Meninggal 12 Tahun, Tapi JENAZAH Ibu Masih Elok, Tak BERBAU, Kain Kapan Tak KOYAK, Bantal & Tali Tak REPUT. Ini SEBABNYA!

Share

Baru-baru ini viral di page Saya Orang Johor satu posting yang dikongsi oleh seorang wanita melalui laman sosial facebook. Status dikongsi oleh Amina Jasmine  yang memberitahu bagaimana proses pemindahan semula kubur arwahnya ibunya yang sudah 12 tahun meninggal dunia kerana satu projek pembangunan di situ. Perkongsiannya begitu menyentuh hati dan layak dijadikan iktibar untuk semua insan yang masih hidup

Sungguh menakjubkan walaupun emaknya sudah meninggal 12 tahun lalu namun jenazah ibunya masih elok. Masih dalam keadaan kain kafan yang tidak koyak. Bantal dan tali yang masih ada dan susuk badan emaknya juga gelas di pandangan mata dia dan adik beradiknya.

Jenazah ibunya yang masih elok.

Menurutnya jenazah emaknya cukup sifat dan tidak berbau. Sesungguhnya itu adalah kuasa Allah Yang Maha Suci dan dia mengucap syukur atas kejadian yang berlaku itu.

Menurut Amina Jasmine, arwah ibunya seorang wanita yang lembut, tidak suka mengata orang lain, tidak suka mencerca dan arwah juga begitu mudah mengalirkan air mata. Hatinya umpama tisu yang mudah terkoyak. Malah setiap cercaan orang arwah maknya akan balas dengan senyuman dan air mata. Malah dengan suaminya juga mak begitu bersabar orangnya.

Apa yang membuatkannya tidak sangka, dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip itu, akhirnya arwah ibunya dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah mereka.

Maha suci Allah…jodoh mak dan ayah…dapat mak dikebumikan di sebelah kubur ayah…4 tahun lalu ayah dikebumikan disini…hingga hari ini tanah perkuburan bukit alif semakin padat dan bakal penuh dlm masa setahun dua ini….tp maha suci Allah…ruang sebelah kubur ayah tetap kosong …seperti mmg tanah itu menanti utk mak disemadikan disitu..perancangan Allah tiada siapa yg dpt menduga.maha hebat..Allahuakhbar

Ternyata peristiwa itu walaupun sudah 12 tahun berlalu, namun Allah seperti memberi tahu sesuatu padanya. Memberitahu dirinya tentang hidup

, hati dan juga soal keinsafan.

Pemindahan kubur arwah ibunya adalah disebabkan tanah perkuburan berkenaan telah diambil bagi projek pembangunan dan semua jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan mengikut kehendak waris.

Tali kain kafan mak setelah 12 tahun..masih elok xreput..berada disisi mayat.

Niatnya cukup baik sekadar untuk berkongsi dan supaya dijadikan iktibar dan ingatan kepada kita insan yang masih hidup untu berusaha membaiki hati dan amal. Bukanlah untuk tujuan riak atau ada maksud lain.

Proses pengebumian semula di Tanah Perkuburan Bukit Alip.

Namun ada juga insan lain yang membuat tuduhan atas perkongsiannya itu. Dan sekali lagi Amina Jasmine memuat turut posting

yang memberitahu maksud sebenar perkongsiannya itu.

Dia memberitahu post itu sekadar ingatan untuk menanti hari itu yang pasti akan tiba. Dan kejadian pemindahan kubur ibunya itu adalah asbab kepada dirinya serta keluarga untuk dijadikan sebagai satu ingatan.

Anak2 tak pernah jumpa tok mak nya…sengaja sy bg mereka tgk…buat pertama dan terakhir tok mak mereka

Sebak admin baca perkongsian luahan hatinya. Biasalah manusia ini rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Admin doakan semoga arwah ibu Amina tenang di sana dan balasan baik menanti arwah di akhirat kelak.

Subhanallah.

 

Published by
Siti Zurina