Seorang selebriti pasti menjaga penampilan, bukan sahaja wajah malah bentuk tubuh badan. Tentu anda pernah terfikir bagaimana seorang selebriti mengekalkan berat badan mereka. Begitu juga pelakon, Atikah Suhaime yang memiliki susuk tubuh idaman para gadis.
Difahamkan sudah tiga bulan Atikah Suhaime mengamalkan menu diet ini. Tips diet yang turut dikongsikan buat tatapan umum ini ternyata berjaya curi tumpuan warga maya. Ramai peminat tidak terlepas daripada mengikuti rutin diet yang dilakukannya.
@atikahsuhaimeeee Recipe diet baru “Singgang Matsalleh”. Selamat mencuba 😅❤️ #fypシ゚viral #tiktokmalaysia🇲🇾 #singaporetrending ♬ original sound – TikaMe
Atikah Suhaime yang mempunyai cara tersendiri dalam rutin diet dalam video dikongsikannya sering dinanti-nantikan. Ternyata pelakon ini turut tidak lokek sama sekali merahsiakan bagaimana dia mengekalkan dan menurunkan berat badan.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak Pinggang Ramping & Kulit Wajah Cantik? Ikuti 8 Menu Diet Gerenti Jadi Ini!
‘Singgang Matsalleh’ jadi tumpuan
Pada usia 19 tahun, Atikah Suhaime memulakan kerjaya televisyen pada 2010 di negara kelahirannya, Singapura , pelakon yang berusia 31 tahun ini tahu untuk membahagikan masa dengan rutin pemakanan sihat mahupun senaman kecergasan badan. Penting untuk mengimbangi kedua-duanya.
Dia juga akui melakukan senaman namun dia lebih mengamalkan pemakanan yang sihat. Meskipun menu dietnya lebih menggunakan sayur namun tetap kenyang. Malah ada warga maya yang mengikuti menu dietnya juga akui dapat menurunkan berat badan.
‘Singgang Matsalleh’, menu terbaharu yang dikongsikannya sekali lagi mencuri tumpuan warga maya. Menariknya video menu terbaharu ini, sehingga saat akhir video turut disertakan cara penyediaannya itu menerima ribuan tanda suka ramai.
Menu Atikah Suhaime mengenyangkan
Atikah Suhaime bagaimanapun menerima pujian ramai di hantaran video terbaharunya itu. Menjengah ke ruangan komen, ramai akui mengikuti menu disediakan oleh pelakon jelita ini terbukti mengenyangkan mereka. Malah atres ini seperti tidak kelihatan umur sebenar.. macam 18 tahun ghitew!
ARTIKEL BERKAITAN: Terliurnya Lihat Menu Diet Yang Diamalkan Wanita Ini. Langsing Pun Langsing!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/SygL7ytmW6A
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perbaiki Solat & Belajar Mengaji Antara Persiapan Diri Eyra Hazali Sebelum Ambil Keputusan Berhijab
Hidayah Allah itu datang tanpa diduga dan tidak mengenal sesiapa. Jika Dia telah perkenan untuk memberi hidayahNya, tidak mustahil sesiapa sahaja berhak menerima. Bagi selebriti Eyra Hazali, 22 tahun, keputusannya untuk berhijab memang cukup drastik. Sebaik usai solat Subuh, pelakon drama Mr Grey ini terus sahaja ambil keputusan untuk berhijab.
Namun sebenarnya niat untuk berhijab itu sebenarnya sudah lama, cuma dipendamkan sahaja keinginan. Ini kerana dia tidak begitu yakin dengan diri sendiri apabila berhijab nanti.
Walaupun tahu memang wajib bagi setiap wanita itu menutup aurat, tetapi Eyra telah membuat persiapan selama setahun sebelum benar-benar ikhlas untuk berhijab.
Perbaiki Solat & Belajar Mengaji
“Niatnya memang dah lama untuk berhijab tetapi iman kita ini turun naik. Masa itu banyak fikir pasal duniawi. Saya ambil masa setahun buat persiapan sebelum ambil keputusan berhijab. Dalam masa setahun itu saya perbaiki solat, belajar mengaji dan pastikan dir betul-betul bersedia barulah terus berhijab.
