Sejak menjadi johan dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61, nama Nor Farhatul Fairuzah Panut sering menjadi tumpuan ramai sekaligus menjadi inspirasi buat remaja di negara ini.
Terbaharu, video yang dimuat naik oleh gadis berusia 20 tahun ini di laman instagramnya mencuri perhatian ramai apabila Ernie Zakri dan juga Wany Hasrita memintanya untuk mengajar mereka melakukan bacaan taranum. Jom kita saksikan!
Sedikit info mengenai Farhatul, dia merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin.
Dia mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia seawal tujuh tahun. Bukan hanya Farhatul, malah kesemua adik-beradiknya turut aktif menyertai pertandingan tilawah.
Pada pertandingan peringkat kebangsaan yang disertainya tahun lepas, Farhatul diangkat sebagai johan manakala kakaknya, Nor Faizah, menjadi naib johan.