Baru-baru ini inisiatif kerajaan untuk membantu golongan kurang berkemampuan atau B40 dengan memperkenalkan ‘menu Rahmah’ telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan perniaga dan juga rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, melihatkan perkembangan positif yang diterima ini, pemilik Sarasera Homestay, Nurul Himmah Muhammad Kamaruzzaman turut melaksanakan inisiatif serupa dengan menyediakan penginapan yang terlajak mampu milik.
Perkara berkenaan di maklumkan sendiri olehnya, menerusi hantaran Facebook, Sarasera Homestay yang kini menawarkan pakej penginapan mesra B40 yang dikenali sebagai “Inap Rahmah”.
Malah, lebih menarik lagi adalah tawaran harga bagi pakej ini adalah diluar jangkaan dan tidak masuk akal, serendah RM5 bagi satu malam.
Himmah berkata, tujuan dia melaksanakan pakej berkenaan adalah untuk memberi sokongan terhadap inisiatif kerajaan yabg tidak pernah culas, membantu golongan kurang berkemampuan atau B40 di Malaysia.
Artikel berkaitan: Dunia Dihimpit Inflasi! Mat Salleh Puji Inisiatif ‘Menu Rahmah’ Kerajaan Malaysia Wajar Di Contohi Negara Lain
“Saya terfikir, kalau kita sudah ada Menu Rahmah, kenapa tidak saya turut membantu rakyat B40 yang mungkin tidak pernah merasai pengalaman indah bersama keluarga bermalam di inap desa ala mewah ini yang dilengkapi kolam renang pada harga cuma RM5 untuk satu malam.
“Tambahan pula, saya pernah merasai kepayahan hidup membantu ibu berniaga sayur di pasar malam selepas ayah meninggal dunia ketika saya berusia empat tahun.
“Sebab itu harap usaha kecil saya yang terhad ini dapat memberi makna yang besar kepada mereka yang benar-benar mengimpikannya,” ujarnya.
Hijabista difahamkan, selain kemudahan kolam renang, Sarasera Homestay ini juga dilengkapi dengan penyaman udara sepenuhnya, tempat untuk mengadakan Barbeque bersama keluarga, WiFi dan juga Astro.
Mengulas lanjut, Himmah berkata pakej yang ditawarkan adalah terhad untuk jangkamasa Februari sehingga Mac ini sahaja, sekiranya terdapat kekosongan dan memenuhu beberapa terma dan syarat yang ditetapkan.
“Antara syaratnya penginap perlu kemukakan dokumen pendapatan supaya usaha ini betul-betul sampai kepada kumpulan sasar kerana saya juga pernah merasai kehidupan serba kekurangan.
“Niat saya mahu keluarga besar mereka, mungkin 10 atau 15 orang berkumpul bersama menikmati kemudahan kolam renang sambil mengadakan BBQ yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan,” jelas Himmah.
Sekadar Info, Sarasera Homestay ini terletak di Ayeh Keroh, Melaka dan telahpun memulakan operasi sulung mereka pada Januari lalu dengan harga, RM650 semalam (hari bekerja). Manakala, RM750 semalam (cuti umum) atau pada waktu cuti hujung minggu.
Sumber: Malaysia Gazette , Facebook Sarasera Homestay & Nurul Himmah Kamaruzzaman
Artikel berkaitan: “Siapa Kata Tiada Keuntungan?” – Peniaga Ini Syukur Keluarga B40 Dapat Makan Siang Dan Malam Dengan Menu Rahmah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.