Mengubah Terus Kecantikan Diri Yang Asli, Ustazah Sharifah Zahidah Mengulas Persoalan Ini.

Share

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Selain memastikan tubuh kekal langsing, mereka juga turut mengambil berat soal kecantikan wajah. Jarang yang ada keyakinan keluar rumah tanpa bermekap kerana tidak mahu wajah tampil polos. Biarpun hanya secalit gincu bibir cukup bagi menambah keyakinan diri. Tetapi bagaimana yang terlalu taksub dengan mekap hinggakan tidak mahu tanggalkannya walaupun ketika itu mahu mengadap Tuhan.

Sebenarnya tak salah untuk kita bermekap tetapi perlu secara sederhana. Jangan keterlaluan hingga boleh mengubah terus kecantikan diri yang asli. Rasanya kecantikan asli itu lebih menyerlah dan sedap di pandang mata. Ikuti perkongsian Ustazah Sharifah Zahidah yang mengulas persoalan ini untuk kita renungi bersama.

Pandangan Ustazah Sharifah Zahidah yang memberitahu kesan menggunakan mekap dengan bahan majoriti kimia toksik ini boleh mencetuskan kanser.

Masyarakat yang menghargai kecantikan yang tulen tak seharusnya terlalu memuji dan memuja kecantikan yang terpapar pada wajah wanita – setelah 30 minit ke 120 minit ianya dilukis menggunakan puluhan berus, warna, cecair tebal melekit yang majoritinya adalah dari bahan kimia toksik dan pencetus kanser.

Kecantikan itu adalah palsu semata-mata, jangan terlalu perasan & perlu sedar realiti.

Hakikatnya yang cantik pada wajah-wajah itu, adalah cantik yang palsu. Dan wanita yang dipuji kerana make upnya, sepatutnya sedar, bahawasanya yang dimaksudkan oleh orang sekeliling yang memuji dengan perkataan ‘awak cantik’ itu bukanlah bermaksud cantik pada wajahnya pun, tetapi yang dipuji cantik itu sebenarnya adalah ‘make up’ atau ‘lukisan-lukisan’ di wajah itu sebenarnya. Jangan terlalu happy, jangan terlalu perasan. Lebih baik kita sedar realiti.

Memuji juga perlu tahu caranya.

Jadi ayat yang betul untuk memuji seseorang wanita yang cantik kerana make up tebalnya adalah, “make up awak cantik’, dan bukannya ‘awak cantik’. Kerana realitinya, barang yang cantik, tak perlu ditampal-tampal lagi. Tak perlu di make up make up lagi. Lain pula dengan barang yang tak berapa cantik.

Menurut ustazah ini juga dalam laman sosialnya, dia tidak menentang mekap tetapi sifat mereka yang terlalu obsess menghabiskan ratusan ringgit untuk melukis wajah supaya lebih cantik dianggap fenomena tidak sihat.

Saya menentang make up?
Tidak. Saya tidak menentang make up. Tapi kegilaan wanita hari ini untuk tampil cantik dengan make up sehingga sanggup berbelanja ratusan ke ribuan ringgit sebulan untuk make up, dan sanggup menghabiskan masa selama berjam-jam sehari semata-mata untuk proses melukis wajah dan menanggalkan kesannya (make up removal) – adalah satu fenomena yang tidak sihat.

Touch up muka pada yang perlu. Tapi bukan obses dengan make up sehingga anda sentiasa tampil palsu.

Wanita perlu tahu darjat masing-masing, jangan jadi seperti boneka.

Ada perbezaan yang besar di situ.
Apabila wanita sibuk memikirkan soal penampilan semata-mata untuk menyokong idea ‘wanita hanya diterima masyarakat apabila mereka cantik bergaya mempamerkan wajah dan tubuh mereka’, kedudukan wanita yang mulia itu menjadi terhina dan kita sebenarnya tidak meletakkan darjat kita pada kemuliaan yang sepatutnya. Kita sendiri merendahkan darjat kita sehingga terlihat sebagai boneka.

Kemas dengan pakaian indah & menutup aurat sudah memadai.

Cintai kecantikan, tapi bukan dengan jalan PEMALSUAN.

Dapatkan kulit wajah yang bersih, kerana bersih itu anjuran Islam.
Tampil kemas dengan pakaian yang indah dan menutup aurat, kerana itu juga tahsin yang dibenarkan Islam.
Buru kecantikan halal, pakejnya pula kena cerdik

Hiasi diri dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Dan bukan melangkaui batasan sehingga memalsukan diri dengan lukisan di wajah setiap hari, setiap masa, semata-mata untuk buat diri rasa DITERIMA. Kenapa hambakan diri untuk mata-mata manusia yang tak beri sebarang nilai tambah pun dalam hidup kita?

Cantik pada akhlak & pakej cerdik.

Buru kecantikan yang halal, kecantikan yang tidak memudaratkan seperti kecantikan yang boleh mengakibatkan penyakit-penyakit kanser terjadi selepas beberapa tempoh masa yang panjang. Tak salah nak jadi cantik. Tapi biarlah jadi CANTIK dengan pakejnya yang CERDIK.

Bukan cantik tapi plastik.
Mana satu pilihan kita?

Yang benar,
Juga pecinta kecantikan.
Dengan definisi yang lebih memuliakan, daripada merendahkan.

Saya sayang wanita.
Kerana itu, saya tak mahu wanita terus diperdaya.
Wanita, anda cantik pada akhlak dan pengorbanan anda.

Anda LAYAK DIHARGAI, tanpa perlu MEMALSUKAN IDENTITI.

ARTIKEL BERKAITAN: Tip Cantik Cara Islam Diana Amir

Published by
SH