Anda terasa teringin hendak menikmati honey butter biscuits tetapi susah untuk mendapatkannya? Usah risau sis… Sebenarnya kita boleh je buat di rumah. Asalkan bahan-bahannya tersedia, anda pasti dapat menikmatinya!
Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken.
Resepi:
2 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
Gula 2 sudu besar (manis ikut suka)
butter yang sejuk (115gm)
*gaul semua bahan sampai jadi bread crumbs*
Kemudian masukkan 140gm fresh milk & 2 sudu kecil cuka (campurkan dahulu sebelum masukkan ke dalam tepung)
Masuk di loyang dengan menggunakan sudu/scop atau bentukkannya mengikut rupa yang anda mahukan.
Bakar suhu 180’c / 15min
Lepas masak, sapukan topping butter & honey di atasnya sewaktu masih panas. Mengikut cara yang dikongsikan, ada yang membakarnya sebentar selama 5 minit dengan menggunakan api atas. Lepas bakar menggunakan api atas, sapukan butter ke atasnya. Bagi nmpk berkilat. Boleh rujuk di setiap gambar.
Cubalah! 😊
kredit: Nurul Zatul Iffah Zamani