Selepas Yuna, Layla Sania, Dolla dan Iman Troye, kini wajah penyanyi terkenal negara pula iaitu Aina Abdul yang menghiasi ruang papan iklan New York Times Square menerusi kempen EQUAL oleh Spotify.
Menerusi akaun TikTok @super_ainatics, jelas terpampang wajah Aina dalam persalinan putih di papan iklan di negara Uncle Sam tersebut.
Teguh berdiri dan terus bermimpi! Nampaknya satu lagi mimpi @ainaabdul (dan Ainations semestinya) telah jadi kenyataaan. 🥺👏🏻😍👑🔥. Korang rasa apa next benchmark for Aina Abdul?
.
📆 22.3.2022
📽 YT AE Signage
Thank you @ahzaal_ for your help ❤❤
Kemunculan wajahnya di papan iklan ini merupakan satu lagi langkah besar dalam kariernya apatah lagi nama pelantun lagu Fool ini semakin meningkat naik selepas memenangi tempat kedua dan Anugerah Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36) baru-baru ini.
Tahniah Aina! Berkat usaha gigih selepas beberapa tahun lamanya, akhirnya dia berjaya mencapai pelbagai kejayaan pada hari ini. Moga Aina terus maju dan sukses lagi dalam bidang yang diceburi. You go girl!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Minta Maaf Sangat-Sangat & Stop Salahkan Emak Hanee” – Haneesya Akur Gelaran Dewi Remaja Ditarik
“Hanee minta maaf sangat-sangat. Berilah Hanee peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan. Setiap orang tak lari dari melakukan kesilapan. Dan from botton in my heart, Hanee minta maaf sangat-sangat. Hanee tahu Hanee salah dan Hanee minta stop salahkan emak Hanee dalam hal ini. Ia bukan salah emak Hanee dan dia tiada kaitan dalam hal ini…”
Luahan kata-kata cukup ikhlas dan meninggalkan kesan di hati oleh bekas pemenang Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee yang tampil berani berdepan dengan kontroversi melanda dirinya sebelum ini.
Insiden itu menyebabkan pemilik jenama Nu Ideaktiv dan terpaksa menarik balik gelaran Dewi Remaja 2018/19 yang disandang oleh Haneesya Hanee atau nama penuhnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan pada malam 14 Januari lalu.
Penarikan ini berikutan Hanee yang didapati melanggar peraturan dan klausa kontrak yang telah ditetapkan dan ditanda tangani sebelum pertandingan berkenaan.
Malah kes seperti ini juga merupakan kejadian kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja selama 10 tahun edisi ini dianjurkan. Dan Hanee juga satu-satunya pemenang Dewi Remaja yang paling singkat iaitu selama 72 jam sahaja.
Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman berkata penarikan ini juga dibuat setelah pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenangnya telah melanggar syarat penyertaan.
Malah demi menjaga kredibiliti gelaran berprestij itu, tiada sesiapa yang akan menyandang gelaran Dewi Remaja 2018/19 untuk edisi kali ini.
Sehubungan itu Tia Sara akan kekal sebagai pemenang Dewi Remaja kedua manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat pula disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania pula di tempat kelima.
Selain itu, Arena Iman sebagai Dewi Favorite dan Aween Ismail pula sebagai Dewi Inspirasi. Dan mereka inilah yang akan mewakili jenama Dewi Remaja untuk melakukan pelbagai aktiviti yang telah diatur nanti.
Dalam satu sidang media khas Eksklusif di pejabat Nu Ideaktiv Sdn Bhd tengah hari tadi, Hanee turut memberitahu selepas ini dia akan move forward dan memperbaiki diri sendiri dan akan teruskan apa yang telah dilakukan sebelum ini.
“Hanee tak akan give up. Dan bagi Hanee, semua orang berhak diberi peluang kedua. Bagi remaja di luar sana, jika kita salah langkah inilah risiko yang perlu kita hadapi. Dan diakhirnya terpulang pada diri kita sendiri nak bangkit atau jatuh. Hanee pilih untuk bangkit dan moving forward.
“Kekuatan untuk Hanee berhadapan dengan semua ini adalah diri Hanee sendiri. Ramai yang cuba jatuhkan Hanee tapi dalam masa sama Hanee juga turut mendapat sokongan dari teman-teman lain.
“Bila baca di twitter Hanee bersyukur kerana masih ramai yang masih bersama Hanee termasuk ibu Hanee yang tetap menemani Hanee dan memang Hanee sudah bersedia menghadapinya,” ujar Hanee yang mengambil situasi berlaku ini sebagai pengajaran terbesar.
Dalam pada itu, Haneesya Hanee mengakui tindakannya sesuatu yang kurang bijak dan menurut naluri remaja yang ingin mencuba perkara baru.
“Apa yang Hanee dapat pelajari dari peristiwa ini, jangan percayakan kawan kerana bukan semuanya berniat baik. Perlu hati-hati dalam berkawan dan memilih kawan,” tambahnya lagi yang dilihat cukup bersedih dengan penarikan gelaran berkenaan.
Gadis yang mula dikenali sebagai model dan mula dikenali ramai selepas memegang watak Zaza dalam drama Cik Reen Cik Ngok Ngek juga turut berharap jangan menilai peribadi Hanee atau membuat perbandingan kesilapan dengan bakat sedia ada.
KENYATAAN PENUH HANEESYA HANEE:
KREDIT FOTO: FACEBOOK REMAJA & PHOTOGRAPHER NU IDEAKTIV
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tepis Rasa Malu, Seorang Ibu Sanggup Jadi Ultraman Asalkan Anak Pergi Ke Sekolah
Setiap ibu pasti ada cara tersendiri untuk menggembirakan anak masing-masing. Walaupun kadang-kadang permintaan itu sangat sukar untuk dituruti dan seperti tidak logik, namun sebolehnya seorang ibu itu akan berusaha juga untuk menunaikannya.
Seorang pengguna Facebook, Karinda Warsito telah berkongsi pengalaman lucu menghantar anaknya yang autism ke sekolah. Menurutnya, anaknya mengugut untuk tidak pergi ke sekolah jika dia tidak menjadi Ultraman!
Demi seorang anak, ibu relakan jua!
Perkongsiannya mendapat ribuan reaksi daripada pengguna Facebook lain. Mereka ternyata terharu melihat kesungguhan ibu ini yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Rasa ‘Tak Cantik’ Hingga Rendah Diri, Ini ‘Rahsia’ Sherry Al-Hadad Tampil Lebih Yakin & Mudah Didekati!
Sebut sahaja nama Sherry Alhadad, pasti hijabi familiar dengan pengacara serba boleh yang juga mempunyai ‘sense of humor’ yang tinggi dan sering menghiasi kaca tv dengan telatah ‘tak kering gusi’ serta personaliti menyenangkan yang dimilikinya tidak kira ketika mengacara mahupun berlakon.
Bagaimanapun, pemilik nama penuh Sharifah Mariam Syed Abdullah Al Hadad ini mendedahkan bahawa karakter sebenar dirinya dahulu agak pemalu, terutamanya untuk memulakan perkenalan dengan mana-mana lelaki baharu di dalam kehidupan miliknya.
Atasi Rasa Rendah Diri Dengan Personaliti Santai Dan Kelakar
Menurut Sherry perasaan rendah dirinya juga selalu menghantui dirinya dalam memulakan sesebuah perhubungan.
“Mungkin saya tak cukup cantik. Kebiasaannya, kita sudah tahu kritiria wanita cantik itu bagaimana. Bentuk badan yang ideal pula bagaimana. Saya selalu rasa yang saya tak tergolong dalam kelompok itu.
“Jadi, bila saya tahu yang saya ini tidak konvensional cantik, faktor lain yang boleh saya ketengahkan agar orang menyukai saya adalah dengan melalui personaliti.
“Sebab itu saya lebih suka berkomedi agar saya lebih senang untuk didekati dan mendekati. Bila berkenalan dengan mana-mana lelaki, saya akan rasa rendah diri dan tak cukup dari segala aspek,” katanya.
Akui Kadangkala ‘Rasa Sunyi’ Jodoh Masih Belum Tiba
Dalam pada itu, Sherry tidak menafikan dirinya agak sunyi apabila belum berkesempatan untuk dipertemukan dengan teman hidup.
“Ada kalanya, memang rasa sepi juga. Kadang-kadang bila kita penat dan nak meluahkan kepada seseorang tapi orang itu tiada.
“Kita pun dah berusia dan sudah tentu kita nak mencari teman hidup tapi belum jumpa lagi,” ulasnya lagi.
Artikel berkaitan: Bapa Terima Wang Berjumlah RM 44,000, ‘Tabung Kecemasan Nad Zainal’ Kini Ditutup!
Katanya lagi, kesibukkan kerja juga turut menjadi antara kekangan untuk memulakan sesebuah perhubungan.
“Memang ada keluarga dan kawan-kawan yang cuba kenalkan saya dengan lelaki. Yang direct message saya di Instagram pun ada.
“Ada yang cuba dekat tapi saya pula sibuk dengan kerja. Itu pun masalah juga,” kongsinya lagi.
Sherry Sudah Bersedia Jalani Kehidupan Berkeluarga
Sherry turut mendedahkan dirinya tidak gentar untuk menjalani kehidupan berkeluarga meskipun banyak hal-hal melibatkan penceraian berlaku sejak kebelakangan ini.
“Sebagai seorang yang single, kadang-kala saya jadi tempat untuk mengadu nasib tentang keluarga atau pasangan. Malah, mereka juga ada bertanya, selepas mendengar masalah mereka, saya masih ada niat nak kahwin ke?
“Namun, saya selalu positif. Pada saya, setiap orang itu punyai pengalaman yang tersendiri. Saya tetap mahu berkahwin. Saya pun mahu merasai pengalaman kahwin saya sendiri.
“Sudah tentu saya mahukan perkahwinan yang bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, ketika ini belum rezeki saya lagi. Saya bertuah kerana semua orang mendoakan saya bertemu dengan jodoh yang baik,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini adalah artikel olahan semula dari Media Hiburan
Sumber Foto: Instagram Sherry Al Hadad & Tudung Hanami
Artikel berkaitan: Dulu Tak Makan Nasi Menggigil, Tapi Sekarang…”- Ini Cara Diet Sherry Alhadad Nak Capai Berat 95 KG
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI