Siapa yang tak nak gigi yang cantik, putih dan bersinar kan? Gigi yang putih memang menjadi idaman semua orang. Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang sanggup berbelanja lebih di klinik pergigian untuk mendapatkan gigi yang cantik dan sihat. Namun, terhadap juga sesetengah di antara kita yang inginkan alternatif yang lebih murah dan menjimatkan. Tetapi, berkesankah cara ini?
Dr. Amalina Bakri baru-baru ini telah berkongsi fakta mengenai penggunaan arang yang dikatakan alternatif yang lebih mudah dan murah untuk mendapatkan gigi yang putih. Menerusi instastory, dia telah menjawab persoalan pengikutnya dengan berkongsi jawapan daripada rakannya samada arang itu bagus atau tidak digunakan bagi memutihkan gigi.
Menurutnya, arang sama sekali tidak dapat memutihkan gigi dan ini hanyalah satu ‘scam’ semata. Anda boleh mendapatkan gigi yang putih dalam dengan dua cara iaitu dengan menggunakan hydrogen peroxide gel ataupun dengan kaedah brush cleaning
dan bukanlah arang seperti yang dicanangkan oleh penjual.Selain itu, sebuah klinik pergigian juga turut menjawab persoalan ini menerusi akaun Instagram merek @kaldentalclinic_. Menurutnya, arang tidak memutihkan gigi tetapi hanya membuang plak-plak lembut di gigi. Kesan buruk arang ini juga akan membuatkan lapisan gigi kita makin lama makin nipis.
Oleh itu, berhati-hatilah hijabi semua sebelum melakukan sesuatu tindakan. Jangan mudah terpengaruh dengan penjual yang tidak bertauliah ini sebaliknya anda haruslah terus mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkelayakan.