Waktu PKP inilah ramai diantara kitaa akan menghabiskan waktunya di rumah. Oleh itu, ramai jugalah yang akan mengisi masa mereka dengan mengunyah makanan ringan untuk menghilangkan rasa bosan di rumah biarpun sedang melakukan ‘work from home’. Ramai diantara kita akan mengamalkan tabiat makan pada lewat makan kerana waktu tidur yang tidak teratur.
Tabiat ini biasa bagi masyarakat kita. Bukan hanya bagi mereka yang telah dewasa, malah kanak-kanak dan warga emas juga tidak kurangnya. Mengambil makanan segera misalnya turut mengundang risiko kesihatan seperti obesiti.
Sumber gambar: Huffpost
Kit Mah, pakar kecergasan dan nutrisi menjelaskan, menu tinggi khasiat, tidak akan menjejaskan kesihatan tubuh.
“Menurut British Medical Journal pada tahun 2014, negara Malaysia adalah negara yang paling ramai penduduk obes di Asia. Dan antara puncanya adalah makan lewat malam”.
Umum tahu, makan waktu malam tidak baik untuk kesihatan melainkan dengan mengamalkan senaman yang cukup.
Tubuh yang sihat, bermula dari gaya hidup yang diamalkan. Kita sedia maklum makan lewat malam mendatangkan banyak kesan buruk. Namun, jika menu yang diambil itu berkhasiat, ia tidak mendatangkan masalah, tetapi untuk mendapatkan tahap keseimbangan yang sempurna, kita harus melakukan senaman yang cukup.
“Walaupun kita menukar menu kepada menu yang lebih sihat, namun, ia tetap menambah jumlah kalori dalam badan. Jadi saya sarankan kepada semua agar lebih aktif bersukan dan bersenam untuk membakar lebih banyak kalori supaya dapat dikawal”.
Namun, makan pada waktu malam secara umumnya tidak bagus untuk tubuh.Apa kata hentikan amalan makan pada lewat malam secara beransur-ansur demi kesihatan berpanjangan. Jika bukan sekarang, bila lagi?
Sumber gambar: Culinary Nutrition