Merancang perkahwinan selepas berakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan mudah, perlu ada perancangan yang teliti. Bukan sahaja urusan tetamu malah yang perlu dititikberatkan masalah bajet. Supaya tidak rabak kemudian hari!
Bagi pasangan yang mahu mengadakan majlis perkahwinan, adakah semua peraturan yang terpakai semasa PKP masih perlu diteruskan? Jika kesihatan yang disasarkan, jawapan yang pasti ya!
Beberapa perkara untuk dipertimbangkan khusus bagi mereka yang mahu meneruskan kenduri perkahwinan selepas musim PKP. Tahun 2020, jika anda merancang majlis perkahwinan, ia boleh disifatkan sebagai waktu kritikal. Justeru, 2022 adalah lebih baik jika anda meneruskan majlis anda. Mungkin beberapa panduan berguna ini dapat membantu anda merancang majlis dengan aman dan selamat.
Majlis perkahwinan dengan jumlah jemputan yang ramai seperti yang biasa diamalkan masyarakat kita tidak dapat dielakkan. Sebaiknya, dahulukan keluarga dan rakan terdekat sahaja. Ataupun rangka kedatangan berjadual.
Ambil nama semua tetamu yang hadir berserta nombor untuk dihubungi. Ini akan memudahkan jika berlaku perkara tidak diingini, seperti kewujudan kluster di majlis tersebut.
Elakkan hidangan makan secara bufet. Sebaiknya, hidangkan makanan di atas meja tetamu. Dengan cara ini, tetamu tidak perlu beratur dan bangun untuk ambil makanan.
Pengantin perlu berbelanja lebih untuk menyediakan kelengkapan penjagaan kebersihan seperti pencuci pembasmi tangan. Sebaiknya letakkan satu di setiap meja tetamu dan juga di pintu masuk.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak Buat Kenduri Kahwin ‘Mega’ Janganlah Sampai ‘Merompak Duit Hantaran’
Buat julung kalinya, dengan suasana endemik di Malaysia, Nightbloom Event mempersembahkan IJAB & QABUL WEDDING EXPO, ekspo pengantin (one stop wedding centre) yang mengumpulkan vendor terbaik di dalam industri perkahwinan, lama dan baru, dengan tujuan memudahkan persiapan bakal pengantin mencari pakej perkahwinan, penjimatan masa dan wang, dan memberikan pengalaman indah bakal pengantin menuju alam perkahwinan.
Expo berlangsung selama 3 hari dari 23 hingga 25 September di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam dari 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.
Ijab & Qabul memperkenalkan penyanyi Nuha Bahrin & Naufal Azrin, yang popular dengan lagu Casablanca, sebagai duta Ijab & Qabul Wedding Expo 2022. Pemilihan ini kerana fenomena lagu Casablanca seterusnya menjadi lagu paling kerap digunakan dikalangan pemain industri perkahwinan pada masa ini, telah memberikan inspirasi untuk meraikan dan merancakkan lagi industri perkahwinan yang telah lama sepi akibat dari pandemik Covid-19.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Tip Pilih Warna Baju Pengantin Ikut Warna Kulit Kalau Tak Nak Tenggelam Di Hari Bahagia Nanti
Aktiviti pentas yang pelbagai, forum, live band, bengkel perkahwinan, selebriti & influencer, persembahan kebudayaan adalah adalah antara beberapa perancangan yang telah diatur istimewa untuk memastikan kemeriahan sepanjang ekspo berlangsung.
Ijab & Qabul direka untuk memenuhi kehendak pengunjung dengan memuatkan lebih 80 tapak peniaga, dan kategori peniaga yang dipelbagaikan dari butik perkahwinan, katering dan kanopi, dewan dan tempat perkahwinan hingga ke agensi pelancongan, pusat kecantikan, takaful, barang kemas, kosmetik dan pelbagai lagi.
Sebagai tambahan bagi pengalaman yang unik ini, Ijab & Qabul memperkenalkan TAPAK Urban Street Dining; @tapak.ft Penyedia Trak Makanan berkonsepkan ‘Urban Street Dining’ yang pertama di Malaysia! sebagai penyedia makanan rasmi, mereka akan menyediakan 10 trak makanan di luar dewan dan pengunjung yang menjamu selera akan disajikan dengan persembahan busking sepanjang ekspo berlangsung.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.