“Hidayah itu betul-betul datang pada Eyra pada tahun lalu bila Eyra tengah shooting drama Mr Grey. Sebelum itu bertangguh dan lama-lama dibiarkan rasa bersalah pula menguasai diri. Waktu itu baru Eyra rasa itu adalah petanda untuk Eyra ‘move’ kepada satu fasa yang lebih baik,” ungkap Eyra memulakan perbualan tengah hari itu.
Menurut Eyra sebaik mengambil keputusan untuk berhijab itu, dia amat beruntung kerana keluarga turut memberi sokongan penuh.
“Pada mulanya mereka memang macam susah nak terima, tetapi lama kelamaan bila lihat Eyra serius berhijab, barulah mereka yakin dengan keputusan yang diambil. Dalam hal ini abang Eyra paling gembira. Keluarga bukan tak suka tetapi mereka tahu Eyra macam mana.
“Ditambah dengan trend kini di mana ada artis yang buka hijab dan pakai hijab semula. Mereka takut Eyra jadi macam tu. Tapi lama kelamaan bila mereka lihat Eyra serius berhijab, barulah mereka rasa yakin dengan keputusan yang Eyra ambil,” tambahnya yang tidak kisah apa orang kata mengenai dirinya.
“Eyra tahu kalau ada selebriti berhijab pasti kita akan dengar caka-cakap netizen yang akan kata nanti akan kelua produk tudung baru, telekung atau apa-apa sahaja produk yang berkaitan soal membabitkan agama.
“Tapi bagi Eyra kalau orang lain cerita buruk pasal Eyra memang Eyra tak akan ambil tahu. Mereka tak tahu apa Eyra lalui dan Eyra juga tak tahu apa yang mereka lalui. Apa yang penting keputusan berhijab itu memang dari hati sendiri,” ceritanya yang tidak pernah terfikir untuk malas berhijab.
Tak Pernah Rasa Malas Berhijab
“Alhamdulillah rasa malas itu tidak ada, tapi kalau malas bersyampu rambut itu memang ada. Ini kerana hari-hari Eyra berhijab sampai ada satu hari Eyra cakap dah lama tak tengok diri sendiri tak pakai tudung. Biasanya lepas balik ke rumah, terus cuci muka kemudian masuk tidur.
“Bagi Eyra untuk yang pertama kali berhijab memang rasa susah sedikit. Seperti yang Eyra cakap, Eyra ambil masa setahun untuk persiapkan diri berhijab. Eyra pastikan diri Eyra ada persediaan secukupnya (bab jaga solat dan mengaji) sebelum ambil keputusan untuk berhijab.
“Cuma keputusan itu agak drastik. Kalau orang lain tunggu minggu depan, tetapi Eyra lepas solat Subuh terus sahaja nak pakai tudung,” jelas Eyra yang memberitahu caranya untuk kekal istiqamah adalah percaya pada diri sendiri, percaya pada Allah dan insya-Allah hidayah itu akan terus kekal dalam diri.
Sebagai insan yang baru berhijab, Eura juga turut menjadikan Mizz Nina, Heliza Helmi dan Aisyah Hijanah sebagai ikon. Menurutnya kerana pendekatan cara dakwah mereka apa berbeza. Sangat cool, tidak memaksa dan sentiasa memberi motivasi yang baik dan berguna kepada follower mereka di laman sosial.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Biarkan PMS Ganggu Mod Anda, 15 Makanan Ini Boleh Meredakan.
Isi Kandungan
ToggleOrgan wanita yang mengalami menstruasi itu tandanya telah berfungsi dengan matang. Menstruasi sendiri merupakan proses keluarnya darah dari area kewanitaan yang secara alami terjadi kerana kitaran bulanan pada tubuh wanita.
Biasanya, menjelang menstruasi, akan terjadi gejala-gejala yang tidak menyenangkan malahan menganggu aktiviti harian anda. Misalnya seperti kram perut, lenguh, mod bertukar dan sebagainya. Adakah anda sering mengalaminya?
