‘Mengapa Wujud Hari Kiamat?’- Temui Jawapan, Ini Sebab Dian Sastrowardoyo Memeluk Islam

Share

Menjadi mualaf pada usia 22 tahun, pelakon ternama Indonesia, Dian Sastrowardoyo berkongsi bahawa dia pernah mempelajari pelbagai agama seawal usia 17 tahun lagi sebelum dirinya nekad untuk memeluk islam.

Dalam hidupnya, Dian,39, membesar dalam keluarga yang terdiri daripada pelbagai agama dimana ayahnya merupakan seorang yang beragama buddha manakala ibunya pula beragama kristian.

Setelah lama diselidik, pelakon filem Kartini ini nekad memilih agama Islam selepas persoalannya mengenai kewujudan Kiamat akhirnya terungkai.

Dia begitu ingin mengetahui mengapa manusia perlu diciptakan jika terdapat hari akhirat. Persoalan inilah yang diutarakan setiap kali dia bertemu dengan pendeta, paderi dan sami daripada pelbagai agama.

“Seperti alam ini besar sangat, kita hanya segelintir debu. Kenapa perlu ada? Rumit sangat. Saya tanyakan soalan ini kepada pendeta, paderi, sami dan agama hindu. Kesimpulannya, macam-macam. Itu jawapan mereka, macam-macam. Tapi saya tak pernah merasakan terjawab dengan cara jawab mereka yang berbeza-beza,” ujar Dian.

Isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini akhirnya menemui jawapan yang diinginkan selepas mengikuti ibu saudaranya ke kelas pengajian agama dengan seorang ustaz.

“Suatu hari, ibu saudara saya mengajak ke kelas pengajiannya. Di situ, ada seorang ustaz yang memberikan jawapan yang logik tentang persoalan saya.

“Dia menjawabnya pakai kitab-kitab, Al Quran dan kitab Injil perjanjian baru dan perjanjian lama. Tiga kitab ini berasal dari Tuhan yang sama. Betapa semua yang kita cari adalah hikmahnya,” jelas pelakon Ada Apa Dengan Cinta ini.

Selain itu, dia juga menemui sebab untuk terus jatuh cinta dengan agama ini kerana islam mengajarnya untuk sentiasa berserah diri kepada Tuhan.

“Islam yang saya belajar dari guru saya ini adalah pasrah. Dari Islam dia menemukan hubungan yang sangat penuh cinta dan romantis dengan yang Maha Kuasa,” tambahnya.

Published by
QIST