Setiap insan itu diberi hidayah dalam pelbagai cara. Dan sememangnya hanya insan yang terpilih oleh Allah untuk menerima hidayah dari-Nya. Seperti juga perkongsian seorang gadis mualaf ini yang sudah hampir tujuh tahun memendam rasa ingin memeluk Islam dan akhirnya keinginan itu tercapai.
Menulis perkongsiannya di laman twitter menggunakan akaun nama @neythrose
hingga viral, nyata kisahnya ini memang memberi inspirasi kepada mereka di luar sana yang masih belum terlambat untuk berhijrah atau berubah ke arah suatu kebaikan.Apa yang menariknya menurut gadis ini juga dia sangat beruntung kerana mendapat sokongan dari ahli keluarga dan insan yang berada di sisinya sepanjang perjalanannya dalam memeluk agama barunya ini.