Ya, gejala-gejala tersebut disebut Pre-Menstrual Syndrome (PMS). PMS ini boleh beri gangguan fizik mahupun emosi yang terjadi selama beberapa hari sebelum menstruasi. Berlaku sekitar 5 hingga 11 hari sebelum haid dan akan hilang setelah haid bermula. Namun,
Adakah semua wanita mengalami PMS yang sama. Ada yang hanya mengalami gejala ringan dan ada pula yang mengalami gejala berat hingga mengganggu tugasan harian.
Gejala-gejala PMS
Gejala-gejala PMS sebagai tanda-tanda anda datang haid. Sekiranya anda pertama kali dating haid perhatikan gejala-gejala seperti berikut:
1. Kram perut
Kram perut biasanya seringkali buat anda tidak selesa, ini disebut juga dengan dysmenorrhea primer. Kram terasa dibahagian-bahagian tubuh tertentu seperti punggung dan pangkal peha bahagian bawah. Kram terjadi kerana menstruasi, rahim akan melakukan kontraksi untuk melepaskan lapisan dalam rahim (endometrium) ketika tidak terjadi kehamilan.
2. Jerawat timbul
Bukan semua orang ada simptom ini dan adakalanya jerawat rawan kemerahan muncul.Ketika haid, hormon estrogen dan progesteron akan menurun dan hormon androgen akan meningkat. Peningkatan hormon androgen ini menyebabkan produksi minyak di kulit lebih banyak, yang mendorong jerawat.
3. Payudara terasa lembut atau membesar
Sebelum datang bulan, hormon estrogen memang meningkat dan merangsang pertumbuhan saluran susu di payudara. Tidak hairan terkadang payudara terasa bengkak. Gejala ini juga terkadang disertai rasa sengal di bahagian payudara.
4. Sakit kepala
Sakit kepala ini disebabkan oleh kadar hormon yang turun naik. Saat kitaran menstruasi, hormon serotonin boleh meningkat, sehingga mendorong terjadinya sakit kepala.
5. Sengal otot sendi di beberapa bahagian tubuh
Biasanya, gejala PMS juga menyebabkan sakit pada beberapa bahagian tubuh. Salah satunya adalah di bahagian bawah punggung. Ini kerana terjadinya kontraksi uterus ketika menjelang menstruasi.
6. Kenaikan berat badan
Gejala ini bukan semua wanita mengalaminya. Namun ada juga yang mengalaminya ketika menjelang datang bulan kerana nafsu makan meningkat sehingga membenarkan berat badan naik. Perkara ini kerana sistem hormon dalam tubuh memang turun naik.
7. Perubahan mod
“Marah-marah datang bulan la tu”, lelaki selalu mengakui ini dan menjadikan gejala ini septikal pada wanita. Mod bertukar ini disebabkan oleh kadar hormon estrogen dan progesteron yang turun naik. Hormon estrogen boleh menurunkan rasa bahagia, meningkatkan rasa cemas dan sebagainya. Sementara progesteron pula memberi kesan menenangkan.
8. Mudah penat
Perubahan hormon menjelang menstruasi boleh membuat tubuh mudah penat ketika menjalankan aktiviti. Ini kerana hormon yang turun naik sehingga berpengaruh pada sistem-sistem kerja tubuh. Itulah kenapa saat menstruasi, disarankan rehat yang secukupnya.
Sekiranya terjadi gejala-gejala di atas, bertemu dengan doctor. Sekiranya PMS masih menggangu untuk menjalankan segala aktiviti, anda boleh meringankan gejala-gejala tersebut dengan makanan mahupun minuman meredakan PMS. Pengambilan gizi tubuh memang sangat berpengaruh dalam meringankan gejala menstruasi.
Makanan dan minuman meredakan PMS
1. Air putih
Air putih menjadi minuman pereda PMS yang wajib dan mencukupi. Untuk hindarkan dari dehidrasi yang menyebabkan sakit kepala mahupun kram perut. Secara umumnya setiap hari cukup 8 gelas. Namun perlu disesuaikan mengikut keadaan badan.Tanda anda cukup minum air secukupnya, air kencing anda jernih dan sebaliknya sekiranya tidak mencukupi.
