Pernah tak anda perasan setiap kali kita melihat ada orang yang menguap di hadapan kita, pasti kita akan berjangkit sekali menguap. Kenapa boleh jadi begitu ya? Adakah menguap ini boleh berjangkit dari satu individu ke satu individu yang berdekatan?
Kalau nak hendak tahu, sebenarnya tiada istilah menguap berjangkit. Walaupun ia kelihatan seperti berjangkit dari satu individu ke individu yang lain, ia tidak di anggap sebagai satu ‘virus’ yang menghinggap kepada orang lain.
Menguap atau erti kata lain, yawning, adalah 2 tindakan refleks yang berlaku secara spontan tanpa kita sedar. Pergerakan sewaktu menguap akan membuatkan anda untuk membuka mulut anda seluas-luasnya dan paru-paru akan menyedut udara dengan kadar kuantiti yang banyak, lalu menghembusnya secara perlahan-lahan.
Sewaktu kita menguap juga, gegendang telinga akan merenggang dan mata akan tertutup rapat. Ada juga sesetengah individu yang akan menguap sehinggakan mata mereka mengalirkan air mata.
Proses menguap adalah sama sahaja pada setiap indivdu bahakan kebiasaannya terjadi sebelum mahupun selepas tidur. Faktor menguap juga berkait rapat dengan rasa penat yang melampau serta ada juga menunjukkan seseorang itu sering menguap kerana melakukan perkara yang mereka tidak sukai atau bosan.
Sebenarnya menguap juga boleh juga di kaitkan dengan aspek sosial dalam kalangan manusia. Ia boleh juga di katakan virus menguap kerana keadaan ini berjangkit yang bukan sahaja terjadi pada manusia, bahkan kepada haiwan juga. Tiba-tiba menguap ini di kaitkan dengan virus?
Virus menguap ancaman kepada kita?
Apabila seorang sahaja menguap, pasti ada orang yang berdekatan akan turut sekali meguap dan perkara itu berlarutan. Menurut hellodoktor, terdapat pelbagai teori yang boleh di kaitkan apabila berlakunya keadaan di mana ramai orang akan turut menguap apabila seorang menguap.
Ads
Antara teori yang cuba di kaitkan dengan fenomena menguap ini adalah:-
Menguap di kaitkan dengan tindak balas menunjukkan badan terasa letih
Bayi yang berada di dalam rahim juga boleh menguap
Menguap dianggap sebagai satu penyakit berjangkit yang menunjukkan tindak balas empati semula jadi manusia
Menguap berfungsi sebagai tanda sosial menunjukkan reaksi bosan
Terdapat cara untuk tidak terikut menguap sekali!
Kalau anda ingin tahu, ada caranya untuk tidak terikut-ikut untuk menguap sekali. Jadi apakah cara untuk menghentikan kitaran menguap berjangkit ini? Ini adalah cara-cara yang boleh lakukan, seperti:-
1. Ambil nafas secara mendalam
Menguap juga di katakan sebagai tanda menunjukkan badan anda kekurangan oksigen. Jadi anda boleh lakukan latihan pernafasan menerusi hidung dengan kadar jumlah oksigen yang baik.
2. Gerakan badan anda
Seperti yang di katakan di atas, menguap menunjukkan seseorang itu bosan dengan sesuatu perkara. Jadi untuk merangsang otak anda untuk tidak cenderung kearah bosan, lakukan sedikit senaman ringan atau gerakan supaya badan kekal cergas.
Ads
3. Cuba tenangkan diri
Kadang kala anda perlu buat perkara yang boleh menenangkan diri anda. Tekanan dalam badan akan membuatkan anda semakin bosan dan cepat untuk menguap. Jadi carilah ruang atau minum air masak untuk tenangkan diri. Mungkin boleh lakukan apa-apa aktiviti yang boleh tenangkan fikiran anda.
Keadaan menguap ini normal dan biasa terjadi bagi setiap manusia di pelusuk dunia, begitu juga haiwan. Jadi jika anda menguap lebih dari kebiasaannya, mungkin itu menunjukkan satu simptom kesihatan dan anda perlu berjumpa dengan doktor.
“Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang hayat.”
Itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan bertapa istimewanya hubungan seorang anak dengan kedua ibu bapanya.
Malah, ada yang menganggap ayah merupakan cinta pertama seorang anak perempuan. Meskipun ramai lelaki yang sering menyakiti, namun sang ayah tidak akan pernah menyakiti anak perempuanya dan sanggup berkorban apa sahaja demi puteri tersayang.
Ayah Sanggup Lakukan Semua Ini Agar Anak Gadisnya Tak Kelaparan
im turning 25 y/o this year, and Bapak masih sediakan bekal for me. today, nasi goreng for breakfast, mi rebus for lunch. transferred some money with the reference “food emergency” (???) and still risau if im starving??
Begitulah yang terjadi kepada hijabi bernama Tun, apabila ayahnya terlampau risau sekiranya dia kelaparan di tempat kerja dan membekalkan makanan untuk di makan di tempat kerja, meskipun dirinya sudah menginjak usia 25 tahun.
Ayah hijabi ini telah membekalkan anak gadis kesayanganya dengan sarapan pagi nasi goreng dan juga mi rebus untuk makan tengah hari.
Selain itu, ayah hijabi berkenaan juga telah mengirimkan wang menerusi online transferred hanya untuk memastikan anaknya mempunyai wang untuk membeli makanan sekiranya kelaparan ketika bekerja.
Si ayah turut meninggalkan pesanan ringkas menerusi aplikasi whatsapp mengigatkan anak gadisnya itu agar tidak berlapar ketika mencari rezeki.
“Nasi goreng for breakfast, mi rebus for lunch. Transferred some money with the reference “food emergency” (???) and still risau if I’m starving??” tulis Tun menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.
Dalam masa sama, Tun menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai ayah yang begitu prihatin mengenai kebajikan dirinya serta dilayan dengan istimewa bak puteri oleh ayahnya.
Netizen Cemburu Dengan Gadis Bertuah Ini, Tawar Diri Jadi Anak Angkat Ayahnya
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, dan mendapati rata-rata wargamaya menzahirkan rasa teruja dan tumpang bahagia melihat layanan yang diterima oleh gadis ini meskipun sudah dewasa dan bekerja.
Malah, ada juga yang berseloroh bertanya jika bapa gadis ini ingin mengambil anak angkat gara-gara menginginkan layanan yang sama.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis ciapan tular berkenaan telah meraih sebanyak 9498 retweets, 2761 quote tweets dan 37.1 ribu likes!
Dalam senario ‘new ummah’ masa kini ini, memang kita didedahkan dengan pelbagai situasi. Misalnya hukum bagi seorang perempuan yang tidak menutup aurat tetapi solat lima waktu tidak tinggal. Apakah solatnya juga jadi tidak sah dan hanya sia-sia. Ataupun bagaimanakah hukumnya yang sebenar.
Menurut jawapan dari Ustaz Azhar Idrus, tidak tinggal solat bermakna dia masih Islam. Jika tidak solat, maka tiada satu rukun Islam.
Tidak cukup satu rukun maka tidak sempurnalah Islamnya. Sama seperti solat ada 13 rukun.
Jika tidak rukuk maka tidak sah solatnya. Jadi, bila tinggal satu daripada rukun Islam, seseorang tidak dikatakan Islam.
Jika tidak tutup aurat tetapi tetap solat, dia dikira berdosa kepada Allah. Islamnya masih ada, kecuali jika dia tinggal solat, maka Islamnya akan tercabut.
Perempuan yang tidak pakai tudung tetapi solat itu lebih baik daripada perempuan yang pakai tudung tetapi tidak solat.
Manakala bagi perempuan yang masih tidak bertudung, maka hendaklah dia memasang azam untuk memakai tudung. Insya-Allah.
Wallahu’alam
KREDIT FOTO: INSTAGRAM HIJABI BLOGGER
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hujung tahun kembali lagi, pasti ramai berada dalam mod percutian, terbayang keindahan tempat-tempat percutian. Bukan mudah untuk mengekalkannya secara semula jadi dan membuat persediaan untuk bercuti.
Penat merancang berbulan-bulan, kebanyakan kita biasanya mula membuat persiapan kecemasan, baik dari segi beg pakaian dan badan. Namun ramai yang terlupa kegunaan bahan semula jadi. Temui keajaiban 7 minyak ini yang akan membantu mengekalkan kecantikan semula jadi anda dan membuat anda bersedia untuk bercuti. Jom lihat apa yang perlu anda buat!
Minyak bijan untuk gigi yang sihat
Minyak bijan mengandungi banyak asid dan unsur polivitamin. Kumur mulut anda dengan minyak ini dan gigi akan menjadi lebih putih, sambil meningkatkan pertumbuhan semula gusi, rongga mulut dan lidah anda. Pastikan anda melakukannya dengan betul.
Minyak bunga raya untuk pertumbuhan rambut
Anda yang berambut nipis perlukan bunga raya, kandungan vitamin C dalam minyak ini membantu meningkatkan kolagen dalam rambut, manakala asid amino memupuk dan menguatkan akar. Kelopak tanah boleh membangunkan mentol rambut “tidur”, menjadikannya tumbuh semula. Oleh itu, batang rambut anda menjadi lebih tebal dan beralun.
Minyak kastor untuk kening dan bulu mata yang tebal
Satu-satunya kelemahan minyak kastor ialah baunya. Bahan minyak meningkatkan metabolisme sel, manakala asid stearik dan linoleik menghalang kelembapan daripada menyejat dan melindungi rambut daripada gugur, kekeringan dan kesan haba dan matahari.
Minyak biji rami untuk detoks
Minyak biji rami telah dianggap hampir sebagai ubat penawar sejak dahulu lagi. Set luas asid lemak, vitamin dan kalium menjadikannya item yang mesti dimiliki oleh sesiapa sahaja. Ia menyahtoksik badan anda dengan berhati-hati, memulakan semula proses metabolik selepas tujuh hari pengambilan biasa. Untuk mencapai hasil yang lebih baik, jadikan ia sebagai sebahagian daripada diet harian anda.
Minyak pokok teh untuk rawat jerawat
Minyak pokok teh mempunyai ciri anti-radang, bakteria, racun kulat, antivirus, dan penyembuhan luka. Ia biasanya digunakan untuk merawat jerawat dan sebagai penjagaan untuk kulit berminyak atau bermasalah.
Minyak zaitun untuk tapak kaki lembut
Pengambilan minyak zaitun, terima kasih kepada asid lemak monotepunya, manfaat kepada hati dan perut. Ia juga mengurangkan tahap kolesterol. Dari luar, minyak berkhasiat ini memperbaiki keadaan kulit, rambut, dan kuku. Ia boleh digunakan sebagai rawatan berasingan dan digabungkan dengan produk kecantikan lain.
Minyak badam untuk kuku dan kutikula
Minyak badam harus digunakan setiap hari untuk memupuk dan menjana semula sel-sel kulit. Ia juga mempunyai kesan antikulat. Untuk kesan yang lebih mantap, gunakan senarai minyak ini selama tidak kurang dari seminggu. Selain daripada topeng, anda boleh menambahnya pada krim harian, perapi rambut dan semua jenis serum. Sesetengah minyak boleh diambil secara lisan. Penting, sebelum menggunakan sebarang minyak, baca sisipan bungkusan dan dapatkan nasihat doktor anda.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...