Bakat nyanyian Maryam Younarae, isteri kepada pempengaruh YouTube ‘Durian Kimchi’ iaitu Ryzal Ibrahim kini makin meniti bibir ke bibir. Ramai netizen dakwa, suara Maryam persis Dayang Nurfaizah, amboi betul ke?
Percaya bahawa bakat yang baik mesti diasah dengan betul, Maryam yang juga usahawan khimar KHIMARYAM mula berlatih vokal dengan guru vokal terkenal Cikgu Shafi secara serius.
Kata wanita berusia 32 tahun itu, beliau mula belajar vokal sejak lima bulan lalu kerana minat menyanyi. Dalam waktu yang sama, beliau juga berusaha memperbaiki sebutan Bahasa Melayu yang dirasakan lebih sukar berbanding bahasa Korea.
Bukan saja mampu membawa cover lagu ini dengan baik, malah penghayatan Maryam juga patut dipuji. Jom tengok video ni…
Keyakinan Maryam untuk menyanyi terlahir apabila ramai yang memuji suaranya ketika membuat persembahan di beberapa tempat.
Mengakui masih mencari komposer yang sudi menghasilkan lagu buatnya, Maryam kini memilih untuk menyanyikan semula beberapa lagu popular kegemarannya dan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian jika berpeluang.
Untuk rekod, Maryam dan suami Rizal Ibrahim telah diijabkabulkan pada tanggal 15 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, yang diberi nama Rina Ryzal dilahirkan pada Oktober 2021.
Sumber: Instagram Maryamyunrrr
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/tahniah-dr-tini-ariffin-bekas-pengacara-3r-kini-genggam-phd-meski-struggle-hidap-kanser-payudara/