2. Yoghurt
Yoghurt salah satu bahan makanan yang tinggi kandungan kalsium. Menurut penelitian, kalsium sangat bermanfaat dalam mengurangkan terjadinya PMS. Selain itu, mengambil kalsium yang cukup juga boleh kurangkan gejala depresif dan kecemasan saat PMS. Anda juga boleh memakan bahan makanan sumber kalsium lainnya seperti susu dan keju.
3. Buah-buahan
Buah-buahan sangat disarankan yang banyak kandungan airnya seperti tembikai, boleh menjadi makanan pereda PMS. Buah-buahan tersebut boleh membantu mencukupkan keperluan cairan anda. Buah juga pastinya memiliki banyak vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk tubuh.
4. Ikan salmon
Makanan pereda PMS selanjutnya adalah ikan salmon yang kaya dengan kandungan asid lemak omega-3. Asid lemak omega-3 sangat bermanfaat dalam menambah kesihatan otak dan memperbaiki mood apabila PMS. Kemudian ada juga kandungan vitamin B yang membantu anda supaya tidak mudah merasa keletihan. Selain itu, ikan salmon juga terkandung vitamin D yang boleh mengatasi perubahan mod dan mengurangkan stres. Selain salmon, ikan-ikana lain yang memiliki kandungan omega-3 juga boleh anda makan. Contohnya ikan sardin, tuna, dan sebagainya.
5. Halia
Ternyata rempah ini berjaya meringankan gejala PMS seperti sengal otot atau di bahagian pangkal peha. Kamu boleh mengolahnya menjadi minuman pereda PMS dengan dicampurkan dalam minuman teh atau direbus atau direbus menjadi air.
Kandungan dalam halia ini adalah zat antiinflamasi yang boleh meredakan sengal otot. Disarankan sehari cukup makan 4 gram halia sahaja. Sekiranya berlebihan kemungkinan berisiko perut anda akan memulas-mulas.
6. Coklat gelap (dark chocolate)
Ternyata coklat juga menjadi makanan pereda PMS yang boleh anda makan. Namun, pilih jenis dark chocolate ya, bukan coklat dengan komposisi gula yang terlalu banyak. Coklat gelap kaya dengan kandungan zat besi dan magnesium.
Zat besi bermanfaat untuk mencegah anemia ketika haid. Sementara magnesium manfaatnya adalah meringankan gejala PMS. Penelitian menunjukkan kalau individu yang kekurangan magnesium, mengalami gejala PMS yang parah. Cubalah!
7. Kekacang
Kacang memiliki kandungan asid lemak omega-3 yang sangat berpengaruh untuk meredakan gejala-gejala PMS dan melancarkan haid. Salah satu jenis kacang-kacangan yang boleh anda makan adalah kacang gajus yang memiliki kandungan magnesium dan vitamin B6. Selain itu ada juga kandungan magnesium boleh mengurangkan gejala seperti susah tidur, payudara sensitif, dan sebagainya. Jenis kacang lain seperti almond, kacang brazil dan kacang pinus.
8. Sayuran hijau
Sayuran hijau memiliki kandungan zat besi, magnesium, dan juga vitamin. Misalnya bayam dan brokoli. Makan bayam dan brokoli boleh meringankan gejala seperti sengal otot, kram perut, dan mencegah keinginan untuk makan berlebihan. Siklus menstruasi anda juga boleh teratur apabila memakan sayuran hijau sebagai menu makan harian.
9. Pisang
Pisang memiliki kandungan kalium dan vitamin B6 yang boleh meringankan gejala sengal otot saat PMS. Gejala kram perut yang mengganggu aktiviti juga akan lebih reda. Selain itu, pisang juga boleh anda makan untuk mempertahankan rasa kenyang supaya tidak banyak makan makanan ringan saat menstruasi. Sehingga, berat badan akan lebih mudah diuruskan. Pisang juga memiliki kandungan triptofan yang mampu meningkatkan serotonin otak. Fungsinya adalah memperbaiki suasana hati dan mengurangi kecemasan.
10. Kunyit
Kurkumin yang boleh meringankan PMS. Kurkumin ini menyebabkan rasa sakit seperti pada perut, punggung bahagian bawah, pinggul dan sebagainya. Bahkan kurkumin ini juga boleh mengatur zat kimia dalam otak sehingga anda mudah mengalami perubahan mod. Anda boleh makan rempah ini sebagai jamu atau campuran dalam masakan. Yang pasti, kunyit ini bermanfaat untuk wanita, karena jugaboleh melancarkan haid.
11. Quinoa
T tinggi protein, zat besi, dan magnesium, pastinya sangat bermanfaat untuk meringankan gejala-gejala PMS dan mencegah anemia mahupun kepenatan ketika haid. Selain itu, quinoa ini cenderung rendah indeks glikemik. Memakannya boleh mengendalikan rasa lapar anda agar pola makan saat PMS lebih terkawal.
12. Teh
Teh sangat bermanfaat dalam mencegah terjadinya kram perut ketika PMS. Selain itu, minuman ini pun boleh memperbaiki suasana hati dan membuat perasaan lebih tenang.
Berbagai jenis teh yang boleh anda minum antaranya teh hijau, teh chamomile, mahupun teh peppermint. Namun kalau memang ingin meminum teh, secukupnya ya kerana teh selalu dikaitkan dengan kembung perut.
13. Nenas
Nenas sangat bermanfaat dalam meringankan gejala sengal otot atau kram perut. Soalnya, ada kandungan enzim bromelia di dalam buah ini yang membantu mengatasi ketegangan otot. Saat menstruasi, otot di dinding rahim pastinya akan berkontraksi. Kamu boleh makan nenas baik secara langsung atau dibuat jus untuk meredakan sengal otot.
14. Avokado
Avokado mengandung vitamin B6 yang mampu meredakan sakit haid dan perubahan mod. Buah ini juga bermanfaat dalam menjaga keseimbangan hormon,kandungan vitamin E yang bermanfaat mencegah kram perut. Selain bermanfaat, rasa buah ini pastinya juga lazat dan mengandung lemak baik untuk tubuh.
15. Tahu dan tempe
Manfaatnya makanan ini boleh meringankan pelbagai gejala PMS seperti Kedua bahan makanan ini juga mampu mengurangkan rasa cemas dan depresi. Kemudian kandungan zat besinya boleh mencegah terjadinya anemia saat menstruasi dan melancarkan sirkulasi darah sehingga tidak mudah pening atau keletihan.
Makanan yang perlu dihindari ketika mengalami PMS
Selain makan makanan yang meredakan, anda juga digalakkan mengelakkan makanan-makanan ini agar gejala-gejala PMS tidak bertambah rumit.
Kandungan garam yang berlebihan
Salah satu makanan yang perlu dihindari ketika PMS adalah makanan dengan kandungan garam tinggi. Contohnya snack, makanan yang diproses dan sebagainya. Garam yang terlalu banyak boleh menyebabkan rasa kembung yang tidak selesa.
Kandungan gula terlalu banyak
Selain makanan banyak garam, makanan atau minuman yang tinggi gula juga boleh memparahkan gejala PMS. Soalnya terlalu banyak pengambilan gula boleh mendorong anda ‘moody’. Selain itu, makanan atau minuman tinggi gula akan cenderung tinggi kalori yang mendorong kenaikan berat badan. Contoh makanan atau minuman yang tinggi gula adalah cake, ais krim, minuman ringan dan sebagainya.
Kopi atau minuman berkafein
Minuman berkafein seperti kopi juga sebaiknya kamu hindari kalau ingin meredakan PMS. Kafein bersifat diuretik yang boleh buat tubuh anda kekurangan
Makanan pedas
Kalau anda peminat tegar makanan pedas, berhenti dahulu Ketika alami PMS. ini kerana makanan pedas boleh mendorong sakit perut dan diare. Pastinya tidak selesa saat mengalami gejala sakit atau kram perut, ditambah dengan makan pedas?
