dengan apa yang diucapkan dari bibirnya. Ini kerana boleh menyebabkan berlakunya sebarang perkara tidak diingini.
Menurut Ustaz Azhar, HARAM bagi seorang isteri itu menjatuhkan AIB suami. Begitu juga suami yang HARAM mengaibkan ISTERI. Namun sekarang sudah menjadi lumrah dalam sesebuah perkahwinan setiap pasangan saling mengutuk antara satu sama lain.
Tambahnya lagi, perempuan memang terkenal dengan sifat yang sukar menjaga tutur kata. Tetapi dia turut mengingatkan jangan melakukan itu pada suami kita sendiri kerana suami adalah orang yang paling banyak tahu rahsia luar dan dalam.
Wallahualam
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bagi yang hobinya memelihara kucing pasti pening bila kucing kesayangan suka kencing merata-rata. Kalau bela seekor boleh tahan lagi, tapi kalau banyak, rumah pun dah berbau semacam. ini cara mudah untuk melatih kucing anda kencing di tandas.
Kucing Kencing Merata-rata. Ini Cara MUDAH latih kucing anda kencing di tandas yang ramai tak tahu. Sejak berpindah rumah empat bulan lalu, suami tiba-tiba ada hobi baru iaitu memelihara kucing. Mula-mula dia mengambil seekor kucing yang bernama Abu yang diberi secara percuma oleh salah seorang kenalan di laman sosial. Sejak itu suami dan anak-anak mula memberi perhatian dan manjakan Abu.
Ini pengalaman suami isteri minat membela si bulus. Semoga perkongsiaan ini memberi manfaat.
“Sejak berpindah rumah empat bulan lalu, suami tiba-tiba ada hobi baru iaitu memelihara kucing. Mula-mula dia mengambil seekor kucing yang bernama Abu yang diberi secara percuma oleh salah seorang kenalan di laman sosial. Sejak itu sumi dan anak-anak mula memberi perhatian dan manjakan Abu.
Saya jenis yang tak suka kucing sebabnya takut pada kucing tapi pasrah saja sebab suami dan anak-anak minat pada si bulus. Sebulan selepas itu tambah lagi seekor kucing yang diberi nama Loma dan dibeli oleh suami dengan harga RM 120. Bertambahlah kawan Abu dan saya yang memang tak suka kucing ni terpaksalah akur dengan minat mereka. Paling sedih, masa Loma bunting dia mengalami keguguran dan anak-anak Loma seramai 5 ekor mati ketika dilahirkan. Ketika itu suami dan anak-anak memang sedih apatah lagi bila lihat Loma lemah. Selepas semingu barulah saya lihat Loma aktif semula seperti selalu.
Rupa-rupanya dalam diam suami beli seeokor lagi kucing dan kali ini diberi nama Ten Ten dengan harga RM 200. Maka bertambahlah lagi kucing peliharaan kami sebanyak 3 ekor. Walaupun saya jenis tak tahan bau busuk kucing tapi kena tahan juga. Sejak bela kucing ni anak-anak saya bukan main manja dengan haiwan kesayangan mereka. Oklah disini saya nak berkongsi tip bagi mengelak kucing membuang air merata-rata di dalam rumah. Tips ini juga menjadi panduan dan juga pengetahuan buat saya begitu juga anda yang cukup bermanfaat…
1.Cuka
Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.
2.Toilet Training
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.
3.Serai
Orang cakap bau serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
Kredit:-Tambahcheese
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setelah namanya mulai dikenali setelah berjaya menjadi Finalis Dewi Remaja, pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman Jobling atau lebih mesra disapa sebagai Anna Jobling, mula giat menempa nama dalam industri hiburan tanah air.
Malah, sejak membintangi drama Melur Untuk Firdaus, nama Anna Jobling melonjak dengan begitu pesat sehingga menjadi pilihan pengarah-pengarah di Malaysia.
Lebih menarik lagi, Anna tidak hanya menempa nama di Malaysia, namun aura serta kejelitaan kacukan inggeris-melayu Anna turut mendapat tempat di hati rakyat Indonesia dan Singapura.
Para peminat Anna Jobling juga turut terdiri dari pelbagai lapisan umur. Dari orang dewasa sehinggalah ke kanak-kanak, ternyata bintang Anna Jobling kini sedang berada dipuncak dan kian menyinar dengan sikapnya yang sentiasa menunduk ke bumi dan pandai membawa diri.
Mulianya Hati Anna Jobling, Santuni Anak Syurga!
Terdahulu, media pernah melaporkan pelakon dan model jelita ini mendapat perhatian ramai apabila dia meluangkan masa bertemu dengan seorang ‘anak syurga’, yang juga merupakan salah seorang peminat Anna.
Menerusi hantaran Istagram @annaluvstory berkongsi gambar dan video Anna Jobling yang hadir menyantuni adik Sofia Humaira. Menerusi sumber, adik Sofia ada menyatakan hasrat untuk bertemu Anna semasa dia berada di ICU Hospital Besar Kuala Lumpur, namun hasratnya itu tidak kesampaian.
Lantas, Anna mengambil keputusan untuk menjumpa sendiri dengan adik Sofia sambil ditemani ibu bapanya. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, terserlah riak kegembiraan di wajahnya apabila hajat dapat bertemu dengan pelakon kegemarannya tercapai.
Rata-rata peminat yang melihat gambar dan video tersebut mendoakan kesihatan buat adik Sofia dan pada masa yang sama mengagumi tindakan pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman ini.
Tindakan Anna Tuai Reaksi Positif Warganet
Tak hairanlah Anna Jobling disayangi ramai dan mempunyai kelompok peminat yang besar dan tersendiri, peribadi lemah lembut dengan hati putih bersih dan suci seperti anna layak dicontohi oleh para wanita dan menjadikanya sebagai idola!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA