Membuat keputusan untuk memakai hijab bukanlah satu keputusan yang mudah lebih-lebih lagi bila dikelilingi oleh rakan-rakan yang tidak bertudung. Nampak senang tetapi hanya tuan punya badan yang tahu betapa ia memerlukan lebih dari sekadar kekuatan.
Sekiranya anda sudah berhijab sejak kecil, perkara ini tidak menjadi masalah besar buat anda. Tetapi, bagi yang baru berhijab, mereka tentunya memerlukan sokongan orang-orang terdekat untuk kekal istiqomah.
Memahami keadaan ini, Hijabista kongsikan 6 tip berguna yang boleh anda amalkan agar kekal berhijab tanpa perlu terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
[su_highlight background=”#c7f13a”]1. Niat[/su_highlight]
Niat merupakan perkara yang paling utama dan penting dalam setiap perbuatan anda. Jangan berhijab hanya kerana terikut-ikut dengan trend semasa. Lakukannya kerana Allah kerana anda berhijab untuk menyenangkan Allah, bukan untuk menyenangkan hati manusia. Jadi, perbaiki niat anda.
[su_highlight background=”#c7f13a”]2. Mulakan Secara Perlahan[/su_highlight]
Manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Seorang manusia yang baik akan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Islam tidak memaksa anda untuk terus bertudung labuh tetapi anda boleh mulakan dengan memakai tudung dahulu. Jika anda tidak bersedia untuk memakai lengan panjang, cuba pakai lengan tiga suku. Berikan masa untuk diri anda sendiri. Yang penting, sentiasa ada penambahbaikan.
[su_highlight background=”#c7f13a”]3. Persediaan[/su_highlight]
Sekiranya anda sudah mula berhijab, anda bolehlah mula membeli-belah pakaian yang belandaskan niat sebagai seorang muslimah yang berhijab. Pakaian lama anda boleh disuai pada dengan pakaian yang longgar, labuh dan tidak singkat supaya menepati keperluan penampilan muslimah. Pakaian muslimah kini mudah didapati dan ada banyak pilihan. Tidak salah untuk berpakaian cantik dan bergaya kerana Allah sukakan kecantikan. Tetapi, pastikan anda berpakaian bukan untuk menunjuk-nunjuk.
[su_highlight background=”#c7f13a”]4. Biasakan Berhijab Di Tempat Yang Anda Selesa[/su_highlight]
Mungkin anda akan berasa malu dan segan untuk berhijab di hadapan orang yang anda kenali. Sebagai pilihan, anda boleh berhijab ke tempat yang tiada orang kenal anda. Ia akan buat anda lebih selesa. Teruskan berhijab walaupun ada yang menyindir dan bergurau tentang penghijrahan anda.
[su_highlight background=”#c7f13a”]5. Sentiasa Ingat Tujuan Berhijab[/su_highlight]
Iman ada turun naiknya. Anda perlu menjaganya dengan baik sehingga ke akhir hayat. Ramai orang gagal kerana melupakan tujuan asal. Oleh itu, sentiasa ingatkan diri anda tentang tujuan asal anda berhijab. Tambah ilmu tentang hal-hal agama, tidak hanya tertumpu pada hijab. Dengan ilmu, ibadah akan jadi sempurna.
Sumber: tazkirah.net
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI