Perancangan amat penting supaya kita berada di landasan yang betul. Jika anda masih belum membuat perancangan sempena kedatangan tahun 2021, ada baiknya anda mula berbuat demikian.
Mulakan seawal mungkin bagi memastikan ia dapat berlangsung secara konsisten. Apabila ia dimulakan lebih awal, secara automatik anda akan rasa lebih bersemangat dan disiplin untuk mengikuti ‘trek’ yang telah dirancang.
Berikut perkongsian Azizul Azli Ahmad
MENJELANG TAHUN BARU 2021
1. Jika belum buat 10% simpanan gaji kita, mulakan segera. Duit tetap akan habis juga. Segerakan sediakan dana kecemasan buat keluarga
2. Rancang untuk ada rumah pertama tahun 2021. Baca disini saya beri banyak panduan percuma saja.
3. Jika ada rancangan nak kahwin, bincang dengan pasangan apa yang boleh kongsi bersama.
4. Jika hidup kita masih banyak hutang, cari jalan keluar dengan bantuan pakar atau baca buku sahaja.
5. Jika belum pandai menabung, buatlah #Tabung Bewarna dulu sebagai permulaan.
6. Jika terbeli kereta mahal dan bebankan hidup kita, jualkan sahaja. Biar rugi sekarang dari rugi selamanya.
7. Jika susah sangat menyimpan, buat arahan tetap potongan gaji terus dalam ASB atau Tabung Haji.
8. Jika tak suka ASB dan Tabung Haji, belajar simpan emas dengan betul dan baik. Kita pasti teruja punya.
9. Jika jodoh belum ada, belilah bantal IKEA dan peluklah sampai rasa bahagia.
10. Jika kawan semua boros, carilah kawan baru yang bijak belanja dan suka mengembara.
11. Jika suka seseorang, sudah masanya luahkan rasa agar masing-masing boleh terbang. Jangan biarkan kita hidup dengan si Corona sahaja.
12. Cari dan belilah sebuah buku yang baik untuk dibaca. Moga ia ubah minda karat kita ini. Bawa ia kemana mana. Ulangi baca.
Lakukan PERANCANGAN dan bina TARGET kita menjelang tahun baru.
Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad Top image: Photo by Polina Kovaleva from Pexels