Jangan biarkan PMS menggangu aktiviti harian anda, pengambilan makanan sihat baik juga menjamin gaya hidup yang sihat. Lakukan senaman ringan supaya otot bergerak lebih baik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini Tawar 100 Koleksi Busana Syawal Mampu Milik!
Para peminat jenama terkemuka negara, hasil air tangan pereka duo Rizman Ruzaini pastinya tidak sabar dan teruja dengan pelancaran koleksi busana RR Raya 2023.
Menariknya pada tahun ini, sebanyak 100 koleksi busana akan diketengahkan khas buat peminat tegar jenama mereka dengan menawarkan harga yang mampu milik dari harga marhaen kepada harga kayangan!
Tema ‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ Diangkat Sebagai Simbolik Pelancaran!
Hijabista difahamkan bahawa pelancaran ini adalah selari dengan tema yang dibawa jenama itu bagi tahun 2023 iaitu ‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’, sekaligus bertujuan memberi variasi dan kepelbagaian rekaan bagi meraikan setiap pemakainya pada Aidilfitri kelak.
“Di Rizman Ruzaini kami mewujudkan dua ‘segmentation’ yang melibatkan jenama Rizman Ruzaini iaitu untuk golongan yang memilih harga yang lebih mewah, manakala RR pula untuk mereka yang mahu membeli jenama ini tanpa perlu memikirkan soal harga.
“Tetapi untuk tahun ini kempen kami tertumpu kepada semua golongan melalui satu slogan Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini. Dari serendah-rendah harga yang kami letakkan, saya yakin semua pelanggan di luar sana yang teringin menyarungkan rekaan eksklusif Rizman Ruzaini mampu untuk berbuat demikian untuk kali ini,” ujarnya.
Artikel berkaitan: Koleksi ‘RR Bridal 2023’ Sentuhan ‘Junior Designer’ Rizman Ruzaini, Tawar Harga Mampu Milik Buat Bakal Pengantin!
Rizman dan Ruzaini memaklumkan demikian ketika ditemui Hijabista pada malam pelancaran ‘RR Fall Winter 2023 Collection & Raya Collection’ yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Tambah Rizman lagi, rangkaian harga bagi busana yang ditawarkan bermula serendah RM149 hingga mencecah ribuan ringgit.
Jelas Rizman, selepas hampir 20 tahun berada dalam bidang ini fokusnya kini hanya satu iaitu untuk memastikan setiap golongan di negara ini berpeluang untuk menggayakan jenama kebanggaanya ini.
Rizman turut mendedahkan bahawa untuk merealisasikan majlis pelancaran mega yang gilang gemilang ini, mereka telah membelanjakan sehingga RM1 juta hanya untuk melancarkan kempen koleksi RR Raya pada tahun ini.
“Memang benar untuk perlancaran kali ini juga peruntukkannya adalah RM1 juta. Ia bukan soal duit sebenarnya tetapi ia tentang bagaimana selepas hampir 20 tahun mencabar diri, apa yang ingin kami tonjolkan adalah kematangan jenama ini,” tambahnya.
Sementara itu, apa yang mencuri tumpuan pada majlis perlancaran ini juga adalah kehadiran puluhan selebriti yang turut meraikan koleksi terbaharu ini.
Tampil memukau dengan rekaan Rizman Ruzaini antaranya Marion Caunter, Kavita Sidhu, Daiyan Trisha dan ramai lagi yang bersetuju bahawa jenama Rizman Ruzaini bukan sahaja disayangi peminatnya tetapi merupakan sahabat karib kepada golongan artis-artis ternama di Malaysia.
Malah, istimewanya pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 & Raya 2023 kali ini turut mendapat sokongan rakan strategik Rizman Ruzaini daripada Usanita.
Artikel berkaitan: Persis ‘Wanita Arab’, Kejelitaan Izara Dalam Busana Patuh Syariah Rizman Ruzaini Mempersonakan!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI