Telur merupakan jenis makanan yang paling banyak dimakan oleh masyarakat kita. Memainkan peranan dalam menghasilkan pelbagai jenis makanan dan juga kuih dan muih, telur juga enak untuk dimakan begitu sahaja tanpa sebarang perisa tambahan. Jumlah gizi dan manfaat yang dibekalkan telur menjadikan ia salah satu makanan super yang bagus untuk kesihatan.
Mengurangkan Risiko Kanser Payudara
Telur memiliki kolina yang merupakan nutrient yang membantu mengurangkan peratusan untuk mendapat kanser. Menurut sebuah penelitian, risiko untuk terkena kanser payudara menurun sebanyak 18 peratus jika wanita menjadikan telur sebahagian dari diet harian mereka.
Menjaga Berat Badan
Pernah dengar diet telur yang dikatakan mampu menurunkan berat badan? Kini sudah terbukti secara ilmiah yang telur mampu menurunkan berat badan dengan lebih dekat. Untuk hasil yang baik, jadikan telur sebagai makanan untuk sarapan anda.
Ads
Menjaga Kesihatan Mata
Bahagian kuning telur memiliki lutein dan zeaksantin yang mudah diserap oleh tubuh kamu. Kedua-dua kandungan ini sangat bagus untuk menjaga kesihatan mata dan melindunginya dari kerosakan akibat paparan sinar ultra-violet yang berlebihan.
Ads
Menjadikan Rambut Lebat
Rambut yang sihat menjadi dambaan setiap wanita mahupun lelaki. Dengan mengambil telur sebahagai sebahagian daripada deit harian anda ia mampu membantu pertumbuhan rambut kerana kadar nutrien tinggi protein yang dimiliki.
Ads
Nampak Lebih Awet Muda
Mengambil telur sebagai makanan rutin adalah salah satu cara untuk menjadikan anda lebih muda. Ini disebabkan telur sangat kaya dengan kandungan lutein sehingga boleh melambatkan penuaan sebanyak 40 peratus. Nak awet muda? Makanlah telur.
Sumber: HerWorld Indonesia
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anda mungkin terfikir satu-satunya minyak yang digunakan oleh nenek moyang kita sebahagian daripada rutin kecantikannya. Tetapi akhirnya, semua yang lama menjadi baru. Yup, semakin banyak penggemar kecantikan semula jadi mempercayai dengan minyak kuning pucat ini sebagai penjagaan kulit yang lebih halus, rambut yang lebih bersinar dan kuku cantik.
Sama seperti minyak zaitun, minyak castor berasal dari biji tanaman kastor, juga dikenali sebagai Ricinus communis. Anda boleh menemuinya dengan mudah di kebanyakan kedai dan di atas talian. “Minyak kastor banyak digunakan dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik dalam pelbagai kepekatan dan untuk beberapa sebab yang berbeza,” kata ahli dermatologi. Pada masa yang lain, ia membantu struktur produk kecantikan yang sebenarnya.
“Minyak kastor adalah agen penyejuk kulit, yang dapat membantu menjadikan kulit lembut. Telah terbukti menembus kulit dan dapat meningkatkan penembusan bahan lain dalam produk perawatan kulit.
Berikut adalah beberapa manfaat minyak jarak dari kulit dan rambut yang sering disebut-sebut, sama ada ia patut dicuba dan kesan sampingan yang perlu dipertimbangkan.
Sebilangan manfaat minyak ini berasal dari asid ricinoleic, asid lemak anti-radang yang mempunyai sifat antimikroba dan antioksidan. Oleh kerana kulit kering seringkali meradang, kehadiran asid ricinoleic adalah penting, kerana dapat mengurangkan keradangan. Sekiranya anda mengalami masalah dengan kulit kering, pakar mengesyorkan menggunakan minyak jarak bersama dengan pelembap muka ke kulit anda sebelum tidur. Gunakan untuk sekali atau dua kali sehari.
Namun bukan semua kulit sesuai dengan minyak ini. Sekiranya anda mempunyai keadaan seperti eksim, penemuan menunjukkan bahawa minyak jarak boleh merengsakan kulit anda. Ia juga bersifat komedogenik atau penyumbatan pori, memperburuk bintik hitam dan bintik putih jika kulit anda cenderung berminyak.
Kerana minyak jarak berfungsi sebagai pelincir, minyak ini dapat membantu menjadikan helaian rambut kering dan keriting kelihatan lebih halus. Tetapi dalam hal ini, rambut anda akan menghadapi risiko kelihatan berminyak.
Minyak castor kunci utama rambut anda lebih berkilau. Secara khusus menyebabkan perubahan pantulan pada helaian rambut . Pakar mencadangkan, cairkannya dengan minyak kelapa dan menggunakannya sebagai rawatan rambut. Buat campuran satu demi satu, kira-kira dua hingga tiga sudu setiap satu. Kemudian, urut pada rambut, sikatnya dan biarkan selama beberapa jam. Kemudian, bilas hingga bersih.
Rambut anda boleh rosak oleh banyak perkara, termasuk syampu yang keras, pewarna rambut, pengeringan berlebihan dan unsur-unsur di persekitaran. Minyak castor memerangi masalah rambut anda dengan dua cara yang berbeza: Ia dapat menghidrat batang rambut, serta folikel rambut yang hidup di kulit kepala anda. Sekali lagi, ia dapat mengurangkan keradangan yang berlaku di kulit kepala. Pakar mengesyorkan menggunakannya sebagai salah satu bahan dalam masker rambut seminggu sekali.
Kutikula yang kering dan retak tidak kelihatan cantik tetapi cebisan kulit ini bertindak sebagai pelindung, penting untuk menjaga kesihatan kawasan ini. Minyak kastor, seperti kebanyakkan minyak yang lain, kaya dengan asid lemak yang menghidrat secara semula jadi. Pakar mencadangkan menggunakannya sebelum waktu tidur ke kutikula dan lipatan kuku.
Sekiranya anda ingin mencubanya pada alis, pakar mengesyorkan menggunakan sedikit minyak ini pada kening sebelum tidur dan basuh perlahan-lahan di waktu pagi. Minyak ini menjadikan bulu kening anda tumbuh, malah membantu menjadikannya kelihatan lebih cantik.
Kelemumur sering disebabkan oleh keradangan kulit dan minyak jarak dapat membantu melegakan masalah ini. Untuk hasil terbaik, pakar mengesyorkan menggunakan minyak jarak ke kulit kepala anda sebelum tidur dan tidur dengan topi mandi. Kemudian, basuh rambut anda terlebih dahulu pada waktu pagi.
Elakkan memakan minyak jarak jika anda hamil. Minyak kastor selain merangsang kontraksi usus, beberapa kajian pada haiwan menunjukkan bahawa ia boleh mencetuskan kontraksi pada rahim. Sama ada ia berfungsi tidak jelas, tetapi lebih baik melakukan kesalahan dengan berhati-hati dan mengelakkannya.
SUMBER GAMBAR: Pexel.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dinafikan bulan puasa memang bulan kita sangat digalakkan untuk melakukan seberapa banyak ibadah. Tetapi dalam masa yang sama perlu juga pergi bekerja sebagai tuntutan harian dan penampilan perlu elok dan sempurna.
“Persoalannya bagi wanita, adakah boleh memakai gincu ketika Ramadan dan adakah batal puasa jika tertelan sewaktu membasahkan bibir?”
Walaupun perbuatan ini kedengaran amat remeh, tetapi sebenarnya membuatkan kita rasa sedikit was-was. Maklumlah penampilan ketika bekerja perlu dijaga walaupun sekadar calitan gincu di bibir.
Menurut Ustaz Haslin Baharin, hukum bergincu untuk tabbarruj atau berhias adalah diharamkan, berdasarkan firman Allah kerana ia amalan jahiliyah.
Firman Allah yang bermaksud:
“… dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang jahiliyah yang dahulu…” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ia termasuk bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah lelaki. Ini termasuk memakai gincu bibir, memakai pipi merah dan berwangi-wangian di luar rumah. Hukum bergincu daripada segi orang yang berpuasa boleh dibahagikan kepada tiga.
Pertama, jika sengaja bergincu adalah dimakruhkan tanpa sebarang tujuan, manakala jika tertelan sesuatu darinya, maka batallah puasanya. Wajib pula menqadanya atau menggantikannya pada bulan lain.
Kedua, bergincu bertujuan sekadar melembapkan bibir, jika tiada rasa atau sesuatu benda sampai ke kerongkong, maka hukumnya harus.
Ketiga, bergincu bertujuan perubatan dan terdesak adalah dibolehkan kerana tujuan yang mendesak itu.
Jika tertelan secara tidak sengaja dalam bentuk yang sangat sedikit, adalah dimaafkan. Sebagaimana disandarkan kepada hukum merasa makanan ketika seseorang itu berpuasa.
Wallahualam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walaupun jeragat tidak berbahaya tetapi ia menyebabkan penampilan seorang wanita menjadi kurang menarik. Situasi ini tentunya menjadikan wanita berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
Secara amnya bintik hitam atau jeragat terjadi apabila wanita terlalu lama atau kerap membiarkan kulit dimamah pancaran matahari. Tanpa mengenakan sebarang krim perlindungan, kesan pancaran ultra ungu akan menyebabkan kulit menjadi lebih teruk dan ia mengambil masa untuk dirawat.
Jeragat misalnya memerlukan rawatan khas oleh pakar kecantikan menerusi beberapa sesi. Selain kos yang semakin bertambah wajah yang mula ditutupi jeragat kurang menyerlah walaupun selepas memakai alat solek. Namun ada cara murah dan bajet yang boleh dicuba. Paling penting ianya selamat dan tiada kesan sampingan.
Dah lama dah, nak share petua best ni, tapi semenjak dua menjak ni kebizian melanda. Tak sempat nak ambik gambar bagai. Petua ni memang best sesangat. Especially untuk orang yang memang ada masalah jeragat. Petua yang cuma guna 2 bahan je tau.
Okey jom tengok apa bahannya .
KIUB MASKER KENTANG
BAHAN-BAHANNYA:
.
CARANYA:
– Parut kentang hingga halus
– Campurkan dengan perahan lemon
– Gaul sebati, lepastu masukkan dalam bekas kiub ais
.
.
CARA NAK GUNA KIUB MASKER
1. Cuci muka bersih
2. Ambil kiub kentang, sapu pada muka perlahan-lahan. Sapu rata keseluruhan muka. Sapu sampai kiub tu semua cair.
3. Bilas dan cuci muka dengan air bersih.
** Boleh di lakukan setiap hari.
Petua ni sesuai jugak untuk hilangkan sunburn tau, bagi orang yang hari-hari terdedah pada cahaya matahari.
Nak tau tak kenapa Cik No guna kentang?
Haaa, sebab kentang ni tinggi antioksida untuk singkirkan jeragat tu. Kentang ni jugak boleh halang terbentuknya pigmentasi, alaa yang lingkaran gelap hitam tu.
Bila kentang dah bergabung dengan lemon lagi lah kuasa dua kan! Tu yang dapat kesan super power best tu. Lemon ni sendri pun mampu pudarkan jeragat. Dalam lemon ada agen pemutih untuk bagi kulit kita jadi cerah dan bersih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.