Selalunya setiap kali bulan Ramadan, antara masalah yang kerap timbul ialah menyediakan menu untuk bersahur dan juga berbuka. Mulalah terfikir menu apakah yang sesuai disediakan terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga.
Maka tangan mulalah ‘scroll’ di telefon bimbit mencari-cari menu yang sesuai untuk dimasak. Sasaran utama ialah menu yang mudah dan cepat disediakan selain membuka selera.
Berikut dikongsikan menu sahur yang ringkas, Telur Pecah Sambal 3 Rasa. Bahan pun tidak banyak dan mudah dan cepat untuk disediakan. Makan dengan nasi panas tentunya boleh buat makan berselera.
Resipi Telur Pecah Sambal 3 Rasa
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih.
3 biji telur ayam.
3 sudu cili kering.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 sudu besar sos tomato.
1 cawan air.
*Sedikit daun bawang jika ada.
HIJABISTA: Menu ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan sajian untuk bersahur tetapi juga untuk berbuka. Walau bagaimanapun jika boleh, sambalnya usah terlalu pedas. Bimbang pula perut akan ‘meragam.’
Sumber kredit: Liza Idris
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Jelita Terpaksa Tutup Permohonan Lepas Lebih 2 Ribu Calon Mahu Jadi Bakal Suami
Baru-baru ini tular mengenai seorang individu yang ingin mencarikan jodoh buat teman baiknya di Twitter.
Menariknya, mana-mana jejaka yang berminat untuk berkenalan perlulah berkongsi maklumat diri di borang Google. Wah, dah macam minta kerja dah!
Assalamualaikum! My bestie is looking for someone yg serious (ready to settle down). If Allah izinkan, by this year. But if next year pun okay (that’s what she said). If berminat boleh isi form ni https://t.co/LePcW3at19 . Please,no DM. Thank you @TwtJodohMY ! pic.twitter.com/ubJdbXTPUU
— Faye (@fyruzzasyahira) May 22, 2022
Tanpa disangka, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan iaitu mencecah dua ribu permohonan sehingga si empunya badan, Syafiqah Ghazali terpaksa menutup borang permohanan tersebut.
Menurutnya, dia mengakui ciapan rakannya di Twitter itu adalah benar dan dia akan mengambil masa bagi melihat dengan teliti satu per satu borang yang telah diisi oleh calon-calon yang berkenaan. Bukan senang tau!
“Tak sangka sampai macam ni. Mungkin sampai dua ribu permohonan dan mungkin akan ambil masa lebih dua minggu untuk melihat satu per satu. Hari biasa memang sibuk dengan kerja. Harap anda semua faham.”
Ujar Syafiqah, dia turut memohon maaf kerana terpaksa menutup permohonan disebabkan terlalu banyak permohonan yang diterima. Dia juga meminta maaf kerana tidak dapat memberi respons kepada semua yang cuba menghubunginya dan berharap agar masing-masing dapat bertemu jodoh yang terbaik dari Allah.
“Berikan saya sedikit ruang dan terima kasih buat semua yang mendoakan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.”
Moga saudari Syafiqah bertemu dengan jodoh yang terbaik buat dirinya. Buat yang masih sendiri, jangan mengalah. Teruskan usaha anda untuk mencari pasangan yang diharapkan. InsyaAllah, niat yang baik pasti akan dipermudahkan.
sumber: twitter @fyruzzasyahira, instagram @syafiqahghazali_
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lantang Membela Nasib Palestin, Bella Hadid Dakwa Postingnya Ditapis Instagram
Gara-gara lantang bersuara mengenai serangan rejim zionis terhadap Palestin, supermodel terkenal, Bella Hadid mendakwa laman Instagram telah menyekat segala hantarannya mengenai isu Israel dan Palestin di laman tersebut.
Akibat sekatan dan tapisan yang dilakukan Instagram, jumlah tontonan Instastory di akaunnya telah jatuh mendadak dan berkurang hingga sejuta tontonan.
“Instagram hanya tidak membenarkan saya membuat hantaran mengenai Palestin. Bila saya memuat naik saja, pastinya hantaran tersebut ditapis (shadow banning) dan jumlah tontonannya kurang sejuta daripada hantaran kebiasaannya.
Walaupun Chief Executive Officer (CEO) Instagram, Adam Mosseri pernah menafikan mengenai isu shadow banning ini dua tahun lalu, namun nampaknya ramai yang merasakan mereka juga menjadi mangsa masalah ini termasuklah Imam Omar Sulaiman.
Beliau menyatakan hantarannya di Instagram juga disekat hanya sewaktu beliau memuat naik mengenai isu Palestin.
“Ini adalah masa yang sangat aktif buat umat Islam berkongsi kandungan mengenai Ramadan.
“Bangun pagi ini dan saya lihat akaun Instagram saya tidak berfungsi. Ini semua gara-gara video serangan di Al-Aqsa yang saya telah muat naik. Sungguh saya tidak percaya.
“Ini bukanlah kali pertama isu ini terjadi. Tahun lalu, Instagram menyekat pengguna dan kandungan apabila memuat naik berkaitan pembunuhan rakyat Palestin di Sheikh Jarrah,” jelasnya di laman Twitter.
Berikutan itu, ramai pengguna yang turut meluahkan rasa berkaitan isu shadow banning ini. Rata-rata mengatakan mereka juga mengalami nasib yang sama apabila memuat naik isu sokongan terhadap Palestin di laman Instagram.
“Orang biasa seperti saya pun turut terkena tempiasnya. Bila saya memuat naik mengenai Palestin, pastinya jumlah tontonannya sedikit tidak seperti kebiasaan.
“Saya tak tahulah ia satu kebetulan ataupun tidak, namun perkara itu sering kali terjadi,” kongsi @aisyahtsabitah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perjalanan 11 Tahun Perkahwinan Ashraf Sinclair Dan BCL Hingga Maut Memisahkan
Minggu lalu kita baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian Abam Bocey. Hari ini dikejutkan pula dengan ‘kepulangan’ Ashraf Sinclair, 40 ke negara abadi. Aktor yang di lahirkan di London dan dibesarkan di Malaysia ini meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia. Selain berlakon, Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohd Sinclair merupakan seorang peragawan dan pengacara rancangan televisyen.
Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.
“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.
Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.00 pagi tadi. Ashraf lahirkan pada 18 September 1979. Adik kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.
Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Citra Lestari (BCL) pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta. Pasangan ini dikurniakan seorang anak yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
MENGIMBAS DETIK PERKENALAN
Mengimbas detik pertemuan antara Ashraf dan BCL, mereka bertemu dalam satu program di Malaysia. Yang paling diingati dari pertemuan itu, Ashraf salah tersebut nama BCL. Ashraf telah memanggil BCL dengan menyebut Bunga Cinta Lestari.
Pertemuan pertama BCL dan Ashraf terjadi di Kuala Lumpur, Malaysia, pada April 2007. Ashraf tidak tahu siapa itu BCL. Dalam talk show itu, sepatutnya rakan Ashraf yang mewawancara BCL. Akan tetapi dek kerana rakan Ashraf ada urusan yang tidak dapat dielakkan maka produser menggantikannya dengan Ashraf. Itu pun Ashraf terlewat sejam.
TERSALAH SEBUT NAMA
Ashraf tidak kenal BCL. Prosuder hanya memberi petunjuk, BCL adalah penyanyi merangkap model dari Indonesia. Ketika wawancara berlangsung, Ashraf tersalah sebut nama BCL. Sepatutnya Bunga Citra Lestari tetapi disebut Bunga Cinta Lestari.
Namun daripada pertemuan itu, Ashraf mengakui bahawa auranya kuat sehingga dia meninggalkan catatan istimewa buat BCL.
Catatan itu bunyinya begini, “First impression, kamu memiliki pesona. Itu yang saya lihat.”
Sejak itu mereka menjalinkan hubungan cinta jarak jauh selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk membina mahligai cinta. Ternyata cinta suci Ashraf kekal hingga ke akhir hayatnya.
Al-Fatihah….
Sumber kredit: Harian Metro dan tabloidbintang.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI