Kecantikan

Mereka Bertubuh Kurus Keding Untuk Tambah Berat Badan, Ini Jadual Pemakanan Murah Tapi Sihat.

Share

Jika selama ini ramai yang berkongsi cara untuk turunkan berat badan, tetapi kurang memberi tip bagaimana mahu menaikkan berat badan. Perkongsian di laman twitter ini memberi petua dan rutin pemakanan bagaimana mereka yang bertubuh kurus mahu mendapatkan berat badan ideal.

Dikongsi oleh pengguna laman sosial menggunakan nama akaun @syam131 memberitahu jadual pemakanan serta tip berguna yang boleh diikuti dan dijadikan panduan.

Jadual pemakanan berdasarkan pengalaman sebagai seorang pelajar.

Untuk sarapan pagi, ambil roti wholemeal bersama menega kacang atau telur separuh masak, oat dan juga minuman shake dari pisang.

Walaupun ada pelbagai pilihan tetapi tetap pilih roti bersama mentega kacang adalah yang terbaik.

Manakala untuk makan tengah hari ambil 2/3 mangkuk nasi, sumber protein, buah-buahan dan juga sayuran.

Lebihkan pengambilan nasi dan jika ambil ayam sebagai sumber protein pilih bahagian dada. Kurangkan pengambilan sayuran sebab boleh buat kenyang.

Untuk makan malam pula boleh ambil pemakanan seperti makan tengah hari atau boleh makan di kedai mamak dengan menu pilihan.

Bagi yang suka minum air manis, boleh kurangkan pengambilannya untuk mengelakkan menambahkan kalori.

Apa-apapun pengambilan sarapan pagi sangat penting memandangkan guna banyak tenaga.

Kalau anda seorang yang aktif bersukan, lebihkan pengambilan kalori. dan snack paling senang nak diambil adalah roti bersama mentega kacang.

Dan ini paling penting, paksa diri untuk makan sekurang-kurangnya pengambilan kalori yang mencukupi. Kalau tiada selera, ambil makanan yang boleh naikkan selera atau pengambilan vitamin.

Juga diingatkan jangan sesekali putus asa dan ambil jalan singkat walaupun pelbagai rintangan dihadapi.

Published by
SH