Restoran stik pertama Malaysia yang diiktiraf halal, NY Steak Shack telah meraih RM11,300 melalui kempen amal mereka iaitu Share The Love, sebuah kempen yang diadakan bagi membantu komuniti setempat.
Dana tersebut telah disalurkan kepada Masjid Tun Abdul Aziz bagi usaha membaiki serta membaik pulih infrastruktur masjid tersebut. Pada sambutan Aidilfitri di masjid itu, Muhammad Adam Mah yang mewakili NY Steak Shack telah menyerahkan cek sumbangan kepada pihak jawatankuasa masjid pada 22 Jun yang lalu.
Jelas beliau, mereka sangat terharu dengan sokongan dan keikhlasan yang diterima daripada pelanggan mereka sewaktu kempen tersebut dilaksanakan.
“Bagi kami, musim perayaan bukan sahaja waktu untuk meraikan malah ia juga waktu yang terbaik untuk kita memperbaiki diri kita dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
“Kami berharap dengan sokongan daripada pihak kami ini, kita dapat memberikan impak positif terhadap Masjid Tun Abdul Aziz,” ujarnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Takut Tak Sedap, Boleh Tak Rasa Masakan Sebelum Berbuka? PU Azman Beri Penjelasannya
Isi Kandungan
ToggleDi waktu Ramadhan ini, pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk menghasilkan juadah berbuka yang terbaik buat ahli keluarga. Namun, kadang kala rasa ragu-ragu itu muncul jika masakan yang dimasak tidak enak pula rasanya.
Usah khuatir sis kerana hukum merasa makanan adalah boleh dan dibenarkan. Jom ikuti penjelasan daripada PU Azman ini. Lucu pun ada!
Jangan sampai satu rumah pulak nak tolong rasa!
Rasa hujung sudu, bukan penuh satu senduk.
.
Orang yang tak masak tak payahlah rasa. Ni sampai satu rumah pulak nak tolong rasa. Nampak sangat sesuatunya.
.
Kesudahnya lauk abis bukan sebab berbuka, tapi sebab merasa.
Ramai pengikutnya yang terhibur dengan cara penjelasannya namun tetap memahami isinya yang padat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Ingat Jumlah Puasa Yang Ditinggalkan Tapi Hendak Qada’ Ini Yang Kita Kena Ambil Tahu
Puasa yang ditinggalkan wajib diqadakan di samping perlu membayar fidyah (JIKA TIDAK MAMPU MENGGANTIKAN PUASA HINGGA TIBA RAMADAN BERIKUTNYA). Berpuasa adalah Rukun Islam yang ketiga.
Setiap umat Islam wajib melaksanakannya. Namun dalam keadaan tertentu seperti uzur syarie, haid bagi wanita dan masalah kesihatan maka terpaksalah seseorang itu tidak berpuasa.
Jika seseorang itu meninggalkan puasa Ramadan atas sebab-sebab tertentu, maka dia wajib mengqadakan puasanya itu mengikut bilangan hari yang dia tinggalkan.
Firman Allah SWT:
وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
Maksudnya: Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Surah al-Baqarah, 2:185)
Jika dia merupakan seorang yang memiliki uzur syarie, seperti sakit, lalu dia meninggalkan puasa Ramadan dalam keadaan dia mampu untuk menggantikannya pada bila-bila waktu selepas Ramadan, kemudian dia mati. Maka ke atas wali/warisnya untuk menunaikan puasa bagi pihak dia.
Daripada Aisyah R.anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ
Maksudnya: Barangsiapa yang mati sedangkan ke atasnya ada puasa (yang perlu diqadakan) maka walinya berpuasa bagi pihaknya.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Daripada Ibn Abbas RA, beliau menceritakan:
جاء رجلٌ إلى النبيِّ صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسولَ اللهِ إن أمي ماتتْ وعليها صومُ شهرٍ، أفأقضِيه عنها ؟ قال: نعم ، قال: فديْنُ اللهِ أحقُّ أن يُقْضَى
Maksudnya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku sudah wafat dan ke atasnya ada sebulan puasa yang perlu diqada, bolehkah aku menunaikannya bagi pihak beliau? Berkata Baginda SAW: Boleh. Adalah hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dilangsaikan.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Wali bererti kaum kerabat dan keluarga. Perlu diperhatikan bahawa fidyah hanya dibayar jika seseorang yang meninggal sebelum sempat mengqadakan puasanya sedangkan dia mampu untuk berbuat sedemikian ketika hidup.
