Merendah-rendah dan ‘kondem’ wanita yang cuba berubah dengan bertudung, tutup aurat dan tidak berhias di bulan ramadhan. Umum ketahui ada juga di kalangan selebriti memakai tudung ketika bulan ramadan, bukan sahaja mereka tetapi ramai juga wanita di luar sana mengayakan tudung semasa bulan ramadan.
Memandangkan mereka ini selebriti ramai yang mengata tentang mereka dan tak kurang juga memuji keindahan selebriti memakai tudung ketika bulan ramadan. Kecantikan mereka terserlah seperti Fazura, Elyana dan ramai lagi.
Sebahagian golongan yang merendahkan percubaan perubahan diri dan perkara baik yang dilakukan oleh rakan setugas dan kenalannya di bulan Ramadhan ini. Ada yang mengeji, menuduh hipokrit, mengutuk kononnya ‘bungkus sebentar’ dan macam-macam lagi kutukan.
Buat pihak yang mengutuk, sedarilah, anda sebenarnya sedang menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :-
Ads
“Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang..” ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )
Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
Ads
“Walaupun tidak pakai tudung, insyallah tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang terutamanya di bulan baik ini, kita ditegah untuk memperlekehkannya. Mana tahu ramadan adalah satu permulaan yang baik, bersama kita berdoa. Insyallah.
Insan bernama isteri ini adalah makhluk yang perlu dimuliakan. Bukan dengan sengaja untuk menyakitkan hatinya. Hidup boleh jadi tak berkat dan tidak dimurahkan rezekinya jika ada niat begitu. Ini dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew yang menceritakan pengalaman seseorang yang begitu memuliakan isterinya ini.
Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini…
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan.
Ya Allah….kaulah segalanya.. Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer.. Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..
Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya. Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri. Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.
Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini. Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.
Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.
Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati..
Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah.
Tidak dinafikan bulan puasa memang bulan kita sangat digalakkan untuk melakukan seberapa banyak ibadah. Tetapi dalam masa yang sama perlu juga pergi bekerja sebagai tuntutan harian dan penampilan perlu elok dan sempurna.
“Persoalannya bagi wanita, adakah boleh memakai gincu ketika Ramadan dan adakah batal puasa jika tertelan sewaktu membasahkan bibir?”
Walaupun perbuatan ini kedengaran amat remeh, tetapi sebenarnya membuatkan kita rasa sedikit was-was. Maklumlah penampilan ketika bekerja perlu dijaga walaupun sekadar calitan gincu di bibir.
Menurut Ustaz Haslin Baharin, hukum bergincu untuk tabbarruj atau berhias adalah diharamkan, berdasarkan firman Allah kerana ia amalan jahiliyah.
Firman Allah yang bermaksud:
“… dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang jahiliyah yang dahulu…” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ia termasuk bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah lelaki. Ini termasuk memakai gincu bibir, memakai pipi merah dan berwangi-wangian di luar rumah. Hukum bergincu daripada segi orang yang berpuasa boleh dibahagikan kepada tiga.
Pertama, jika sengaja bergincu adalah dimakruhkan tanpa sebarang tujuan, manakala jika tertelan sesuatu darinya, maka batallah puasanya. Wajib pula menqadanya atau menggantikannya pada bulan lain.
Kedua, bergincu bertujuan sekadar melembapkan bibir, jika tiada rasa atau sesuatu benda sampai ke kerongkong, maka hukumnya harus.
Ketiga, bergincu bertujuan perubatan dan terdesak adalah dibolehkan kerana tujuan yang mendesak itu.
Jika tertelan secara tidak sengaja dalam bentuk yang sangat sedikit, adalah dimaafkan. Sebagaimana disandarkan kepada hukum merasa makanan ketika seseorang itu berpuasa.
Wallahualam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat Subuh merupakan salah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Sekiranya tertinggal, wajib diqada’.
Kita sering terlepas melakukan solat Subuh kerana ia dilakukan bermula daripada fajar menyingsing hinggalah terbit matahari. Pada waktu orang sedang solat Subuh, kita pula tengah sedap tarik selimut.
Kadangkala, kita berazam untuk bangun solat Subuh tetapi tidak juga bangun. Keadaan ini sering terjadi pada hujung minggu. Oleh itu, kami paparkan 5 tip agar anda tidak lagi terlepas solat Subuh bermula hari ini.
Kebiasaannya, mereka yang tidur awal akan bangun awal, begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berborak kosong serta membuang masa selepasnya sehingga tidur lewat.
“Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamulail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh.”
(Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim)
Kunci kedua untuk mudah bangun Subuh ialah memelihara amalan sunah ketika tidur pada waktu malam. Antara amalan sunah yang boleh diamalkan adalah berwudhu’ dan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Bagi anda yang sukar bangun pagi, mohon pertolongan ahli keluarga atau kawan untuk membantu menggerakkan anda untuk bangun di awal pagi. Atau sediakan jam loceng.
Keimanan merupakan pendorong utama untuk seseorang individu melakukan amalan yang sukar. Contohnya, mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di masjid adalah amalan yang sukar dan tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala.
Bagi meningkatkan keimanan, anda hendaklah banyak melakukan kebaikan kerana dengan hati yang suci dan bersih sahaja dapat menyuburkan Iman seseorang individu itu. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan ia merupakan penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah.
Maksiat adalah salah satu penghalang untuk anda bagun solat Subuh. Oleh itu, jauhi segala maksiat iaitu maksiat mata seperti melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, maksiat lidah iaitu mengumpat dan mengata, maksiat telinga seperti mendengar hiburan yang haram serta umpatan dan fitnah. Kebiasaannya, mereka yang melakukan maksiat sukar untuk bangun solat Subuh kerana ia melemahkan naluri untuk beramal soleh.
Antara punca jiwa menjadi lemah adalah bangun lewat dan meninggalkan fardu Subuh. Oleh itu, syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya bangun pagi. Hukuman meninggalkan solat Subuh adalah anda akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka. Ngeri kan?
Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan. Nabi Muhammad s.a.w sangat memelihara waktu tersebut dengan memenuhkannya dengan zikir. Baginda selalu berzikir sehingga terbit matahari dan terus melakukan solat sunat Dhuha.
Jika kita lihat, kebanyakan orang yang berjaya dalam urusan dunia seperti orang berniaga kerana mereka memulakan kerja mereka pada awal pagi. Pada awal pagi, rezeki terbuka luas. Selain itu, bangun awal juga mempunyai kebaikan daripada sudut kesihatan kerana udara yang dihirup pada waktu Subuh adalah udara yang segar. Ia mampu mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergaskan fizikal.
Sekiranya anda berjaya bangun solat Subuh, ia adalah bukti kekuatan iman anda kerana anda menang dalam peperangan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur
Sumber: khalifahmedia.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.