Para ulama membahagikan kaedah penentuan bilangan hari untuk puasa qada kepada dua; tahdidi dan taqribi. Tahdidi bererti menentukan dengan tepat bilangan hari yang ditinggalkan, manakala taqribi ialah menggunakan anggaran berapa hari yang ditinggalkan kerana seseorang itu lupa berapa hari puasa yang telah dia tinggalkan.
Guru kami, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shinqiti menjelaskan kaedah penentuan secara taqribi ini ialah dengan bertanya kepada seseorang itu seperti ini:
“Adakah telah tinggalkan 50 hari?”
“Terlalu sedikit”
“90 hari?”
“Terlalu banyak”
Maka jumlah taqribinya ialah 75 hari. Berkenaan dengan fidyah, hendaklah seseorang itu berusaha mengqadakan puasanya setiap hari yang mungkin terlebih dahulu. Ini lebih bersifat ihtiyati (berhati-hati) dalam urusan agama berbanding terus membenarkan membayar fidyah sehingga mengabaikan tuntutan qada’.
Selain daripada itu, boleh juga ditanya kepada mufti negeri masing-masing untuk kepastian lanjut. Semoga usaha kita untuk mengqada puasa-puasa yang lalu menjadi muhabasah kita untuk meraih kebaikan yang lebih besar daripada Allah SWT pada masa akan datang.
Sumber kredit: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Top image: Photo by PhotoMIX Company from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sejak Bergelar Ibu, Elfira Loy Akui ‘Rindu’ Mahu Solat Dengan Khusyuk
Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini, pelakon jelita, Elfira Loy mengakui bahawa perkara yang paling dirinduinya adalah jika dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.
Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut Elfira, agak sukar dan amat mencabar bagi dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian sewaktu solat kerana terganggu dengan kerenah dan situasi anak-anak yang pelbagai ragam.
Pelbagai Ragam Anak-Anak, Susah Nak fokus Dan Khusyuk Dalam Solat
“Benda paling I rindu sekali nak buat after being a mom ni actually solat dengan khusyuk. Of course ramai kata solat je, biar je diorang main or nangis.
“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ni (rujuk gambar anaknya), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah (jatuh katil),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Artikel berkaitan: Kekal Tersenyum Walaupun Sakit Bersalin, Elfira Loy Kongsi Momen Melahirkan Anak Kedua
Tambahnya lagi, antara langkah dan usaha yang diambil oleh dia dan suami Faris Khairol Anuar bagi menyelesaikan masalah ini adalah cubaan mengajar anak sulungnya untuk tidur di bilik sendiri namun masih gagal.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen dan mendapati ruangan komen hantaran itu telah dibanjiri dengan pelbagai tip dan perkongsian pengalaman dari para pengikut El yang pernah menghadapi situasi serupa.
“Ya satu kerisauan…solat jemaah lepastu anak panjat basikal nak panjat belakang daddy dia….Allah khusyuk tu mmg mahal.
“Sama laa El,sama cm anak sy abg nyaa lagi pintar hurmm nk solat yg khusyuk mungkin hurmmm susahh tpi try laa walau susah.
“Try guna slow apparoach.. transitional bed dulu.. meaning si abang ada bed sendiri tapi dlm bilik yg sama dgn parents.. once dia dah biasa tidur sendiri atas katil sendiri baru slowly ajar tidur bilik sendiri.
Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini berusia tujuh bulan.
Sumber: Instagram Elfira Loy
Artikel berkaitan: Akibat Terlampau Bekerja Keras, Elfira Loy Stres Sampai Muntah-Muntah Dan Disahkan Vertigo!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI